Written by Bella | June 13th, 2016

Sudah banyak artis yang berhijab mengeluarkan jenama tudung mereka tersendiri termasuklah Yana Samsudin dengan jenamanya yang dikenali sebagai Ayana.

Namun, baru-baru ini Yana memberitahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab menciplak tudung berkenaan dan mengaut keuntungan dengan mudah. Ini mencetuskan kerisaun didalam hati Yana kerana ia akan memberikan kesan kepada perniagaan dan terutama sekali pelanggan beliau.

Saya sudah mengesan terdapat tudung jenama Ayana yang diciplak dan dijual kepada orang ramai. Walaupun masih belum berleluasa, namun saya bimbang perkara tersebut memberi kesan kepada peniagaan saya.

Setakat ini kami masih memantau dahulu, jika ia berterusan dan berleluasa, saya akan ambil tindakan undang-undang.

Perbezaan daripada segi kualiti tudung yang asli dan juga yang tiruan sangat jauh berbeza dan Yana tidak mahu pelanggan beliau tertipu dan sekaligus memberikan komen negatif mengenai jenama tudungnya itu.

Saya menjaga kualiti tudung dengan teliti dan saya sendiri pastikan hasilnya sebelum dijual kepada pelanggan, jadi tidak ada masalah tentang kualiti.

Sebelum ini Yana turut menerima komen-komen yang kurang enak mengenai mengenai tudung beliau di Facebook.  Menurut Yana, beliau menerima kritikan itu dengan hati terbuka dan sedar ia sebenarnya dilakukan oleh mereka yang menyamar disebalik akaun Facebook palsu.

Buat Yana, semua ini adalah dugaan dalam berniaga dan beliau sudah bersedia untuk  menghadapi segala cabaran sebelum melangkah masuk ke bidang perniagaan.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to Tudung Diciplak : Yana Samsudin Bimbang Pelanggan Lari

  1. melati says:

    Neelopak Part 2……Jgn Yana.!! nanti pasni Peminat ko pula anggap ko Yana Ciplak.(Peminat Lari)…….ok Yana..!!

    0

    0
  2. Anonymous says:

    xpenah tgk pn ciplak…klu neelopak melambak la…
    publisiti la ni….ermmmm

    0

    0
  3. miss kepah says:

    sejujurnya, aku dah muak dgn kes tudung kena ciplak ni aduiyaiii….dah namanya tudung..pi mai pi mai tang tu jugak pesennye

    0

    0
  4. nok gebuzzz says:

    susah la bisnes tudung ni,mana2 pon mesti ada sama punya…..pengguna sekarang pon dah tau menilai kualiti dan harga pasaran…bisnes lain jer la yg blom org buat.

    0

    0
  5. missv says:

    tudung je pun dah kecoh…brand besar2 cam adidas…nike…LV rilex je…

    0

    0
  6. sekadar mengkondem says:

    xyah bazir duit nk saman dorg yg ciplak…tu la risiko org berniaga kene tanggung..LV, Chanel, Prada tu semua lg byk yg ciplak…benda xblh nk control kot…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    tudung ni permintaan tinggi and ada on-going demand..sebb tu ramai buat bisnes tudung..

    0

    0
  8. enot says:

    Tudung ialah komoditi yg senang diciplak dan amat murah untuk di manufacturekan. Buat le benda2 lain selain daripda tudung.

    0

    0
  9. X says:

    Cuba buat Prosescor CORE YANA I8 pulak .mesti tak de yang ciplak.Kat Malaysia nie takde lagi orang ciplak Prosescor cpu.Gambar laki tarik pinggang tu nak ajak main ke bulan puasa nie?

    0

    0
  10. Anonymous says:

    asal je artis ni mula btudung..mst mau bisnes tudung..adakan mereka btudung kerana bisnes??..ataupun dari hati??..pelik betul..

    0

    0