Troll Fattah Amin Ganti Chester Sebagai Vokalis Buat Peminat Linkin Park Bengang

Hiburan

Troll Fattah Amin Ganti Chester Sebagai Vokalis Buat Peminat Linkin Park Bengang

Berita tentang kematian Chester Bennington akibat bunuh diri membuatkan peminat Linkin Park diseluruh dunia bersedih kerana hilangya seorang artis yang cukup berbakat dan menghasilkan karya yang berkualiti.

Advertisement

Walaubagaimanapun, ada juga pihak yang membuat jenaka disebalik kematian Chester dengan memuat naik “meme” troll Fattah Amin menggantikan Chester sebagai vokalis Linkin Park.  Lawak tersebut mengundang kemarahan peminat setia Linkin Park.

Mereka menyifatkan pihak terbabit yang membuat lawak tersebut tidak sensitif kerana kematian  Chester  yang telah dianggap sebagai lagenda muzik.

Chester Bennington , 41, ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Palos Verdes Estates di Los Angeles County pada hari Khamis lepas. Mendiang sudah bertahun lamanya berjuang dengan dirinya untuk mengatasi masalah ketagihan alkohol dan penyalahgunaan dadah, Chester sebelum ini pernah bercakap tentang keinginannya untuk membunuh diri akibat masa silamnya yang sering menjadi mangsa dera sewakta kanak-kanak.

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...