Transformasi Kekacakan Putera Abdul Mateen Jadi Bualan Netizen

Hiburan

Transformasi Kekacakan Putera Abdul Mateen Jadi Bualan Netizen

Kehadiran Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen ke Malaysia sebagai pemain polo bersempena Sukan SEA ke 29 mendapat perhatian ramai netizen terutamanya para gadis.

Advertisement

Ini ialah kerana semasa kecilnya dia dianggap kelihatan biasa saja seperti kanak-kanak lain, namun apabila dewasa, dengan ketinggian 179 cm dan profil sebagai seorang atlet dalam pelbgai jenis sukan, Putera Mateen dianggap sangat kacak.

Putera Mateen dilahirkan pada 10 Ogos 1991 dan merupakan anak kesepuluh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dengan bekas isteri keduanya, Hajah Mariam Aziz. Dia ialah seorang lulusan Akademi Tentera Diraja Sandhurst dan kini ialah seorang pemegang Ijazah Sarjana dalam Diplomasi Antarabangsa dari Universiti London.

Lagi gambar-gambar Putera Mateen dengan membaca entri ini sepenuhnya.
<center

Dan ini pula video Putera Mateen diserbu peminat Malaysia selepas acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29.

Video: Utusan Online

Melihatkan kepada kemesraan Putera Mateen tidak hairan dia memiliki ramai peminat yang mengaguminya. Dahlah ada rupa, dan bukan calang-calang untuk diterima belajar di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, ada ijazah sarjana lagi.

Semoga Putera Mateen akan terus sihat sejahtera dan negara Brunei Darussalam akan terus makmur di bawah pemerintahan DYMM Sultan Hassanal Bolkiah.-beautifulnara.com

Sumber gambar: Instagram Putera Mateen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...