Ketika filem The Avengers ditayangkan di Malaysia, Abang Nara begitu sibuk dengan kehidupan seorang ayah baru. Kelahiran anak sulung Abang Nara menyebabkan diri ini tiada masa untuk ke wayang kerana sibuk membantu isteri tercinta menjaga anak. Sedar-sedar filem The Avengers dah tak ditayangkan lagi di pawagam.

Suatu hari sedang Abang Nara leka bermain dengan anak Abang Nara sambil menonton Astro, diri ini terperasan iklan filem “The Avengers”. Menurut iklan tersebut, The Avengers boleh ditonton menerusi saluran terbaru Astro (481) yang dikenali sebagai Astro Best . Inilah kata orang tua-tua, pucuk dicita ulam mendatang.

Selepas selesai menonton The Avengers dengan harga hanya RM10 sahaja, Abang Nara pun Google lah sikit mengenai Astro Best ini. Rupa-rupanya konsep saluran terbaru Astro ini sama dengan Astro First. Kalau Astro First untuk filem tempatan, Astro Best pula adalah untuk filem-filem antarabangsa. Sayangnya terpaksa tunggu 3 bulan lepas habis tayangan di pawagam barulah filem-filem awesome seperti The Avengers ini akan keluar di Astro Best.

Selain daripada Astro Best, Abang Nara teruja dengan servis Astro B.yond Video On Demand atau singkatannya Astro B.yond VOD. Apa yang membuatkan Abang Nara teruja ialah Abang Nara boleh tengok mana-mana drama, movie, konsert dan apa sahajalah yang Abang Nara tak sempat tengok. Antara movie yang ada untuk Astro B.yond VOD ini ialah 50/50, Man On A Ledge, Ashoka, Chalte Chalte dan banyak lagi lah. Menarik kan?

Yang paling Abang Nara teruja ialah kewujudan applikasi Astro First di Facebook. Ini memang paling super duper awesome. Kesemua rakyat Malaysia walaupun bukan pelanggan Astro boleh tengok movie-movie menerusi Facebook Astro World of Movies. Abang Nara semalam cuba try test applikasi ini dengan menonton filem Seram Sejuk.

Memang senang sangatlah apps nie. Tekan dua tiga kali dah boleh tengok dah. Yang penting kena ada akaun Paypal untuk membayar. Selepas dibeli, filem itu boleh ditonton sampai lebam selama 48 jam. Abang Nara kagum dengan kualiti video dan audio yang ada. Yang lagi best, leh chatting ngan orang lain yang turut sama menonton movie tersebut.

Tak sabar rasanya nak tunggu filem-filem lain keluar menerusi apps Facebook Astro First ini. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Astro World of Movies.




1st..
sape yg disliked tu dengki..mencik!!
astro nih tiap2 tahun kuar pakej baru dah la kena tambah rega, bil pun makin naik, pakai hypptv lagi bagus..
aku nak tengok Seram Sejuk. filem bermutu.
jgn marelah
U pun dh tgk?? I dh try hari tu, best jugak kan :D Tp nak ajak lagi ramai ah sbb nak penuhkan chatroom tuu. Abang Nara jom ah buat groupwatch, ajak fans sekali. Tak yah bayar minyak pergi cinema hehehe
dah tgk..best, selesa tgk kat umah..nak baring2 smbl mkn jajan pun blh..;)
best. dengan awek. bayar sepuloh je. takyah keluar duit minyak.
astro, bila nk update program lam tb plak.asyik ulang2 dr zmn tok janggut dh aku nonton cite yg samaaaa tiap thun.siap leh ckap ‘istimewa syawal ini’ pdahal filem yg dh juta kali main..kamon la astro kami byar kot..ni dh bis syawal pun masih lg main progrm smpena sywal ari tu. pakcik nara, tolong ye gtau astro.bye
kene tunggu 3 bulan? baik download je. dah kluar dvdrip punye. ntah2 blue ray pon dah keluar.
donwload ni memang cara terakhir
ahh.. astro ni ade je idea dia nak amik duik org… suh langgan sane la suh langgan sini la.. citer ulang2…
KAK ZA DAH KURUS >pssssttttt!!betOl sesangat
kata kak za,cik ta sOkOng..ade je idea dia nk kaut
duit Org..tgk la mcm drama adam&hawa kata nk dulu
yg tayang kat astrO BELLA,last2 minit kat mustika HD je
sbb nk suwO Org amek pakej 2 semata2 aarOn aziz la
kOnOn..xkan cik ta amek dehhhh…biO la gamaknye situ..
lepas 2 dia perkenal kan mcm2 pakej serta idea2
chanel baru dia..bazir je,cite nye nnti dOk ulang2 gak ada
main kat channel lain..tau nk untOng saja,
ati pelanggan x mau jaga…
cite dOk ulang smpai la cik ta nikah nnti,dOk tayang
cita sama saja…
Dh x pakai astro sbb rasa mcm x bbaloi.. bila bayar nk cpt tiap bln tp bila ujan xleh tgk tv then tayangn byk ulang2.. Penah 1 aritu tgh best2 tgk AJL then tb2 mcm nk ujan,smpai abis xleh tgk,pahadal blum ujan lg tp angin2 kuat je.. Then call la astro,dorg dtg service kat umah,psg ap ye namany lupa la utk bg tmbh speed frekuensi,pakai duit lg.. Bkn bkira tp budget lari.. 1 strategi astro ni bila kite dh jd pgguna dorg,dorg slalu bg iklan suh subscribe channel baru padahal kite yg dh sedia bosan ngn tayangn ulang2 ni mesti nk dhdgkn cite baru.. Mahal.. Lastly,dr cite sedara,kami jd trtarik then pakai la unifi.. walaupun x byk pilihan mcm astro dgn HBO,Cartoon Network segala bagai tp best sbb cuaca yg x mnentu kat Malaysia ni x effect siaran.. Lg klau bosan nk tgk tv,kite on je intenet,laju I bleh gerenti,wireless means suma pn bleh pakai.. Call pn free asalkn pggilan dr umah ke umah.. Hehe.. Dh mcm promosi lak I ni.. Pndek kate I puas ati la.. Bye bye astro.. ;)
sempat lg prOmOte kO ye cutey…hehehe
mmg betOl kata kamu….
klu xnak byr astro terminate jew,kan senang…pastu hadap la tv 1 2 3 tu jew..okeh babeh…
betul3x…kitorang dah lama langgan unifi…best takde gangguan cam guna astroke
alaaa kecoh ahhh, korg guna astro on the go kat pc n tablet pakai unifi gak tp brand astro kuikuikui
ko promoter unifi ehhh gila tabik ah info panjang jela wooooooo ;) :*
tukar ke dreambox la.segala cite kat astro pon leh tgk.monthly rm28 je.hujan pon sure tkde gangguan
tengkorak kau astro aku byr mahal bulan2 beli pakej HBO bagai kau senang2 nk suh langgan movie world kau ni yea.. dh la HBO xde movie best CEKIK DARAHHH!!
kamonlah abang nara..macamlah movie tu tak boleh download..umah aku takde astro.nak tgk movie lyn je kt utube takpun download terus.bukan kata tak urban,tapi mak ayah aku pun lagi suka menonton tv dengan channel yg sedia ada..kalau ada yang berkenan,pasang je kabel terus kt tv…lg puas hati daripada astro baru hujan renyai,dah jahanam mood lyn cerita..
terbaik!
filem “Innocence of Muslims” tade ke..? mcm mana nak protes.. filem pun lom tengok agi..
bila aji noh motor nak masuk youtube :(
astro tak best