Written by Bella | January 19th, 2017

Berita palsu tentang kematian artis semakin menjadi-jadi, kali ini gelaran pelawak Lan Pet Pet pula menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita kematian beliau di sejak beberapa hari lepas di WhatsApp dan Facebook.

Kali pertama kejadian seperti ini menimpa dirinya, Lan bagaimanapun agak tenang tetapi meminta agar individu tidak bertanggungjawab itu berhenti menyebarkan berita palsu kerana ia membuatkan ibunya risau.

Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari Langkawi ke Kuala Lumpur. Ibu saya, Asma Abdullah, 89, begitu terkejut dan sedih ketika dimaklumkan perkara itu dan terus menghubungi telefon bimbit saya, kemudian saya menjelaskan perkara sebenar, baharulah ibu lega.

Saya tidak kisah sangat dengan berita seperti ini, tetapi tolonglah kasihani ibu saya yang sudah tua. Anda bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu ketika itu, saya harap perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Laman Facebook yang menyebarkan berita palsu Lan Pet Pet meninggal dunia

Lan memberitahu beliau sudah memaafkan individu menyebarkan berita  berkenaan walaupun mengakui tidak mengenali siapa dalang di sebalik penyebaran berita itu.

Saya tenang selepas mendengar nasihat ibu, katanya, biarlah apa orang nak buat pada kita, hanya mereka yang mengenali diri kita tahu hal sebenar dan hati budi kita. Ibu juga berpesan supaya tidak mempedulikan cerita yang tidak betul supaya saya boleh fokus kepada kerjaya.

Berita palsu itu disebarkan menerusi sebuah laman Facebook degan nama Sinar Harian. Walaubagaimanapun, pihak akhbar Sinar Harian menafikan bahawa laman tersebut adalah milik mereka.

Sumber Berita : Sinar Harian

9 responses to Tolong Kasihani Ibu Saya Yang Sudah Tua, Berhenti Sebar Berita Saya Mati – Lan Pet Pet

  1. minah latoya mulot longkang vazzzz says:

    Wife dia ke tu? Cantik

    24

    0
    • Kan kan kan says:

      Wife dia kan adik beradik che wan. Mesti la cantik. Dh che ta dgn ayu raudhah kan lawo. Selalu orang sebar fitnah mati-mati, umur panjang. InsyaAllah

      22

      0
  2. aku says:

    UDAH2 LA WEIII…FITNAH LAN TU

    5

    0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      sape lagi kalau tk mulot melayu yg sebarkn berita2 yg macm ini..minah jambu cakap lagi sekali > muuloot meelllaayuu ha dh faham ??? < helo lan..u focus pada kerjaya aje ok jangan peduli dengan cakap2 orang yg keparat ni semua ..u dengar nasehat ibu u dn keluarga saje ..orang lain yg tkde kena mengena can get lost ok …lov uuuu…

      4

      0
  3. Aida says:

    pelik la manusia ni .. kau sabar lan .. tapi makin lama makin hensem lan ni, kemas, kulit bersih .. bagus la ..

    10

    0
  4. sepaun says:

    knp ba ramai btl manusia2 mcm ni yg suka sgt sebar fitnah yg bkn2.. terlampau byk masa lapang ek

    2

    0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      pasal penyebar nye melayu n bukan islam..islam tak ajar berbuat fitnah macm ni..balasan untok orang2 sebegini tetap ada just wait n see aje..

      0

      0
  5. momo says:

    Shila Amzah kena hentam dengan Ayda Jebat?

    https://youtu.be/xcSv574rLU8

    0

    0
  6. anon says:

    Sapelah yg suka sngt sebar bende2 gini…takde keje agaknya.

    2

    0

Leave a Comment

Optional