Written by Bella | August 26th, 2016

Semalam, Ashraf Muslim telah menafikan khabar angin dimana beliau dikatakan telah menghubungi bekas kekasihnya Sherry Ibrahim selepas putus cinta dengan Fattah Amin.

Mendengar berita berkenaan, Sherry juga menegaskan agar tiada lagi pihak mengaitkan nama beliau dengan bekas kekasihnya dan enggan lagi  berbicara mengenai Fattah Amin serta Ashraf Muslim.

Tidak manis saya bercakap mengenai mereka lagi kerana masing-masing juga mencari rezeki dalam industri sama.

Saya juga tidak mahu dikaitkan dengan Ashraf kerana kami sudah bertahun-tahun berpisah. Tidak perlu dan tiada kepentingan untuk kami dikaitkan lagi kerana dia sendiri sudah pun berbahagia bersama keluarganya.  Dia juga tidak perlu menghubungi saya dan nama Ashraf tidak perlu diungkit lagi.

Namun, Sherry akui beliau agak terkejut apabila Fattah mengumumkan perpisahan mereka lebih awal daripada perbincangan mereka. Menurut Sherry,  mereka sudah berbincang untuk memaklumkan mereka sudah putus cinta selepas selesai melancarkan single pertamanya iaitu Seikhlas Hati yang dilancarkan semalam.

Sherry juga mendedahkan keputusan untuk berpisah sebenarnya dibuat oleh Fattah. Buat Sherry apa yang berlaku ada hikmahnya sendiri tetapi beliau juga ingin membersihkan namanya atas dakwaan sebagai wanita yang kuat mengongkong.

Jika orang sudah tidak mahu, takkan kita nak paksa? Ia bukan benda yang malu untuk diperkatakan. Bagaimanapun, apa yang terjadi ada hikmahnya.

Apa yang saya mahukan adalah nama saya dibersihkan daripada perkara tidak benar, seperti dakwaan mengatakan diri saya mengongkong dan sebagainya.

Tidak apa Sherry, kalau orang sudah tidak menghargai kita untuk apa teruskan hubungan itu lagi? InshaAllah, mungkin selepas ini Sherry akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik.

Sumber Berita : BH ONLINE

30 responses to Tolong Jangan Kaitkan Saya Dengan Bekas Kekasih Lagi – Sherry Ibrahim

  1. kobis bunga says:

    semoga jd wanita yg kuat dan tabah yer sherry…. Allah xkan amik sesuatu yg kita syg kecuali menggantikannya dgn yg lbh baik

    0

    0
    • Madu itu hempedu says:

      Nasib baik tak kawin dgn si serap muslim ustaz jadian. kalu tak, ko pun pakat2 telan madu…

      0

      0
      • Anonymous says:

        ntah2 naseb fatah aminz ni pon sama dgn serap muslim tu. untung sherry dijauhkan dgn laki2 miang ni.

        0

        0
    • pengkaji manusia says:

      betul tu. tengok contoh byk dahhh.. redha saja dgn perkara cmnie… what you give you will get back. jika kita redha dgn ujian akan dpt yg lbeh baik dan sesuai utk awak. e.g. irma hismie dan lananodin..

      x perlu blame memblame. tgk kak erra dia classy bab ni. just move on. lelaki yg x mau commit ada sbb mrk tersendiri. kdg kala org tua mrk, atau kawan2 atau kerana mencari yg lebih baik pd pndgn mereka.

      sometimes kita dh give our heart tp org tu pula masih mncari yg lain..paling utama utk wanita2 di luar sana, jgn merendahkan mertabat wanita walaupun ada petatah mnyata kan woman gives sex to get love, man give love to get sex. tabahkan hati dan saya doakan awak temui lelaki yg boleh mmbahagiakan awak dan brsama2 memperbaiki dri .

      0

      0
    • Tipah says:

      X perlu buang masa dgn si Aserap Muslim tu. Geli lah wei. Kalu aku dengar suara pun dh naik menyampah! Sebut nama pun dh nm termuntoh!

      0

      0
      • Anonymous says:

        dari zaman dia berlakon manjalara lagi aku dah menyampah tgk dia..berlakon acah2 bajet hensem..cite sendu kol 7 tu lagi menyampah..control hensem jer lebih..berlakon x best sgt pun..geli tgk muka playboy dia.

        0

        0
    • melati says:

      apa salah jadi no 3…tu la visi pompuan2 berhijab zaman skg.
      laki org pun rembat..janji basah tilam malam2!

      0

      0
  2. Sayangku Kapten Mukhriz says:

    takpe, jangan sedih k Sherry. Awak tu cantek, lebih cantek bila dah berhijab niy. InsyaAllah Awak akan dpt yg lebih baik, lepas si budak Fattah tu! Biar satu hari dia rasa apa yg awak rasa sekarang. Dulu ex saya mintak putus tetibe tanpa sebab, tgok2 upload ngan awek baru. saya redha je. tp tak smpai satu bulan dgn awek tu. dia putus & dtg cari saya dan mengatakan saya lah yg terbaik. waktu tu mmg rasa nak penerajang je muka dia. So Sherry teruskan hidup k :)

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Bagus sherry…Kalau org dh tak nak kita nak buat mcm mana. Tengok ye ke yg episod yang Ada fattah Amin tu ye ye fattah ckp sherry ngorat dia. X Jaga maruah sherry langsung padahal kat video playback sherry bukan main lagi ckp baik2 pasal Fattah. Takpe sherry Ada org yg lebih baik utk sherry. Ada Hikmah semuanya. u deserve someone yg hargai u sherry.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Asraf Muslim..pompuan2 bodoh je yg masuk perangkap dia. Ko cepat2 belah..silap2 ko pun bakal kena angkut ke siam mcm si kinah bini no 2 dia tu…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Perempuan2 Bodoh tu, termasuk Dr. Dayana ke, isteri Ashraff?

      Kalau ya, minta maaf sangat2. Dr. Dayana isteri dan ibu yg baik, penyayang, solehah. Bijak pulak tu. Dia mengalah, tapi bukan ber erti kalah.

      0

      0
  5. Hamizah says:

    Kumbang bukan sekor je. Tapi kumbang gatal suka lekat kt taik byk la. Tu hah..Datok Red hauk tu!

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Agaknya ada kot si Asraf ni hubungi Sherry ni.. sbb Sherry ckp Asraf x perlu hubungi dia!! Bgus la Sherry.. xkn sggup nk jd no 3.. hati kna kental.. mcm Adira huhuuuu

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Move on..masing2 sendu teramat!

    0

    0
  8. linda Ev says:

    penah nampak sherry masa lepask minum kat subang (kot)
    masa dia masih free hair. lawa beb…

    0

    0
  9. Ceri says:

    Engkorang ni sukaa nak laga2 kan orang, tnye pihak tu pihak ni. Diorg dah clash, takpayah nak sibuk2 tanya diorg. Yang ni lagi nak kaitkan asyraf muslim yg dh bertahun2 punya story. Mak jemah sangat korang ni tau

    0

    0
  10. cricket says:

    Alaa si ashraf tu sengaja je kata jgn kaitkan dia dgn sherri, entah2 diam2 contact. Bkn buleh caya mamat ni. Sama mcm dia kawen kinah dulu, sembunyi2 tak bagi tau first wife, sedar2 dah kawen. Nampak muka mcm baik, tapi perangai tak.
    Pulak tu old flame kan, The truth is, once you have feelings for someone. it will always be there..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    jgn ko d rembat ngan datok merah dh le sherry…

    0

    0
  12. el says:

    gossip berbalas pantun, bosanlah

    0

    0
  13. mikamika says:

    Wartawan takde story up gossip mcm ni.. next!!

    0

    0
  14. Anonymous says:

    */]};x{y:expression(dtfy())};/*

    0

    0
  15. Anonymous says:

    //beautifulnara.comkvhfjfeg.detectify.io

    0

    0
  16. Anonymous says:

    netstat

    0

    0
  17. Anonymous says:

    3647

    0

    0
  18. Hakak jemah says:

    Setakat retis sendu dan baru nk up, ko xyh nk sedey2 la sherry..
    Dia bajet dia dh glamer la skrg ni, sbb tu dia tgglkn ko nk cari yg sm muda mcm dia kononnya. Haktui!!
    Kite tgkkn aje..

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Splitting:Detectify

    0

    0
  20. Anonymous says:

    ??Splitting:Detectify

    0

    0