TMJ Tidak Kisah Dikritik Kerana Warnakan Rambut ‘Blonde’

Hiburan

TMJ Tidak Kisah Dikritik Kerana Warnakan Rambut ‘Blonde’

Dikenali sebagai seorang yang cukup tegas dalam pendiriannya, Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak kisah akan kritikan orang ramai setelah tampil dengan imej lebih ranggi dengan mewarnakan rambutnya “blonde”.

Advertisement

Saya melakukannya untuk suka-suka sahaja, rambut saya pun. Sekiranya esok saya mewarnakannya biru atau merah, ataupun mencukurnya terus, itu urusan saya. Lagipun bukannya ia akan kekal begini, tak lama lagi hitam semula, jadi saya tak kisah apa kata orang. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menghakimi saya.

Mengakui pernah terasa hati dengan pelbagai komen terhadapnya di media sosial, TMJ bagaimanapun tidak lagi ingin ambil pusing mengenai perkara berkenaan setelah melalui satu pengalaman baharu yang menyedarkan beliau tentang “keyboard warrior”.

Ayahanda saya selalu berpesan, urusan yang paling baik adalah menjaga urusan sendiri. Dahulu saya selalu terasa hati apabila orang mengatakan perkara negatif berkenaan saya, tetapi kini saya tidak mempedulikannya.

Biar saya kongsikan kepada anda satu cerita. Suatu hari, pihak PDRM telah menunjukkan saya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfitnah dan memburukkan saya dan keluarga saya. Setelah melihat rupa “keyboard warrior” tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain.

Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluruh dunia. Apapun, saya doakan agar Allah S.W.T sentiasa merahmati mereka.

Apa yang dikatakan oleh TMJ itu sangat padu! Memang orang akan cari setiap kesalahan kita apatah lagi jika seseorang itu terkenal dan mempunyai pangkat, tapi kita tidak perlu ambil peduli akan komen negatif itu, nanti mereka senyaplah juga kan?

Sumber Berita : Facebook Johor Southern Tigers

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...