Written by Bella | March 28th, 2016

Tiz Zaqyah, lama juga kan kita tidak melihat lakonan beliau di televisyen? Ramai yang merindui lakonan mantap beliau.

Ada juga yang bertanya, bila agaknya Tiz bakal mendirikan rumah tangga. Iyalah, dua tahun lagi aktres itu bakal menjangkau usia 30 tahun.

Enggan komen mengenai soal cinta, Tiz menyerahkan soal jodoh dan perkahwinan kepada takdir. Malah, beliau merasa tiada masalah untuk berkahwin pada usia yang lewat.

Kalau soal cinta, saya tiada apa nak komen. Tetapi saya tak pula fikir usia saya ini sudah agak lewat untuk mendirkan rumah tangga. Saya tiada tekanan dalam soal kahwin ini kerana kita tidak perlu kaitkan dengan soal bersedia atau tidak.

Saya tak terasa kalau orang bertanya, cuma jangan kata saya ini nak kahwin lambat kerana tidak bersedia. Lumrahnya seorang perempuan, kalau dia berkahwin, punya anak, secara automatik dia boleh menjadi ibu dan menjaga anak-anaknya.

Relaks lah, kalau fikir kata orang yang menghina seorang wanita kahwin lambat memang boleh stress dibuatnya. Percayalah aturan Allah SWT itu lebih baik,kalau lambat mesti ada hikmah disebaliknya.

Sumber Berita : Utusan Online

11 responses to Tiz Zaqyah Tidak Kisah Kahwin Lewat

  1. aku ler says:

    terbaik arr jawapan tiz

    0

    0
  2. vida dr palsu says:

    tp siapla tiz nara ni dia pesen mulut mak jemah besok dia xder cerita dia akan ulang2 cerita pasal kawin samapi ko kawin br senyap..tgkla si zizan n sam punya cerita brp kali dia up…bkn nak cerita pasal drama terbaru ker…

    0

    0
  3. anabella says:

    Muda lagi la… Bukannya umur dekat 40 an pun. Baru akhir 20an kot. Xperlu nak risau2. Allah da aturkan sebaik2nya dah jodoh, rezeki, ajal maut dan takdir kita sejak kita 4 bulan dalam kandungan ibu kita lagi. Semuanya dah ditentukan. Jgn mnyesal dgn takdir Allah dan jangan mengeluh. Apapun jawapan Tiz memang win !

    0

    0
  4. Peminat says:

    Lama sgt xtgk aksi Tiz..ada drama baru,tp blum tgk lg..sejak tv3 duk bg pelakon baru jd watak utama,pelakon yg bagus mcm Tiz jarang2 kelihatan…

    0

    0
  5. melat says:

    20 tahun lepas Nasha Aziz mcm ko gak……sekarang ??? tgk lew sendiri….ni bakal2 akan bercakap gan Kucing bila tua nanti (sebatang kara)..

    0

    0
    • aku bahagia dengan caraku says:

      Itula takdir hidup dia. Xpayahla kutuk2. Masing2 muhasabah hidup masing2 suda.

      0

      0
  6. anon says:

    Gambar nombor dua tu fathia ke, lain je nampak, mcm kurang lawa je. Hmm….kalau takde org nak, kene cakap mcm tu lah. Perempuan ni ade shelf life, bkn mcm lelaki. Lama2 jadi andartu…

    0

    0
    • cik yan says:

      biar lambat kahwin takpe ,daripada kahwin tapi x bahagia,lelaki melayu sskarang ni banyak yg x boleh pakai ,dayus mkn hasil bini ,pemalas tau nak melepak kat kedai mamak je…,pantang nampak pompuan lawa mengatal x sedar diri duit pun takde

      0

      0
    • andalusia andalas says:

      kawin pon laki boleh mati laki bleh carik lain,kalau ader anak pun mungkin jd bohsia, aku tgk laki melayu ni kurang hargai pengorbanan isteri2 di Malaysia ni..kalau yg kawin pon laki tahap takat asal ader padahal x bg impak maksima pun..rupa out duit pun out..

      0

      0
  7. Rasdam Mewangi says:

    Love you akak Tiz!

    0

    0