Written by AbangNara | June 7th, 2016

Selembut embun dipagi hari, tengaduh tangan sepuluh jari, ucapkan salam setulus hati, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Amboi berpantun pulak Abang Nara. Di hari Ramadhan kedua ini, Abang Nara ingin berkongsi sedikit tip untuk Aidilfitri yang bakal menjelma. Tips ini untuk memas
tikan kita dapat menyambut Hari Ray dengan penuh keindahan, kejayaan dan kegembiraan.

Tips 1: Biasalah bila Ramadhan kita akan terlebih bershopping disebabkan banyak sangat offer dan diskaun. Kalau pergi Jalan TAR tue lagilah rambang mata dibuatnya. Tipsnya senang sahaja. Plan dulu apa yang kita nak beli dan bawak wang hanya cukup-cukup dengan apa yang diplan. Jadi tak adalah tiba-tiba terlebih bajet ketika shopping. Nak kasi lagi padu, tinggalkan kad kredit di rumah.

Tips 2: Kerapkan makan di rumah, jarangkan makan di luar. Selalu bukak puasa banyak yang perabih duit buka puasa di hotel lah, makan dengan kawan-kawanlah dan belanja sakan sampai tak cukup di pasar ramadhan. Puasa dan raya kali ini, apa kata kita belajar masak, buat kuih sendiri dan siapkan juadah pagi raya sendiri. Tak payah beli-beli nie.

Tips 3: Bagi duit raya dan berbelanja mengikut kemampuan kita. Umpama pepatah, ukur baju di badan sendiri. Jangan berbelanja sampai kena pinjam duit dari mak ayah, adik beradik dan juga rakan-rakan. Contohnya, belilah baju raya yang dijual dengan harga yang kita mampu beli. Jangan beli yang ratusan ringgit tapi diri sendiri yang sengsara.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, Haniya Muslimah Wear telah pun melancarkan beberapa siri Koleksi Hari Raya khas untuk anda semua. Selain daripada tampil bergaya dan sopan, harga Haniya teramatlah berbaloi dan memastikan anda tidak terlebih berbelanja.
haniya The Special Flora Lace Blouse menutup bahagian hadapan dengan corak lace yang cukup istimewa. Bahagian sisinyada potongan dan bahagian belakangnya adalah lebih panjang daripada bahagian depan. Sangat sesuai dipakai ketika kasual. Harganya cuma RM38.90 sahaja.

haniya

Haniya Tribal Printed Blouse menggunakan teknologi terkini di dalam industri fabrik. Ia menghasilkan pattern yang special pada blouse anda. Material yang digunakan ada chiffon berkualiti tinggi menyebabkan anda begitu selesa menggunakan ketika keluar berhari raya. Kuantiti adalah terhad iaitu sebanyak 250 unit sahaja. Harga cuma RM34.90.

haniya

Satu-satunya rekaan dengan PU leather padanya, ini adalah konsep baru untuk blouse dengan special PU Leather di sekelilingnya. Di hadapannya ada zip untuk memudahkan ibu menyusu. Materialnya adalah chiffon tebal tetapi anda akan terasa ‘lembut’ apabila menggunakannya. Sekarang dijual pada harga RM45.90.

haniya

Hari Raya mana boleh lupakan pasal jubah kan? Untuk raya kali ini, ada koleksi istimewa yang diberi nama Haniya Special Tribal Sequin Jubah. Rekaannya berbentuk V adalah Chevron stripes yang membawa maksud bentuk V dengan pelbagai layer of sequins. Didatangkan dengan zip untuk memudahkan pengambilan wuduh. Sangat sesuai dipakai ketika berkunjung ke rumah saudara marah. Hanya RM85.90 sahaja.

haniya

Tema bunga sudah semestinya akan menjadi pilihan ramai gadis di hari raya kelak. Haniya Chiffon Floral Blouse ini diperbuat daripada kain chiffon berkualiti tinggi di mana rekaan bunga dicetak dengan begitu indah sekali di atasnya. Ia juga disiapkan dengan ‘lining’ untuk memastikan menepati syariat sebagia seorang muslimah. Blouse ini terhad untuk 250 unit sahaja dengan harga RM35.90.

haniya

Haniya Chiffon Polka Dots Blouse mempunyai rekaan yang lebih kurang sama seperthi tahun lalu. Tahun ini ia datang dengan keunikan apabila rekaannya seolah-olah berbentuk huruf A. Malah kualitinya adalah jauh lebih bagus dan akan memastikan anda teramat selesa menggunakannya. Dijual dari saiz S sehingga XXL, harga blouse ini adalah RM36.90 sahaja.

haniya

Yang terakhir sekali sudah tentulah baju kurung untuk hari raya. Tak lengkap rasanya pagi Aidilfitri tanpa baju kurung di sini. Jika anda melihat Haniya Baju Kurung dengan teliti, anda akan nampak bahawa ada rekaan istimewa dicetak padanya dan bahagian bawahnya pula berbentu A, membolehkan si pemakainya tampak lebih moden. Didatangkan dengan warna kopi dan biru, saiznya bermula dari S sehingga XXl. Hanya RM79.90 sahaja.

Kalau nak tengok lagi koleksi hari raya Haniya, ikuti pautan di bawah:-

1. Haniya Raya Blouse
2. Haniya Raya Jubah/Dress/Baju Kurung
3. Haniya Raya Skirt/Pant

haniya

Jangan lupa anda boleh dapatkan PENGHANTARAN PERCUMA bermula 30 Mei 2016 sehingga 18 Julai 2016 apabila anda membuat pembelian maksimum RM48 untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Semua ini hanya di Malaysia Trusted online shopping – www.nile.com.my . Selamat membeli-belah untuk hari raya dan ingat, pastikan ia di dalam bajet. Selamat berpuasa.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Tips Pengurusan Kewangan Untuk Aidilfitri Kali Ini

  1. semut gigit punggung says:

    cara jimat tak payah beli apa2

    0

    0
  2. saa says:

    Buang duit….semua design macam muslimah mundur…..

    0

    0
  3. melati says:

    kalau tak Beli aper2 ,bukan sambut Hari Raya !! tu sambut Thaipusam….., setahun sekali aper nk berkira sgt…lepas Raya kerja ler Rajin2 yg penting hidup ni jgn pemalas @ mengharap org jeww..!!

    0

    0
  4. x says:

    Tahun nie kita beli baju raya yang berkualiti yg murah nie 2,3 kali sarung dah koyak.kain pun miang,panas.jangan nak tipu la nara.

    0

    0
  5. huhu baju skrg macam2 fesyen.

    0

    0