Written by AbangNara | May 21st, 2014

Dengan pelbagai bentuk, warna, tekstur dan jenis beg tangan di pasaran sekarang, memadankannya dengan pakaian anda adalah satu cabaran yang amat tinggi. Namun jangan risau. Kami ada tips-tips dan langkah terbaik untuk memudahkan anda memadankan beg dan cara berpakaian anda. Jom kita baca, praktikkan dan dapatkan beg dengan harga yang berpatutan @ nile.com.my.

5 langkah mudah untuk dilakukan:-

  1. Fikirkan mengenai pakaian anda sebelum membuat pemilihan bag. Fikirkan sama ada fesyen anda yang terkini, klasik atau “dressy”. Pertimbangkan juga warna dan pattern pakaian anda. Jangan lupa untuk fikirkan di mana, bila dan untuk apa anda menggayakan pakaian itu.
  2. Pilih warna terlebih dahulu. Jika pakaian anda adalah warna neutral, beg tangan berwarna terang boleh menambahkan lagi seri fesyen anda. Namun jika pilihan baju anda adalah pakaian berwarna terang, beg berwarna coklat atau hitam boleh menyeimbangkan warna pakaian anda. Tidak perlu memadankan warna beg dan warna pakaian. Hanya pastikan kedua-duanya tampak sesuai antara satu sama lain.

nile

Bright Color Handbag Match dengan Neutral Color Clothes @ RM16.60

nile

Basic Brown Color Handbag untuk Bright Clothes @ RM28.50

nile

Simple Weave Black Color untuk Bright Clothes @ RM28.50

        3. Pilih beg dengan pattern sekiranya pakaian anda hanya satu warna. Anda boleh memadankan pattern di baju untuk kelihatan sama dengan beg namun ia agak sukar. Jika anda ingin berbuat demikian, pastikan warna pattern itu adalah sesuai. 

nile

Stripe Pattern Bag to match with Solid White Clothes @RM25.50

nile

Cat Pattern Bag matches with Moustache Pattern Clothes @32.90

     4. Pilih beg yang saiznya berkadar dengan pemakaian anda. Beg tangan besar walaupun bergaya, tidak sesuai dengan gaya baju longgar yang sering dipakai ketika musim panas. Begitu juga dengan beg tangan kecil yang comel yang ada masanya tidak sesuai dengan pemakaian anda. Pastikan anda menggayakan ia terlebih dahulu di hadapan cermin sebelum membuat sebarang keputusan.

nile

Large Capacity Bag match with Casual Summer Shirt @ RM36.80

nile

Large Capacity 2-in-1 Bag match with business suit @ RM31.30

      5. Kepanjangan sebuah beg itu juga amat penting. Jika anda menggemari beg yang boleh disandang di bahu, pilih yang penghujungnya tamat pada bahagian badan anda yang paling sesuai. Contohnya jika anda mempunyai paha yang agak besar, pastikan beg bahu anda tamat pada pinggang, bukannya paha untuk memastikan perhatian orang tidak tertumpu pada paha anda. Begitu juga sebaliknya sekiranya anda mempunyai pinggang yang besar. Pilih beg yang lebih panjang untuk memastikan pinggang anda tidak menjadi perhatian.

nile

Shoulder Bag for Office Lady @ RM38.60

nileShoulder Bag for Leisure Wear @ RM28.40

nile

Shoulder Bag for Casual Outing Wear @ RM17.50

Artikel ini ditaja oleh www.nile.com.my di mana anda boleh mendapatkan beg terkini dan mengikut fesyen dengan harga yang amat berpatutan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Tips Memadankan Beg Dan Pakaian Anda

  1. yahoo.. says:

    ermmmm…i main bantai je en nara…ape yg mampu di beli tu la yg i pakai…

    0

    0
    • Mira says:

      Jom pakat2 ke Teluk Intan untk PRK nanti…. pakat ramai2 sokong calon wanita besi..

      0

      0
    • One Direction says:

      asian muka hodoh jadi model.. nak muntah aku, ambik lah One Direction jadi model..of course 100% laku abis dijual dalam masa 1second.

      0

      0
  2. kene tipu says:

    jangan beli. kualiti tersangatlaaaa teruk. kain standard kain buruk

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      minah jambu pakai beg ape2 ajeee minah jambu tk kire ape brand ponnnnn asalkn cantek sesuai ngan pakaian kire dh ok laaaaaa beg branded branded ni mahal ! kwin datuk baru leh beli beg mahal hehe..

      0

      0
    • PagiPetangSiangMalam says:

      Yyer kker, @kena tipu? Aku baru nak order. Tgk gambar, teruja siot. Ohhhh, quality teruk gaban eh? Ksian kau. Mekaseh eh, for the info. Ni mesti brg China ni. Thanks again for the info babe.

      0

      0
  3. Shaklee says:

    beg muka kucing..comel :)

    0

    0
  4. Ian says:

    So far, aku shopping kat website ni puas ati lerr…

    0

    0
    • kk says:

      Btl. aku sllu je bli beg kat Nile. Delivery pon cepat. If xde stok, dia refund cepat. Standard la bli beg RM50 kebawah kualiti dia kira ok la, jgnla mgharapkan kualiti mcm Charles n Keith.

      0

      0
  5. bilakakjemahmenulis says:

    kakjem berkenan betui handbag biru tu. bila klik satgi, product not found. penipuan apakah ini?

    0

    0
    • PagiPetangSiangMalam says:

      Hahahhahahahah.. @KakJem, aku pong! Kebarua-an apakah inihhh???

      0

      0
  6. Mai Has says:

    Kualiti nya mmg tak berapa bagus.tapi takat beg 20-30 rengget kalau rosak beli la baru.2 beg pun baru 40 hengget.keeenn…?:-)

    0

    0
  7. Fara says:

    saya prefer beg yg spacious mudah seluk cark barang, and ada full zipper as safety.. and non fabric sbb malas cuci hehhe.. walaupun tak la go for brand sangat, kdg2 tu beli gak yg branded.. peer pressure kekdahnyer ekekeke…

    0

    0
  8. alkane says:

    beg besaq2 senang kne ragut..baek xyah beli k

    0

    0
  9. […] Tips Memadankan Beg Dan Pakaian Anda (14) […]

    0

    0
  10. […] Tips Memadankan Beg Dan Pakaian Anda (15) […]

    0

    0
  11. […] Tips Memadankan Beg Dan Pakaian Anda (16) […]

    0

    0
  12. […] Tips Memadankan Beg Dan Pakaian Anda (17) […]

    0

    0
  13. […] Tips Memadankan Beg Dan Pakaian Anda (18) […]

    0

    0