Written by Bella | March 23rd, 2016

Digosipkan bercinta dengan pengurus sendiri sebelum ini, Siti Nordiana menganggap perkara itu tiada salahnya kerana ada  sahaja artis yang menjalinkan hubungan dengan pengurus mereka. Namun, ia tidak bermakna beliau sebegitu dan dakwaan terhadap dirinya itu adalah benar.

Jelas Nana, hubungan yang terjalin antara mereka berdua cuma biasa-biasa sahaja dan atas urusan kerja.

Memang tidak salah menjalinkan hubungan cinta dengan pengurus sendiri. Perkara tersebut memang terjadi dalam dunia hiburan.

Namun begitu, dakwaan yang mengatakan saya bercinta dengan pengurus adalah tidak benar. Hubungan yang terjalin antara saya dan pengurus cuma biasa-biasa sahaja. Tidak timbul perasaan yang lebih dari hubungan antara pengurus dan artis.

Nana juga enggan lagi mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu gosip itu terus berpanjangan.

Dia menjaga saya semenjak tahun 2011 lagi. Saya lebih suka untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dan mahu senyap sahaja bagi menutup mulut orang yang berkata-kata.

Biarlah Nana hendak bercinta dengan sesiapa pun, dah lama juga beliau solo dan tidak salah untuk mencari seorang lelaki sebagai teman hidup dan ayah kepada anaknya. Doakan yang terbaik buat Nana.

Sumber Berita: Astro Gempak

6 responses to Tidak Salah Bercinta Dengan Pengurus Sendiri – Siti Nordiana

  1. melati says:

    memang lah tak bersalah , nanti duit ko yg bermasalah Nordiana…..so pikir2kan lah….Nasihat jewww..

    0

    0
    • Corse 848 says:

      Kalau melibatkan perasaan ni susah skit..bukan boleh paksa2..sbb tu jadi yg lawa kawin x lawa..yg tua kawin yg muda..kahwin dgn suami org..semua sbb perasaan..mmg payah nak tinggalkan klu da syg..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Klu dia kawin dgn pngurus sendiri jd somi still bkje dgn isteri ke cmne? Pastu isteri ke yg bg gaji tu?? So xyah la klu cmtu .. Klu kewangan Nana bmasalah.. Somi pun x dpt tlg..

    0

    0
  3. gigibesi says:

    cari la suami yg ade kerje sket…tjamin sket mase dpn kamu..nnt msuk waktu sendu terbit masalah kewangan plak..pikio pikiokan ler..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Mmg tk terniat ..
    Tapi bila dok ngadap drama korea terasa plak meleleh nk rasa belaian lelaki Nok

    0

    0
  5. wanita says:

    tunggu jela berita diorang bakal mendirikan rumah tangga

    0

    0