Written by Bella | August 25th, 2015

Akhirnya teka-teki mengenai status agama Stacy telah terjawab apabila beliau sudah mengakui memeluk Islam semalam susulan berita tersebut yang tersebar luas di media sosial.

Stacy juga mengesahkan keputusan beliau untuk bergelar seorang muslim bukanlah atas desakan mana-mana pihak ataupun kerana beliau ingin berkahwin dengan kekasihnya Akim Ahmad.

Sepanjang kehidupan beliau, Stacy tidak mempunyai sebarang agama yang tetap dan hanya  menganuti agama Kristian tiga tahun lepas selepas keluarganya membuat keputusan untuk menganuti agama tersebut.

Tidak pernah menyesal kerana beragama Kristian sebelum ini, Stacy bagaimanapun merasa lebih seronok dan gembira ketika beliau sudah sah bergelar seorang muslim semalam.

Sepanjang saya bernafas di bumi ini, saya tidak mempunyai pendirian agama yang tetap. Saya menganuti agama Kristian kira-kira 3 tahun yang lalu selepas keluarga saya membuat keputusan untuk menganuti agama Kritsian.

Saya berbesar hati menganuti agama Kristian, namun dalam hati saya alangkah seronok dan gembiranya saya memeluk agama islam pada ketika itu.

Berita Stacy memeluk agama Islam viral  sejak semalam selepas satu video serta foto beliau sedang belajar mengucap dua kalimah syahadah disebarkan oleh invidu tidak bertanggungjawab.

Bukan sahaja Akim yang merasa bengang dengan tindakan individu tersebut malah Stacy juga turut merasa terkilan kerana ia merupakan privasi beliau. Penyebaran video tersebut sedikit sebanyak telah membuat beliau agak terganggu.

Malah, Stacy memohon semua tidak berkongsi atau memanjangkan isu ini serta memadam video ketika beliau mengucapkan kalimah syahadah.

Saya inginkan ‘privacy’ mengenai keinginan saya memeluk agama Islam. Setelah tersebar gambar dan video itu saya agak rasa terkilan dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab. Sepatutnya saya ‘happy’ dan raikan untuk diri saya sendiri, tetapi dek kerana penyebaran gambar itu saya agak terganggu. Bagi saya benda yang suci amat tidak wajar dihebahkan dan perlu menghormati sempadan saya.

Mungkin perkara ini boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain agar tidak merakam dan menyebarkan video seseorang itu tanpa kebenaran daripada tuan empunya badan. Hormatilah  privasi orang lain dan amanah dalam kerja yang anda lakukan.

Sumber Berita: Murai

19 responses to Tidak Pernah Mempunyai Agama Tetap: Stacy Gembira Dapat Peluk Agama Islam

  1. Anonymous says:

    1st hihi

    0

    0
    • Lembu Gemok says:

      dah happy sgt dpt first?ko dapat PS4 ker?

      btw Stacy punya cerita ni dah macam transfer rumours dah…updated sokmo…~alhamdulillah stacy~

      0

      0
      • Anonymous says:

        Org islam sari kecik tapi xboleh pegang amanah, apa salahnya org tu nak privasi. Agama islam ni bukan agama nak glamor, xperlu nak megah2 peluk islam semata2 nak dpt pujian manusia, yang penting dia dgn Allah, keikhlasan dia. First time aku salute retis yg convert islam, at least dia lebih tau erti keikhlasan menganuti agama Allah ni daripada menganut agama islam semata nak kahwin ataupun glamer.

        0

        0
      • sabah boleh bah says:

        kalau dah masuk Islam tak kisahlah bukan kerana nak kahwin ke., saya ingin maklumkan disini tutup aurat itu WAJIB. dan silalah berubah, jangan lagi goyang tetek atas pentas. kalau boleh pakai tudung jangan nampak lengan macam pengacara meletos itu,. konon dah berhijrah tp sakan tunjuk lengan yang putih. phuii…

        0

        0
        • Org Sabah says:

          hoiii… sabah boleh bah! org racist mcm kau ni tidak layak hidup di dunia ni.. bikin malu org sabah ja! jaga mulut kau tu bah!

          0

          0
  2. nok gebuzzz says:

    Alhamdulillah……semoga stacy terus mendapat hidayah

    0

    0
  3. Anonymous says:

    yeah yeah yeah 2x msuk 1st

    0

    0
  4. myA says:

    Alhamdulillah..semoga Ummu Shaikhah terus istiqomah.

    0

    0
  5. LALA says:

    FUNNY

    0

    0
  6. iamwhoiam says:

    for those yang cakap Stacy masuk Islam sebab utama nak kahwin… well, itu antara dia dengan Allah… sedangkan ramai je melayu di Malaysia ni, tak perlu pun melalui proses untuk menyelidik and make consideration masuk Islam sebab dah dilahirkan dalam keadaan Islam… InsyaAllah, her syahadah would mean a lot more compared to most of the born Muslims. Allah beri hidayah in different ways.. tengok je Corrie Lee and few other mualafs, mereka kenal Islam disebabkan perkahwinan, and in the end, mereka lebih banyak ilmu and lebih active berdakwah berbanding yang lahir Islam.. jangan lupa, dosa2 Stacy yg lepas pun terhapus. What about yang lahir Islam?? so please jangan pertikai niat utama dia masuk islam!

    Ahlan Wa Sahlan Stacy, May Allah keep your intentions pure and may Allah continue giving you guidance. Ameen!

    0

    0
  7. Anonymous says:

    betul tu stacy.. masuk islam ni tak semestinya dah terlepas dari kesilapan dunia. kita masih lagi manusia biasa. manusia tiada yg sempurna. Namun apa yg lebih penting stacy dah memilih satu agama yg indah dan penuh dengan pembelajaran dan pengajaran hidup iaitu Islam. So, saudara islam kat luar sana tu, lepas ni jgnlah pula korg suka2 nak hukum stacy yer.. “paksa dia pakai tudung ke” atau “suruh dia berhenti menyanyi ke” atau “paksa dia kawin dengan akim ke”.. tak bole la mcm tu.. dalam islam kan tiada paksaan.. biarkan dia belajar seikhlas hati dia dan bukan dengan paksaan.. doakan jer yg terbaik buat dia..

    0

    0
    • Kebenaran_Sejati says:

      Dalam Islam tak ada paksaan?..bohong lah,cuba kalau Akim yg murtad?..darahnya halal kan..indah apa ke bende

      0

      0
  8. Amir says:

    Alhamdulillah..makin bertambah umat Nabi Muhammad SAW :)

    0

    0
  9. oo says:

    pasal peler tukar agama

    0

    0
  10. AdibKhalidFan says:

    Astaghfirullahalazim…asallah si pengkomen oo tu ckp macam ni. Tak baiklah awak ni. Sama2lah kita berdoa agar Ummu Shaikah sentiasa diberi hidayah oleh Allah swt utk menjadi hamba-Nya yg lebih baik. Ditetapkan keimanannya dlm menempuhi apa jua dugaan. Islam itu indah dan mudah, so biarlah dia mendalami islam perlahan-lahan.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Alhamduliliah…moga pas ni stacy akn mendpt lebih bnyk hidayah…aaminnnnn

    0

    0
  12. Entah le says:

    cuba tengok pic stacy masa pakai tudung tu…comel kn…

    0

    0
  13. Anonymous says:

    tu la.. comel sgt2 kan.. hihi.. all the best stacy! support you forever! :D

    0

    0
  14. musketeer says:

    alhamdulillah. moga diberi petunjuk2 baik dr Dia..dan kepada kita semua yg lahir Islam jugak..jgn banyak nak mengutuk org aje, smbhyg silap2 tak buat..gossip aje pandai..org baru masuk Islam, kau terus paksa org pakai tudung..ko pi paksa mak, adik kakak sepupu etc dlm family dulu ye..lebih afdhal..

    0

    0