Tidak Mahu Sentuh Wanita Bukan Muhrim, Syarul Ridzwan Dukung Jurusolek Lelaki

Hiburan

Tidak Mahu Sentuh Wanita Bukan Muhrim, Syarul Ridzwan Dukung Jurusolek Lelaki

Terbaik!!! 4 thumbs up (termasuk jari kaki) Abang Nara berikan kepada Syarul Ridzwan. Mahu memperbaiki diri dengan enggan menyentuh wanita bukan muhrim, Syarul Ridzwan telah mendukung jurusolek lelaki bagi menggantikan pelakon wanita Janna Nick dalam satu babak untuk drama Kau Aku Kita. Lagi terbaik ialah pengarah drama ini yang mencadangkan penggantian ini demi menghormati prinsip Syarul Ridzwan. Kan bagus bila kesemua pihak saling memahami.

syarul ridzwan

Advertisement

Menariknya, Syarul memaklumkan yang ada satu peristiwa ketika penggambaran sebuah drama satu ketika dahulu yang menyebabkan dirinya mahu melakukan perubahan ini. Kata Syarul Ridzwan:-

Ini bukan syarat tetapi prinsip saya tidak mahu berpelukan dan bersentuhan dengan wanita, ia juga perkara baru yang saya sedang belajar untuk didik diri saya sendiri.

Alhamdulilah pengarah faham dan menghormati prinsip itu. Baru-baru ini dalam drama Kau Aku Kita, pengarah meminta saya mendukung jurusolek lelaki bagi mengantikan pelakon wanita iaitu Janna Nick dalam satu adegan drama tersebut.

Dalam drama berjudul Romie Cinta Julia tahun lalu ada adegan berpelukan yang mana terjadi satu peristiwa yang membuatkan saya tidak mahu lagi bersentuhan atau berpelukan dengan wanita. Namun biarlah peristiwa itu saya rahsiakan

syarul ridzwan

Nampaknya industri lakonan kita semakin berkembang di mana semua pihak terutamanya pengarah makin memahami kehendak pelakon. Perubahan seperti inilah yang kita mahukan. Yang penting semua benda boleh dibawa berbincang. Kalau cakap elok-elok, pasti akan ada jalan penyelesaian. Tahniah kepada Syarul Ridzwan dan pengarah drama Kau Aku Kita yang menunjukkan ada sinar dalam dunia hiburan tanah air. Good job!!! Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...