Written by Bella | November 23rd, 2015

Shukri Yahaya minggu lepas telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya Tya Adnan, boleh kata ramai juga peminat wanita di luar sana yang gigit jari selepas aktor kacak ini mendirikan rumah tangga. Walaubagaimanapun, mereka tetap mendoakan yang terbaik buat Shukri dan isterinya.

Buat Shukri pula, beliau merasa syukur kerana segalanya perancangan bagi majlis perkahwinan beliau berjalan dengan lancar. Malah, beliau juga nampaknya sudah sedia seratus peratus untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ingin mempelajari lagi cara untuk menjaga rumah tangganya.

Selepas segalanya selesai dan saya sudah sah bergelar suami kepada Tya, perasaan gembira dan bersyukur pula datang bertandang. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

Tanggungjawab saya semakin berat. Dulu, saya hanya menumpukan perhatian kepada ibu dan ayah. Kini, segalanya sudah berubah. Saya sudah bergelar suami dan perlu belajar untuk lebih bertanggungjawab dalam perihal menjaga rumah tangga dan juga isteri.

Berbicara mengenai stigma masyarakat dimana populariti seseorang artis itu akan jatuh selepas berkahwin, Shukri menjelaskan beliau ingin mengubah presepsi tersebut dengan tidak terlalu mendedahkan kehidupan beliau selepas kahwin terlalu kerap di media sosial agar tiada yang merasa meluat.

Kalau boleh, saya dan isteri tidak mahu terlalu terbuka dengan berkongsi kehidupan kami di laman sosial. Kami tidak mahu orang meluat dengan kelakuan kami.

Sewaktu masih belum berkahwin orang boleh mengata macam-macam. Apatah lagi apabila sudah bergelar pasangan yang sah. Orang akan terus bercakap mengenai kita.

Peminat  akan  meluat kalau seseorang artis itu mendedahkan perkara tidak sepatutnya di Instagram, contohnya bergambar bersama di atas katil. Iyalah, meskipun sudah halal ia juga mengundang kritikan ramai bukan?

Sumber Berita: Kosmo!

22 responses to Tidak Mahu Peminat Meluat : Shukri Yahaya Ingin Jaga Privasi Selepas Berkahwin

  1. minah jambu says:

    hehe..

    0

    0
    • minah jambu says:

      pes rupa Nye hehehe geli hati minah jambu…bang nara mana u ?

      0

      0
    • Anonymous says:

      Elok la tu. Skrg pun dah agak meluat tgk gambar kawin tak habis habis lagi.

      0

      0
      • Cilipadi says:

        Tu la. Harap lepas ni takde la cerita Syuktya tangguh bulanmadu sebab sibuk, Syuktya pindah rumah baru, Syuktya masak sambal tumis bersama blablabla.

        0

        0
      • Mirai Suenaga says:

        Sebelum kawin lg aku dah meluat. dgn gambar per wed la, mengalu-alukan penaja la. Citer dia lagi bnyk dari citer Obama dtg M’sia.

        0

        0
    • awek baju ketat free hair says:

      yang gigit jari tu mesti minah tudung childish yg baru nak up kan. ohhh please lah….setakat lelaki kerjanya pelakon macam ni tak hingin aku. Tak menjamin masa depan.

      0

      0
    • dari hati yg ikhlas says:

      Belum apa pun dah meluat macam mana ni?. Lagi satu, sumpah dia ni langsung tak de rupa Jericho Rosales. Mcm pak cik pak cik yg nampak smart ada la.

      0

      0
  2. Mak Jemah says:

    bagus sangat shukri…skang nie pon page bang nara nie penuh dgn berita pasal hang…tah ape sumbangan hang pon aku x tau hmm

    0

    0
  3. Bekas Ahli Pengakap Sekolah says:

    Tya tu trans ke?? Nape mcm ada halkum gambar yg kedua tu…? Tak tau la org lain, tapi aku takde pun gigit jari shukri ni kawin…. By the way, congrats!

    0

    0
  4. malisa says:

    ada yg kata dorang ni dah tinggal sekali sblm kawin…dari gang tasik kesuma… ntah ler

    0

    0
  5. MINAH SENTAP says:

    AKU SKE TGOK DORG DUA NI.. COMEL JE.. BAJU PON SIMPLE.. YG PLING PENTING MASUK MASJID BERTUDUNG LITUP.. SELALU NYA ARTIS PAKAI SELENDANG NMPK JAMBUL JE TIME AKAD NIKAH.. WT CKOP SYARAT.. DLU XBPE NK FOLLOW PASAL DIA NI.. LEPAS KWEN AKU DAH MULA MINAT.. DOAKAN HUBUNGAN DORG KEKAL.. N WIFE DIA BERUBAH DI FREEHAIR JD BERTUDUNG.. AMIN

    0

    0
  6. Pinky Doll says:

    Selamat Pengantin Baru….
    Cuma
    Pengantin Pompuan ada…
    ada Over cccckit…….
    Kawin Artis kot….

    0

    0
  7. ayoyo says:

    please define “kacak”.

    mcm ni biasa je ok2 je. tapi kacak?

    0

    0
  8. Anonymous says:

    x de seri pengantin..haha

    0

    0
  9. Anonymous says:

    xkn psal drama pkul 7 tu tbe2 ko da jd femes? lakonan x sbrapa da dpt liputan meluas cam mmberi sumbangan sgt..Dari pre-wed –> penaja –> nikah, kawen –>jaga privasi… pasni mesti pasal hoenymoon –> rancang anak –>bla bla….
    udah2 le tuu wartawann..bg la liputan pd mrk yg berlakon bgus, yg watak sampingan pun ad lg bgus dr ni…mcm crita ‘awek aku dari neraka’, lakonan aiman hakin, ayda jebat dan sharifah sakinah…ad sorg kwn kpd watak utama (aiman hakim) tu ak xkenal nama.. lakonannya mmg sempoii n besstt..wlpn dia bkn watak utama, tp lakonannya tiptopp//

    0

    0
  10. Aduyai Syukri says:

    Meluat dan bosan la tgk…bajet hot jer…..sorry to say pengantin pompuan nampak tua…ker mmg tua dari syukri ni? K la baiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    0

    0
  11. kak esah kedai ubat dan jamu says:

    Baik doakan depa ni bahagia dan menjadi pasangan beriman….buat apa kita pulak dok mengutuk org….

    0

    0