Written by AbangNara | February 4th, 2014

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. AJL28 sudah hampir 2 minggu berlalu namun masih ada suara yang kurang berpuas hati. Secara jujur, Abang Nara pun terasa pelik juga apabila komposer lagu “Bahagiamu Deritaku” iaitu LY dan Baiduri tidak diberi kesempatan berucap apabila lagunya dinobatkan sebagai juara.  Hanya Hafiz sahaja selaku penyanyi yang membuat ucapan dan terus menyanyikan lagu tersebut sekali lagi.

ly baiduri

Ramai yang menyatakan LY dan Baiduri kecil hati dan rasa terpinggir kerana kejadian ini. Lebih-lebih AJL adalah sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf pencipta lagu, bukannya penyanyi. Namun hari ini menerusi Mstar Online, LY memaklumkan yang dia tidak terasa hati. Kata LY:-

Pada malam kemenangan itu ada kesilapan teknikal yang mana isteri saya Baiduri sukar ke pentas kerana kedudukan kerusi kami sehingga menyebabkan kami agak mengambil masa menuju ke pentas. Walhal memang penganjur menyebut nama komposer dahulu diikuti penulis lirik dan kemudian baru penyanyi.

Pada saya tindakan Hafiz tidak salah kerana dia berucap bagi mewakili kami kerana ketika itu juga program tersebut sudah kesuntukan masa dan Hafiz sudah memang berada di atas pentas.

Program AJL merupakan satu-satunya pertandingan lagu yang mengangkat pencipta-pencipta lagu tempatan dalam kes ini saya tidak rasa pihak penganjur berniat untuk menonjolkan penyanyi semata-mata.

Apa yang diucap oleh Hafiz pada malam itu juga tidak salah kerana memang kami juga sepatutnya berterima kasih kepada peminat Hafiz yang menyokong dan suka lagu ini sehingga lagu ini berada di tempat sekarang.

ly dan hafiz

Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi desas-desus kurang baik kedengaran mengenai AJL28. Tuan punya badan pun tak kisah dan tak terasa hati. Semoga dengan kemenangan ini, LY dan isterinya, Baiduri akan terus mencipta lagu yang mantap-mantap. Mana tahu menang AJL yang seterusnya pulak. Tak gitu?

P.S: Gambar lelaki bosan menunggu isteri membeli-belah

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Tidak Berpeluang Berucap Di AJL28, LY & Baiduri Tidak Terasa Hati

  1. kak wok says:

    poyo je hafiz ni…nak bagi ucapan pun cuba sebut dulu nama LY-Baiduri. baru le ada rasa hormat kat orang tu. tak kannya LY tu nak cakap hafiz ni kuang ajar, sure dia cover jugak…nak jaga hati hafiz, tapi hafiz ada? artis muda zaman sekarang cam tu la….

    0

    0
    • Lembu Gemok says:

      dah2 la tu…LY n Baiduri dah kata Ok..dah laa..takyah nak kecoh lagi…pk positif sikit tak leh ker?keja nak hentam orang jer…mgkin hafiz tak perasan ker apa…takyah buruk sangka sgt kat orang laa..tuan badan dah kata OK, kita lak nak kecoh2 simbah api…tak matang!!!

      0

      0
      • Penonton Waras says:

        semuanya salah Hafiz….sebagai penyanyi dan seorang anak seni, dia patut lebih peka. tak kiralah salah pengacara ke. sebagai seorang yg waras adalah lebih afdal jika habis sama2 berkongi dan memberi peluang kepada pencipta lagu dan lirik beri ucapan. seperti agak biadap perkara ni berlaku. sedih perangai anak seni yg kadang2 terlalu ego mendapat habuan.

        0

        0
        • Olga says:

          benda2 mcm ni Hafiz patut take note…
          kalau dia tak jaga benda2 kecik macm ni lah boleh musnah kan karier die.. cuba contohi kepreribadian Dato’ Siti.. setiap kali menang anugerah lagu mesti dia dahulukan komposer….

          0

          0
      • Olga says:

        MOHON HAFIZ MINTA MAAF SECARA TERBUKA…HARAP JANGAN DIULANG. ISU INI ADA KEBENARANNYA.

        0

        0
      • Plaspow says:

        Artis melayu memang banyak yang bodoh. Kalau dapat anugerah tu perasan diri sendiri yang sangat berbakat. Padahal nyanyi takdela sedap mana pun. Macam tahan berak. Hahahahahah. Tak respek la hafiz ni. Pffttt

        0

        0
  2. Whatever says:

    Memang perasan gila si hafiz ni. Mana Ada dia ucap utk komposer. Cuba tgk balik. Dn muka poyo n perasan tu dok ckp terima kasih kat peminat yg sokong dia la bla bla bla… Mmg aku berbulu tul tgk dia mlm tu. bodoh bangang!! Tv3 pun tolong la sekolah kan artis2 yg semua nya pass darjah 5 ni. Bongok bin baghal di hafiz ni. Pppppuuiiiihhhh!!!!

    0

    0
    • azreen says:

      Hamboi…banyak sungguh bongok kau bagi kat dia..bertingkat2. Bongok2 dia pun kaya raya. Cukupla sekadar menasihati, tak perlu nak maki hamun sangat kot!

      0

      0
    • Bekas Pelajar Akademi Fantahi says:

      kalau kejayaan tak disertai dengan iman dan amalan agama…macam ni lah jadinya. ego telah menguasai diri hingga jasa orang lain bukan lagi menjadi isu ketutamaan.
      hafiz memang patut ditegur. makin melampau. makin memualkan..

      0

      0
  3. mummy says:

    ntah… yg pengacara pon satu… terus suruh hafiz berucap, siap ckp mmg tertunggu-tunggu nak dgr ucapan hafiz,…. yang penulis ngan pencipta tu, terpaksa la buat2 slamber…. huh…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Betapa merendah diri LY & Baiduri ni. Kalau lihat balik kejayaan beliau yang lepas2, mmg banyak sangat lagu2 dia yg hit. Sgt low profile. Itulah dia cikgu aku masa sek men dulu cikgu yg mengajar subjek Seni. Cikgu Rozman Shafie. Mmg pun berseni!!

    0

    0
  5. Shhh says:

    Hafiz mmg poyo bukan sekali ..dh byk kali kot dia jer yg lebih2…cuba korg imbas semula ajl sebelum2 ni…tgk mcm na dato ct bgi peluang kat composer ambik anugerah takpun dia takdanya nak over sgt..begitu jga dgn dato m nasir..rilek jer..dia pun lagi menang besar..komposer pun dia …penyanyi pun dia…so harap lepas ni..pengacara atau penganjur beri peluang composer berucap dn satu lagi letakkan kerusi mereka lebh dkt dgn stage…yang tak bertanding dok menyibuk dkt depan..spptutnya penyanyi dan composer duk sekali kan senang nak pergi sama2 ke stage….ajl ni dh masuk penganjuran ke 28 tahun takan benda mcm ni boleh buat silap.

    0

    0
    • Lady Yaya says:

      Msh budak2 tu.. nak dibanding dgn Dato CT or Dato M. Nasir die org dah byk mkn garam. Budak2 bila menang mesti la excited. LY & Baiduri pun x ambik hati, syukor je. Kite je yg lebih-lebih.

      0

      0
    • zaza says:

      setuju dgn ko, part kerusi tu..sedangkan pertndingan peringkat sekolah pon semua peserta kene duduk dgn cikgu yg jd penjaga, inikan pertndgn peringkat malaysia siap masok tb lg. ada ke komposer yg bertnding kene duduk tersorok kt nun jauh di belakang, nak je aq lempang2 org2 yg xde kaitan yg sibuk2 duduk kt depan tu. yelah muka nk masok tb!

      0

      0
  6. shahz says:

    x boleh la salahkan Hafiz jgk.. maybe masa tu dia tgh excited.. tapi dia dah counter back.. dia ada say thanks to LY n Baiduri dalam muzik2 sabtu lepas.. aku rasa TV3 patut jgk panggil LY n Baiduri as a guest dlm muzik2 tu.. tapi yg derang panggil semua penyanyi2 yg menang je..

    0

    0
  7. nabila biela says:

    ish2 macam-macam lah…

    0

    0
  8. ssssss says:

    salah pengacara….sepatutnye kena umumkan tajuk lagu..PASTU nama komposer dan penulis lirik..pastu br nama penyanyi…bila dah sebut pemenangnye hafiz mmg meloncek2 la hafiz…sian aku tgk LY..susah betul dia nak kuar naik pentas masa tu….Hafiz sepatutnye dah th dia menang kena turun bawah sambut komposer dan penulis lirik dia..bawak naik pentas br la amik hadiah…itu baru la cara yg sebenar….AJL ni dah 28 tahun dah…x kan nak kena ajar lg….mungkin berubah2 pengarah AJL kot…so pasni kaji balik supaya x de yg terasa hati…ape2 pun ….TAHNIAH PADA SEMUA…

    0

    0
  9. as says:

    ly & baiduri ok je .. korang lak yang kecoh , saje la ni nak jadi batu api

    0

    0
  10. samsul says:

    c apiz ni mmg over huhuhuhu..klo xde komposer n penulis lirik tuh leh menang ker ko apiz?

    0

    0
  11. Raihan says:

    AJL memang macam tu dari dulu….promote penyanyi lebih dari composer dan penulis lirik, memang la pemilihan penyanyi tu sama penting tapi agak-agak la…..cuba la bagi peluang composer/penulis lirik ni berucap sama panjang mcm penyanyi…..tambah lagi pengacara pun cakap meleret-leret….last-last apa sangat la masa yang tinggal untuk composer/penulis lirik…..

    0

    0
  12. amy says:

    aku pun pelik knp mlm tu hafiz sakai ni lnsg x sbt nma komposer. dok terima kasih kt peminat. pdhl bkn peminat pon yg undi. bongok sakai…

    0

    0
    • mastura says:

      amy,

      kalau tak peminat yg undi dia samapi berminggu2 kat dlm carta muzik2 tu takdenya dia nk masuk semi final..even ly pon menyanjung fan2 hafiz yg ko kutuk peminat dia kenapa?frust sbb artis fav ko klh ker? loser

      0

      0
  13. Anonymous says:

    LY salah sorg pegawai di opis aku n i know him..dia x amik ati..sometimes dlm acara mcm ni mmg berlaku perkara2 spontan..dia sgt berbangga dgn pencapaian lagunya yg dinyanyikan hafiz.. kemenangannya itu turut diumumkan didlm perhimpunan jabatan..

    0

    0
  14. minah jambu merah biru says:

    memang la dia tk ambek hatiiiiiiiiiiii..dlm hati dia korang tau ?????? si hafiz ni pon bodoh ! kalau dh di panggil sebagai pemenang juara lagu tu kasi la komposer tu berucap dulu ! ni la manusia tk sadar diri si hafiz ni …macm lupa daratan sendiriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aje nk berucap ! tkan si composer tu nk cakap yg dia nk berucap untok lagu dia yg dh menang ! tkan dia nk tehegeh hegeh nk berucap ! cian tau ! si pengacara pon bodoh ! tk tau nk panggil si komposer tu kasi ucapan ke pe !! dua2 pengacara bodoh macm kerbau !!

    0

    0
  15. INSPIRIT says:

    hahahaha lawak la malaysian ni korang pulak yg over hahahaha

    0

    0
  16. cc says:

    haihh..manusia ni mmg x leh tgk org sng kan..ade je yg x kena…bwk2 laa bertaubat..korg nak ckp org cermin diri tu dlu..klau dah bahase tu kasar..xkemananye…korg tu pon same je poyo..mmg laa ade hak untuk komen tp jgn laa komen mcm org xde pelajaran..haaihh

    0

    0
  17. awokk says:

    haihhh..minah jambu minah biru..sedap bahase kau..mne kau blaja ar..haha xsgke plak pengacare ajl yg ak tgk tu kerbau..sudah2 laa tu..kau mrh camtu pon x bwk kemana..buat pnt kau taip je laa..kau inagt kau bgos sgt

    0

    0
  18. Anonymous says:

    ape2 pun LY & BAIDURI ttp yg terbaik

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Artis-artis sekarang patut diberi peringatan bahawa AJL adalah pertandingan lagu, bukan pertandingan penyanyi. Nak buat macamana penyanyi yang menang tu masih tak cukup matang lagi. Tapi belajarlah dari pengalaman. Tahun2 depan kalau menang, jangan wat macam ni lagi.

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Kat Malaysia ni byk mana la artis yg benar-benar berbakat..jadi bukan cara terbaik mengutuk dan mencaci. Semua org ada kelemahan. berilah peluang anak muda ini belajar dr kesilapan..

    0

    0
  21. akuhairan says:

    aku hairan dgn yang cakap2 bodoh ni..masing2 pemikiran tak sama la..aku rasa hafiz terlalu excited..bukan dia nak sengaja terlupa..pls lah Malaysian!!..kita ni kalau nak cakap sesuatu pasal org kena gak fikir kenapa dan mengapa benda itu terjadi..korang pun bukan perfect mana pon kann..

    0

    0
  22. sofea jane says:

    hafiz tak kenang budi….!!! puiiii!!!!!!!!!

    0

    0
  23. melati says:

    Entah lah saper yg undi Hafiz ni? suara dah lah macam nak tahan kentot….pastu gigit2 piala ni memang perbuatan memual kan…geli tgk…ni zaman mak saya masih muda dulu boleh lah gigit2 piala ni…ni mesti org class bawahan jer undi Hafiz ni..

    0

    0
  24. NtahLaAnak says:

    Betol ke Baiduri dalam gambar ni bukan komposer ‘sebenar’? Dia pinjamkan diri untuk cover komposer yang sebenar sejak dulu lagi sebab komposer sebenar taknak publisiti? Desas desus ke macam mana ni??

    0

    0