Written by Bella | August 23rd, 2016

Umum mengetahui pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin telah dipilih untuk membawakan watak utama didalam filem Tombiruo adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid.

Demi menjayakan wataknya sebagai Ejim, Zul harus tampil tidak berbaju dan hanya memakai aksesori yang sesuai dengan wataknya sebagai penunggu rimba. Kerana perkara itu, ada beberapa pihak yang berpendapat Zul menjadi mangsa eksploitasi .

Walaubagaimanapun, Zul menafikan perkara berkenaan dan berpendapat jalan cerita filem itu sendiri sudah mampu menarik minat ramai apatah lagi mereka yang sebelum ini pernah membaca novel Tombiruo.

Persoalan mengenai tubuh badan saya dieksploitasi kerana saya tidak berbaju rasanya ia tidak perlu timbul kerana naskah itu sendiri sudah cukup kuat untuk menarik penonton ke pawagam.

Tambahan pula apa yang saya lakukan itu adalah untuk menzahirkan watak sebagai Ejim dan sebagai pelakon saya sudah melakukan terbaik dalam menjayakan peranan diberikan oleh pihak produksi.

Zul akui pada awalnya beliau merasa agak tidak selesa untuk mendedahkan tubuhnya tetapi sebagai pelakon beliau ia adalah satu cabaran buat beliau untuk menghidupkan watak yang diberikan.

Dalam pada itu, Zul berkata, bagi menjayakan watak tersebut beliau berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 11 kilogram daripada 92 kilogram.

Untuk menjadi pelakon yang terbaik dan berkualiti, mereka harus dapat memberikan yang terbaik dalam setiap watak yang diberi bukan? Kita lihat hasilnya nanti bila filem Tombiruo keluar, adakah Zul dapat membawakan watak Ejim dengan baik dan sama seperti didalam novel.

Sumber Berita : mStar Online

18 responses to Tidak Berbaju Didalam Filem Tombiruo : Zul Ariffin Nafi Dieksploitasi

  1. anonimos says:

    Novel ramlee awang murshid yg buat aku tertarik. Novel dia semua best, masterpiece!!

    0

    0
    • minah jambu says:

      minah jambu percaya jul lipin akan buat yg terbaik…tak payah kesah kan orang cakap jul dieksloitasi ke ape ke janji duit masok suda…semoga pembikinan pilm ini berjaya…lov u jullllll…eemmuah hahaha..

      0

      0
  2. Haha says:

    Sesuai lh watak kt hutan muka jantan kpg dgilai oleh melayu kpg

    0

    0
  3. KukuMallu says:

    Ejim adalah antara watak yang disukai ramai selepas watak Sunan… maka harapan saya agar Zul Arifin boleh membawa watak Ejim dengan baik. Jangan hampakan peminat novel RAM.

    0

    0
  4. Ustaz Md Zain says:

    Saya selaku ustaz pakar industri seni , ingin menyatakan bahawa ini haram, memang HARAM!!!!!!, HARAM tegar tunjuk badan sasa. Lebih baik kalau pakai jubah, apa salahnye kalau kita tonjolkan budaya orang arab sambil berlakon jadi tarzan. Haram sebab kita takut nanti ada bini2 atau anak dara sunting tersyok tengok dan mula gatal. Pada yg gatal terlebih tu tak pe banyak ustaz2 yg kuota belum cukup lagi. Sedia ambil tempahan di pusat kami iaitu Persatuan Ustaz Kumpul Isteri, Malaysia (PUsKisMa).

    Bab2 haram halal tu perlulah artis2 unjurkan masalah anda kepada saya dan saya akan beri pendapat yg bernas.

    0

    0
  5. Cik Kim says:

    Half naked man

    0

    0
  6. Aiai says:

    Lorrrr… dah abis tu nak suruh berlakon jadi penunggu rimba pakai kot dengan necktie? Ataupun mungkin lebih sopan kalau pakai baju melayu cekak musang dengan kain samping songket?

    0

    0
  7. lola says:

    normal la tak berbaju utk mamat ni, peberet dia!

    0

    0
  8. anon says:

    Ada ke org nak tengok cerita mengarut mcm ni…..tak pernah dengar pun.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Betul ke org ckp jul ripeng ngan jiah mekwilson bersedudukan kat apartment boulevard?

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Karya Ramlee Awang Mursyid ni banyak ilmu, bahasa pun kurang pasarnya, sensitiviti dijaga, ending mmg payah nak teka kalo tak baca dr kulit depan ke kulit blakang..tak mcm karya penulis lain, pembaca dah boleh agak ending cerita..

    0

    0
    • Luna says:

      betul,saya slah sorang peminat novel RAM, mmg terbaik dan selalu mendebarkan. penulis yg menulis pnuh dgn ilmu dan berhemah dlm mberikan kata pedoman.

      0

      0
  11. rasa-rasa says:

    alah tk pakai baju pun nk bising.. dlh dalam novel mmg mcmtu.. tarzan tk pakai baju org tk kecoh pun.. lagi pun cerita ni mmg bagus.. siapa yg lom baca baik baca novel ni.. ada 3 siri tk silap novel tombiruo ni.. penceritaan yang sgt bagus. tahniah.. saya tggu je filem atau drama andai itu takdirnya juga dr novel klu ada yg sudi buat..

    0

    0