Tiada Tajaan Hebat Untuk Majlis Perkahwinan Saya – Shukri Yahaya

Hiburan

Tiada Tajaan Hebat Untuk Majlis Perkahwinan Saya – Shukri Yahaya

Setelah mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga beberapa bulan lepas, kini persiapan perkahwinan Shukri Yahaya dan tunangnya Tya Adnan sudah hampir 60% siap.

Advertisement

Bakal bernikah pada bulan November depan, Shukri sempat mencuri sedikit masa untuk menguruskan perkara berkaitan perkahwinan beliau meskipun sibuk menjalani penggambaran.

Insya-Allah, majlis resepsi kedua-dua belah pihak akan menyusul selepas upacara ijab kabul. Memandangkan saya masih sibuk dengan beberapa projek drama, segala urusan saya serahkan kepada Tya dan keluarga.

Jika ada masa, saya akan turun padang. Tidaklah sampai tak ambil tahu langsung. Setakat ini, belum terasa debaran bakal bergelar raja sehari kerana sibuk menguruskan hal lain. Mungkin apabila majlis sudah dekat, baru perasaan itu datang.

Tidak dinafikan, populariti Shukri mula meningkat selepas membintangi drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa, sebagai artis yang kini menjadi pujaan ramai pasti akan ada pihak yang akan menaja perkahwinan beliau bukan? Mengakui ada menerima tajaan daripada beberapa pihak meskipun tidak sehebat ataupun dalam kuantiti yang besar seperti selebriti lain.

Pada masa yang sama beliau bersyukur kerana segala urusan perkahwinan beliau dipermudahkan dan berjalan dengan lancar seperti yang direncana.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...