Written by Bella | July 18th, 2016

Baru-baru ini, Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan beberapa garis panduan bagi hospital di Malaysia yang ingin menawarkan perkhidmatan untuk ibu bersalin didalam air. Antara syarat utama yang dikenakan ialah hanya ibu yang tidak mempunyai sebarang komplikasi dibenarkan menggunakan kaedah berkenaan.

Meluahkan pendapat mengenai isu ini, aktres Diana Danielle yang sudah dua kali menggunakan kaedah bersalin didalam air merasakan tiada sebab kaedah itu harus disekat di Malaysia.

Selepas dua kali melahirkan anak melalui kaedah ini, saya sendiri merasakan tidak ada sebarang masalah untuk terus mengamalkan kaedah ini bagi kelahiran anak-anak kami pada masa depan.

Ia suatu kaedah yang selamat kerana saya dan anak-anak sehingga hari ini tidak berdepan dengan sebarang masalah. Saya lebih selesa dengan kaedah bersalin dalam air dan tidak ada sebab untuk kaedah ini dihalang dilaksanakan dalam negara kita.

Untuk pengetahuan anda, Diana melahirkan anak pertama di dalam air di Australia pada 2013, manakala anak kedua di sebuah hospital swasta di Malaysia pada tahun 2015.

Tambah Diana, beliau dijaga dengan cukup baik dan dipantau rapi oleh doktor ketika hendak bersalin di dalam air.

Saya dijaga rapi seorang doktor berpengalaman. Malah saya percaya doktor juga akan memastikan seseorang ibu itu mampu melalui kaedah ini sebelum membenarkan prosedur ini dijalankan.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang kaedah bersalin di dalam air. Namun, hampir 80% mereka yang menggunakan kaedah ini mengatakan sakit untuk bersalin itu agak kurang ketika berada di dalam air dan ia antara kaedah yang cukup popular di Barat.

Mungkin pihak KKM bukan mahu melarang tetapi ingin memastikan doktor dan pihak hospital mempunyai pengetahuan yang luas tentang kaedah berkenaan sebelum ia dilaksanakan.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

23 responses to Tiada Sebarang Masalah Pun Bersalin Dalam Air – Diana Danielle

  1. cik green says:

    eh tolongla x pyh tanya golongan yang bukan ahli dalam bidang perbidanan ni.. stakat testimoni brapa kerat x pyhla.. bila dilarang oleh pakar-pakar bidang tersebut ada la sebab munasabab timbang tara kebaikan dan keburukan yang di ambil kira. Dengar la ckp para AHLI..jgn degil la.. rasulullah pesan dah dengar yang ahli….bukan cakap2 orang. pakar perubatan xkn ambil sibuk menyibuk memandai komen pasal dunia hiburan xde masa nak jadi judge hiburan sebab bukan kepakaran diorg…so korg pun x pyh la nak memandai2 kata xde masalah. Ngok betul la.

    0

    0
    • Anonymous says:

      memangla ada buruk baik..tapi doktor2 & nurse2 yg jaga ibu2 yg nak bsalin tu pun 1 hal juga..sapa yg pernah melahirkan tahula..msk labor room je di suhnya ibu2 baring jgn gerak2..org yg xsakit pn mental tau x..kalu awak ni pernah bersalin & banyak membaca mesti awak tahu bkn baring je cr nak bersalin ni..even dr harlina pn pilih bersalin dalam air sbb terbukti mengurangkn sakit..kalu xpernah bersalin dok diam2

      0

      0
      • Faramen says:

        Ko cuma layak masok labour room bl bukaan da cecah 5cm++ ataupon disebabkn kontraksi terlalu lama tp lewat bukaan…kalo hospital gomen tu silap2 da dkt 9cm br ble masok labour room sbb terlalu ramai org..mmglah kene ddk diam2 sbb baby da nk kuar…ko ni betol x betol pnah beranak ke jenis2 gebang

        0

        0
        • Anonymous says:

          aku kata bodo kang nak marah..ko ingat sume orang asal buka 5cm je dalam 10 minit blh jd 10 cm??? ada yg nak sampai 10 cm tu tahan sakit sampai 24 jam 48 jam ko tau x..pls la banyakkan membaca jgn jd katak bawah tempurung

          0

          0
        • Anonymous says:

          awk ni mesti nurse kj kt spital gov kn..trasa letteww

          0

          0
        • ash says:

          pengalaman saya utk ank kedua
          kontraksi mmg dh kerap
          cuma jln still 3cm
          asek la ikat peruk kita suh baring terlentang nk tgk result
          bila result x cantik ulang buat lagi & suh kita telentang
          sdgkn pinggang ni sakit yg amat bila dh sarat
          mungkin lain org lain sakitnya
          bkk jln 5cm masuk labour room
          pn still ikat2 lagi x kasi gerak
          lepas 8jam still 5cm
          sister suh induce doc x bg
          ujung2 p ceazer
          hmmmm

          0

          0
        • Anonymous says:

          rezki masing2 ash..tu sebab jgn suka menghukum orang sesuka hati gebang la bodo la..sedangkan sakit anak p1 pn tak mungkin sama dgn anak k2..nikan pula manusia lain2..kalu yg msk labor room tu terus kuar takpe kalu yg kena tahan sampai 2,3hari tu nak baring je memang azab le..

          0

          0
        • ash says:

          betul Anon 4.03 pm
          nasib & bahgian org x sama
          dh ketentuan sy di uji mcm tu
          kalau dh beranak 10 kali pn dr pegnen sampai beranak pn stp anak x sama
          mcm DD tu kebetulan x de komplikasi boleh la ckp “sy ok jer”
          kendian2 nti bkn kita tau

          0

          0
    • Anonymous says:

      sudah sampai masanya seseorang bersuara pasal kaedah bersalin di malaysia ni..bagus diana berani bersuara supaya kerajaan boleh buka mata & beri para ibu pilihan lain selain baring je..ramai para ibu kat luar peka pasal ni tapi sayangnya hospital kita xberi pilihan lain

      0

      0
    • Anonymous says:

      Ek eleh kau memang la tak ada masalah.Umur muda & tak ada komplikasi.Kan KKM dah tetapkan beberapa syarat termasuk ibu tu tak ada sebarang komplikasi bukannya nak ban terus.Lagipun di Msia masib belum expose secara meluas lagi merthod bersalin dalam air ni.Bagi la can doc & nurse nak pergi training dulu.Ni deal dengan nyawa orang bukan cakap2 kat kedai kopi woi.Perasan bagus minah ni.Dengan mak kau dah mintak maaf belum?Benda basic hormat pada ibu pun kau out,banyak pulak cakap.

      0

      0
  2. nok gebuzzz says:

    npk bahagia sgt mereka sekarang ni…anak2 pon comel.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    dia ni bila bercakap tengok ler..hukumnye macam maner weyy? asyik tak de masalah jer..

    0

    0
    • Anonymous says:

      hukum apa? kaedahnya sama je la macam bersalin normal..ko kena push ada doktor yg akan sambut baby..kalu nk kata hukum tang doktor yg menyambut jela kalu lelaki of cozla xblh

      0

      0
    • A mommy says:

      Ada ke hukum tak bole beranak dlm air? Its known to be one of the safest method of giving birth.. i suggest u read up more.. jgn jadi katak bwh tempurung pls..

      0

      0
    • zeetajones says:

      hukum apa? bersalin kan? hukum apa ni???

      0

      0
    • lynn says:

      hukum apa? Kau ni biar betik?

      0

      0
  4. Faramen says:

    Dah dinyatakan bersalin dlm air x dibenarkan CUMA UNTUK ibu2 yg berisiko tinggi atau ada komplikasi beserta pemantauan dr doktor dan nurse yg bertauliah!…bknnya berkuatkuasa untuk semua bakal ibu2..benda ni dikuatkuasakan sbb da byk kes bersalin di rumah tanpa pemantauan yg sepatotnya??tau x setiap kes komplikasi atau kematian akibat bersalin sndiri di rumah pihak hospital yg kene menjawab dan bertanggungjawab?? baca betol2 kenyataan dr kkm boleh x??bodoh sgt x reti baca??

    0

    0
  5. lily says:

    jap, bukan 1st skali Nara ckp cmni ke,

    “KKM telah menetapkan beberapa garis panduan bagi hospital di Malaysia yang ingin menawarkan perkhidmatan untuk ibu bersalin didalam air.”

    So, xde pun statement KKM yg melarang wanita malaysia beranak dlm air? Setiap bnde yg nk implement kat dlm bidang perubatan ni, kne la ada garis panduan sbb ia melibatkan nyawa manusia..

    Bidang perubatan ni bukan mcm bidang seni.. Main redah je blakon.. kalo jadi, nama naik.. kalo x jadi, dok umh, jual tudung, buat bisnes.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    KKM tak haramkan pon..cuma die suruh hospital menetapkan garis panduan utk kaedah ini. Contohnya mesti ad doktor pakar yang arif tentang bersalin cara ini. Second, hanya ibu berisiko rendah shj dibenarkan menggunakan kaedah ini. Berisiko rendah maknanya yg x ad penyakit, komplikasi or sakit2 lain.

    Yg bg kenyataan konfusing is Diana, sbb dia kta takde sebab nk “dihalang” ke dalam negara. Mmg KKM tak halang dek nonn..

    Yg lawak jgk is komen2 kat atas, beriya benoo nk provoke org..pls lh baca newspaper n dengar berita dulu kott..nmpk beno budunya.

    0

    0
  7. Reyhan Orked says:

    “Mungkin pihak KKM bukan mahu melarang tetapi ingin memastikan doktor dan pihak hospital mempunyai pengetahuan yang luas tentang kaedah berkenaan sebelum ia dilaksanakan.”

    Setuju. Mungkin those yang dah gone through waterbirth procedure dan mostly feedbacknye positive menyebabkan makin ramai ibu-ibu interested with such procedure. Therefore, banyak la hospital yang decide to provide waterbirth procedure dekat hospital masing-masing. DD, mungkin hospital yang anda pergi dah ada banyak pengalaman on waterbirth. KKM keluarkan guideline untuk hospital yang baru nak implemen waterbirth procedure.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Eh, artist takde ilmu sila diam. Masalah sekarang ni orang ramai yang buat kaedah bersalin dalam air AT HOME, UNASSISTED.

    0

    0
    • lynn says:

      Siapa yg bodoh beranak dlm air kat rumah.?
      KKM haritu keluar kenyataan nak ban semua termasuk di hospital swasta. La ni buat U-turn lepas dpt backlash.
      water birth ni bukan takat amik besen isi air pastu rendam mak buyung tu.
      Dia kena ada doctor dan pegawai prubatan lain. Air pun suhu terkawal.
      Tak pernah lagi aku dgr org bersalin dalam air sendiri kat rumah di malaysia ni.

      0

      0