Written by Bella | August 31st, 2015

Mengakui pernah keluar makan bersama Zizan Razak, nama Ummi Nazeera cukup hangat sejak minggu lepas selepas dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama pelawak tesebut.

Tidak mahu terus di gosipkan seperti itu, Ummi memberitahu hubungannya bersama Zizan tidak lebih daripada seorang kawan.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita tersebut boleh timbul. Bagi saya, yang diperkatakan oleh orang itu sebagai satu andaian yang tidak menjelaskan apa-apa. Terus terang saya katakan antara saya dan Zizan hanya sekadar kawan industri dan tak lebih daripda itu.

Tiada sebarang hubungan istimewa antara kami seperti yang diperkatakan sebelum ini. Saya anggap ini benda biasa yang perlu diharungi. Tapi tak perlulah memperbesarkan-besarkan cerita ini lagi.

Buat Ummi, beliau hanya ingin fokus pada kerjayanya dan enggan lagi melayan cerita-cerita sebegini dan berharap tiada pihak yang memperbesarkan hal berkenaan.

Setiap kali ada wanita yang nampak rapat dengan Zizan Razak pasti ada pihak yang mengandaikan beliau sedang bercinta dengan mereka. Iyalah, sebab peminat mula bosan menunggu berita bila sebenarnya Zizan akan berkahwin.

Sumber Berita: Utusan Online

13 responses to Tiada Sebarang Hubungan Istimewa Antara Kami – Ummi Nazeera

  1. zizan kalah ABP says:

    Mmg orang dah bosan pun dgn zizan ni… Ummi Nazeera, please la.. jangan rapat dgn si buaya ni. Bahaya! You deserve get better man than this zizan loh.. come on baby!

    0

    0
    • ntah aper2 tah says:

      Sedeh tngk org komen ni … asyik asyik kata ummi deserve someone better. Dalam hati fikiran ummi ni sikit pun tak terlintas dgn zizan ni.
      Korang tngok ummi pun tahu taste dia mcm mana stlh berhijrah.
      Dia bukan mcm dulu tak matang lg malah dia seorg yg bijak …
      Paling tidak pun ummi pilih yg sekufu …

      Buat mase ni laaa … huahuahuahuaaaahuhuhuhu ….

      0

      0
      • Anonymous says:

        Jodoh x boleh dipaksa. Leave him alone. Korang jaga bf dan gf korang dah la. Sibuk jer!!!

        0

        0
      • Lembu Gemok says:

        mgkin ramai dok fikir zizan playboy, perangai buruk…well bg aku, aku rasa zizan seorang yang baik….dunia selebriti kadang2 leh buatkan dia nampak cam tu tp sebenarnya tak….so jauhilah fitnah dunia….harap kalau betol jodohnya dgn ummi, alhamdulillah satu petunjuk bahawa lelaki baik utk perempuan yang baik…in shaa Allah…amin~…

        zizan..demo the best…walaupon dah kurang lawak…tp bila wat lawak tak over…to be honest Johan mmg lawak, tp bila atas stage (pentas Spontan All Stars) dia kadang over yang amat sgt sampai meluat aku tgk…..ok…..tu jer…lari tajuk sikit…kbai

        0

        0
      • Anonymous says:

        siapa korang nak menentukan jodoh orang, kenal sgt ke luar dalam zizan razak tu, baik sgt ke korang?? Ingat Hidayah itu milik ALLAH, sebagaimana ummi nazeera sblm berhijrah begitu juga artis lain…jadi sebagai manusia kita tak de hak untuk menilai sesama kita, orang baik boleh jadi jahat, orang jahat boleh jadi sebaik-baik manusia semua ketetapan ALLAH so jangan hina sikap dan perangai manusia…!!

        0

        0
    • minah jambu says:

      kalau dh jodoh ummi ngan zizan kau nk buat ape ? mungkin zizan ni jodoh ummi sape tau kan ?

      0

      0
  2. Anonymous says:

    banyak lagi lelaki baek yang laen yang bise dijadikan imam….

    0

    0
  3. sotong hitam says:

    sekarang zaman zizan kene hentam, ape saje yg die buat mesti ade yg tak kene…kenape mesti zizan kene kawin utk mengelakkan salah faham…aku rasa yg tak faham ialah org yg menulis artikel….rapat dengan seseorang tak semestinye nak kene kawin, jadi kenape nak kene kawin semate2 nak happykan orang sekeliling??? perkawinan ni bukan benda yg boleh di buat main2…mungkin dari pengalaman lalu banyak mengajar zizan supaya tidak tergesa2 untuk berkahwin…dan mungkin wanita yg dikaitkan dgn zizan kebanyakkannye jambu2 belaka yg membuat org iri hati?? kalau dah jealous tu bukan salah zizan, itu rezeki namanye…

    0

    0
    • Sotong kurita says:

      Sotong org lain tak jealous langsung tp mainkan hati dan perasaan ppuan, itu yg buat org marah. Klu sotong ada daughtr, anak ppuan sotong kena tipu hidup2 dgn playbuaya. Marah tak?. Bawa ank ppuan org usung ke sana ke mari tp lamaran tak kunjung tiba dlm masa yg sama ” mengayat ” ppuan lain … agak2 org yg terkena tu tak panas hati ke?. So zizan tumpukan kat bisnz elok2, jgn mainkn perasaan org lain. Andai kata ada jodoh dan berkluarga, buat taubat nasuha krn takut2 tempias suka mainkn hati ank org kena ke anak kamu. Utk semua laki2 yg baca ni, ingt satu hari nanti kita ada anak2 sndri. Jd fikir sejenak

      0

      0
  4. zaza says:

    ummie,nk kwn xda mslh, tp cuma satu je,u kene hati2. zizan ni kalaw dh putus dia akan mengata u belakang2 senyap2.hbs dkat semua org dia cerita perilaku buruk u.
    belajar dr emma ok.

    0

    0
    • Anonymous says:

      dengar dengan mata kepala sendiri ke zizan burukkan emma? kalau TAK PERNAH dengar dengan TELINGA boleh jadi fitnah! tak takut ke dosa pahala memburukkan orang….apa yang jadi pada emma atas sebab diri dia sendiri, begitu mudah, begitu mudah, begitu lantang bercerita tentang peribadi dengan media massa….masyarakat tak bodoh untuk menilai siapa yang berkualiti siapa yang tak ada maruah diri, fikirkan!

      0

      0
  5. min says:

    Satu je pesanan..jaga-jaga..kang kena tinggai jugak..zizang ni x boleh percaya..tengok dr sejarah silam dia, boleh buatkn kita bpikir samada dia ni ssuai tuk djadikan suami.. Banyak lg kot lelaki lain bagus dr dia..buat kwn je boleh..nk lebih2 tu ko pikir lh sendiri..

    0

    0