Written by AbangNara | July 3rd, 2015

Telah pun tampil memohon maaf kepada penonton yang menganggap drama Dia Isteri Luar Biasa mempromosikan maksiat, penerbit drama tersebut Ziela Jalil sekali lagi tampil untuk memberikan penjelasan panjang lebar tentang DILB yang penuh kontroversi. Abang Nara yakin tiada siapa menyangkan yang drama adaptasi novel ini telah menimbulkan kekecohan sebegini rupa. Confirm Ziela Jalil pun tidak menjangkakan kritikan negatif sepanjang tayangan drama ini.
ziela jalil

Tidak mahu disalaherti, Ziela Jalil tampil menerangkan secara panjang lebar tentang pemilihan novel ini untuk diadaptasikan ke drama. Malah Ziela Jalil juga berjanji untuk memperbaiki drama-drama terbitan syarikatnya di masa hadapan. Kata Ziela Jalil:-

Saya pilih naskhah berkenaan kerana tertarik dengan isu kekeluargaan yang dipaparkan. Hubungan adik-beradik, ibu dan anak, begitu juga hubungan suami isteri. Niat saya bukan hendak menghasilkan sesuatu yang lucah atau mensensasikan cerita.

Awalnya ramai yang tertanya-tanya tentang sikap heroin yang mahu mengambil kesempatan atas kebaikan hero tetapi lama-lama penonton boleh menerima mesej cerita berkenaan. Ramai juga yang beri pandangan positif. Contohnya, kalau suami bersikap penyabar, isteri yang tidak sempurna pun akan berubah menjadi lebih baik.

Saya tidak boleh minta penonton yang tidak suka adegan berkenaan (aksi mesra pelakon)supaya tukar saluran. Bagi saya, kanak-kanak mungkin masih kurang faham soal hubungan tetapi untuk anak-anak yang sedang meningkat remaja, sekarang zaman internet. Kalau bukan daripada televisyen, mereka pandai cari apa yang mereka mahu tonton. Semuanya di hujung jari dan perkara berkenaan sukar dibendung.

Jadi, jangan jadikan televisyen sebagai alat meruntuhkan akhlak. Benda ini terpulang kepada individu atau penonton itu sendiri. Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mendidik anak-anak.

Walau bagaimanapun, saya okey dan menerima semua teguran itu secara positif. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada penulis surat berkenaan. Saya minta maaf dan insya-Allah saya akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya yang lebih baik.

ziela jalil

Bagi Abang Nara, kekecohan sebegini pastinya akan memberikan impak besar kepada dunia hiburan tanah air. Penerbit-penerbit drama harus lebih peka dengan kehendak para penonton. Mungkin hanya segelintir sahaja yang mahukan para pelakon membawakan watak mesra terlampau. Selebihnya sudah jelak dan muak dengan adegan melampau sebegitu. Apa pun, baca artikel ini sepenuhnya untuk temuramah Ziela Jalil bersama Kosmo.

KOSMO!: Setelah dihujani dengan bermacam kritikan sejak awal penyiaran sehinggalah muncul surat terbuka mengecam kandungan drama bersiri Dia… Isteri Luar Biasa, sebagai penerbit dan orang yang bertanggungjawab terhadap penghasilan naskhah tersebut, adakah Ziela berdepan tekanan dan runtuh semangat untuk terus berkarya?

ZIELA: Tidak, sebaliknya saya ambil segala kritikan tersebut dari sudut positif. Kandungan surat tersebut tidak semuanya berbaur negatif. Saya anggap kalau seorang memandang negatif, 100 orang lagi akan memberikan komen positif. Saya ketepikan komen negatif dan ambil yang positif. Perasaan tersentak itu ada, tetapi tidaklah sampai meruntuhkan semangat.

Drama berkenaan dikatakan keterlaluan memperlihatkan adegan mesra antara pelakon, walaupun membawa watak suami isteri, mereka tetap bukan muhrim. Penulis surat terbuka itu meluahkan rasa malu kerana drama itu ditonton oleh anak-anak, tulisnya niat berkarya juga tidak boleh menghalalkan cara. Apa respons anda?

Apabila masuk bab agama, saya memang tidak boleh mengiakan benda yang salah. Apa yang boleh saya katakan, banyak kekangan yang terpaksa dilalui. Saya juga percayakan profesionalisme dalam berkarya. Naskhah itu telah diserahkan kepada penulis skrip dan pengarah. Pihak stesen juga faham tentang kandungan drama tersebut. Apabila ia disiarkan, sudah tentu saya akan buat promosi agar ia ditonton ramai.

Anda dituduh membawa maksiat dengan memaparkan perhubungan dan kemesraan yang berlebihan di antara dua pelakon semata-mata untuk menggambarkan hubungan suami isteri, komen anda?

Saya tidak boleh minta penonton yang tidak suka adegan berkenaan supaya tukar saluran. Bagi saya, kanak-kanak mungkin masih kurang faham soal hubungan tetapi untuk anak-anak yang sedang meningkat remaja, sekarang zaman internet. Kalau bukan daripada televisyen, mereka pandai cari apa yang mereka mahu tonton. Semuanya di hujung jari dan perkara berkenaan sukar dibendung.

Jadi, jangan jadikan televisyen sebagai alat meruntuhkan akhlak. Benda ini terpulang kepada individu atau penonton itu sendiri. Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mendidik anak-anak.

Walau bagaimanapun, saya okey dan menerima semua teguran itu secara positif. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada penulis surat berkenaan. Saya minta maaf dan insya-Allah saya akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya yang lebih baik.

Drama berkenaan merupakan naskhah adaptasi novel yang kandungannya pasti telah diketahui oleh anda, mengapa ia masih dipilih untuk dijadikan drama?

Saya pilih naskhah berkenaan kerana tertarik dengan isu kekeluargaan yang dipaparkan. Hubungan adik-beradik, ibu dan anak, begitu juga hubungan suami isteri. Niat saya bukan hendak menghasilkan sesuatu yang lucah atau mensensasikan cerita. Awalnya ramai yang tertanya-tanya tentang sikap heroin yang mahu mengambil kesempatan atas kebaikan hero tetapi lama-lama penonton boleh menerima mesej cerita berkenaan. Ramai juga yang beri pandangan positif. Contohnya, kalau suami bersikap penyabar, isteri yang tidak sempurna pun akan berubah menjadi lebih baik.

Selepas ini, ada sebarang projek terbaharu?

Ada. Sebuah drama raya terbitan saya sedang menjalani penggambaran. Sebuah lagi drama lakonan Shukri Yahaya, hero saya dalam Dia… Isteri Luar Biasa akan muncul dengan drama epik berjudul Cinta Qasidah bersama Ummi Nazeera. Drama itu akan disiarkan hujung Ramadan nanti.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 responses to Tiada Niat Hasilkan Sesuatu Yang Lucah Atau Sensasi – Ziela Jalil

  1. ainon says:

    bukan nk sokong ziela jalil.. tp cerita ni byk jugak nasihat dan teladan.
    1) suami yg baik dpt lembutkan hati isteri smpai isteri tu boleh bertudung tutup aurat.. ramai lelaki2 suami2 kat luar sana boleh amik mende positive dlm cerita ni…
    2) ajar hormatkan mak ayah @ org yg lebih tua.. watak dewi walau tidak disukai mertua dan ipar, dia tetap melayan mereka dengan baik dan bukan balas dengan membenci

    kalau nk kire maksiat, byk lagi cerita lain yg lucah/ maksiat..
    even tgk rambut @ aurat wanita/ lelaki pun dh di kira maksiat…
    Peace Yo…

    0

    0
  2. Shukriah says:

    Job menderu-deru masuk kat Shukri….tahniah bro!! i suka tgok u berlakon…much better dr hero drama org gaji tu… ahaks

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    kenapa masa drama jebat dulu tak pertikai,yg tu lagi teruk kot adegan pegang2nya…semua drama pun ada pegang2,terpulang la pada pelakon yg memegang watak..kalau dah sama2 setuju tak payah nak salahkan org lain…nnty kalau ckp tu x blh..ni x blh…kate over control pulak,baik berenti jd pelakon pulak..hmmm

    0

    0
  4. suamiorang says:

    memang mengajar erti kemaksiatan terangan…boleh je buat drama tidak ikut 100 peratus adegan dlm novel tu,boleh di ubah caranya lebih efisyen lagi.. jngan lah nampak sgt ia terlalu rakus pelakon memegang watak islam musim yang mengajar erti zina..sekian

    0

    0
  5. mak c kina says:

    aku xnk ckp psl bersentuhan bkn mahram tu sbb bkn cite ni je yg mcm tu..malah ada cite lain yg lbh dasat lg..aku nk ckp psl moral of the story..

    jgn jd mcm :-
    -kak long : terlalu prejudis..buruk sangka pd org ..jg rmh tangga sndr,bkn menyibuk uruskan hal org lain..sentiasa lah berlembut dgn ibu walaupun sering tidak sependapat
    -eda : kawan yg tikam kawan..buruk kan kwn sndr utk kepentingan peribadi
    -fatihah : rampas suami kwn sndr (yg dianggap mcm kakak)..yg pd awl nye ttp jugak nk khwn dgn raden amzar sedangkan tau raden dh khwn
    -dewi yusra (awl nye) : pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan mslh/perasaan org lain

    jadi la mcm :
    -raden amzar : sentiasa berlembut walau pada ketika nye dia berbelah bg..suami yg sentiasa berdoa agar isteri nya lembut hati dan berubah menjadi isteri yg solehah
    -cik kam : kawan yg sgt setia..walau dewi menolak cinta nya dia xpernah berdendam malah sentiasa berada disamping dewi utk memberi sokongan
    -dewi yusra : tidak berdendam dgn sesape walau dia pernah dihina & dimaki..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    yg org kisahkan sgt aku rasa part berzikir sambil berpeluk tu..ye dakk..

    “Saya tidak boleh minta penonton yang tidak suka adegan berkenaan( aksi mesra pelakon) supaya tukar saluran”-zila jalil

    Aikk? Bkn ke sebelum ni ko sentap mentap suh org tgk channel lain ke? Tolonglaaa..

    0

    0
  7. Weng Weng says:

    dongibab kippidup, Debab

    0

    0
  8. Anonymous says:

    aku tengok ziela ni makin bam..bam la pulak. bukan ke dia ada jual produk kurus.. hari tu nampak dah kurus sikit.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    tak berape minatlah, drama terbitan pena creatives, asyek drama adaptasi novel kawen paksa memanjang, dengan hero heroin yang sama dan peran seorang ibu asyek die sahaja

    0

    0
  10. minah jambu gi bazar ngan nenek says:

    MENGAROT !

    0

    0
  11. ciknanad says:

    I rasa intro tu lah. Kalau korang perasan intro dia kan macam over sikit, main kejar2 dekat pokok, pegang2, peluk2, fathia siap panjat belakang shukri lagi..so indirectly it gave an impression to people in a bad way walaupun belum tengok lagi content dia. Orang akan label cerita ni tak bermoral dgn menengok intro tu je padahal berlambak lagi cerita akasia yg sebelum tu berpegang2 bersentuh berpeluk bagai. Lepas tu bukan nak cakap baju fathia ketat sendat melampau ke apa tapi rasanya dia definitely nampak seksi dlm intro tu (u know what i mean). Ini apa yg I rasa laa… Tapi cerita ni memang boleh diambik pengajarannya. Suka karakter raden amzar yg gila penyabar dgn wife, perlahan lahan didik wife ke jalan yg betul

    0

    0
  12. mojo says:

    Dah berlambak drama asyik kisah kemaruk bured.sudah2la.siap suruh orang tengok siaran lain kalau tak suka drama kemaruk celah kangkang,macam makbapak dia punya stesyen tv tu.pengaruh menterilah nie.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    bukan kerana aku x cinta pun x salah aku laaa kan..terbitan pena gak. fuhhh……dasat gak! tapi lantaklahhh pasal jln cerita menarik. yg DILB nie jln cerita membosankan. sooooo….bile dh bosan sume bnda tgk jdi x kena. drama bru nie syurga Nur cam best lak. lari laa dri tema kawin mawin nie. rase teringin nak tgk lagi dan lagi

    0

    0
  14. anon says:

    ziela jalil, nampak seperti seorang muslimah. kenapa la menggalakkan adik2 or anak2 muda bersentuhan2 membuat dosa. cuba la kreatif sikit nak buat drama tu ikut pemahaman dan adab kita org islam ni. kesian anak2 muda tu. kamu yg dah tua, dan ada ilmu agama tak perlulah mempergunakan mereka untuk tontotan umum demi meealisasikan imaginasi bodoh kamu itu.

    0

    0