Tiada Lagi Kelibat Scha Al Yahya Dalam Muzik-Muzik Tahun Ini

Hiburan

Tiada Lagi Kelibat Scha Al Yahya Dalam Muzik-Muzik Tahun Ini

Rupa-rupanya AJL29 yang berlangsung Ahad lalu adalah penglibatan terakhir Scha Al Yahya di dalam program AJL dan Muzik-Muzik. Scha tidak akan lagi terlibat di dalam program mingguan Muzik-Muzik yang menyaksikan gandingannya bersama AG. Untuk makluman, sudah 2 tahun Scha mencuri pengalaman menjadi pengacara program tersebut. Sudah tiba masanya untuk mencari angin baru.

scha al yahya

Advertisement

Kata Scha:-

Saya rasa sudah cukup dua tahun terlibat di dalam program gah seperti AJL dan ‘Muzik Muzik’. Banyak yang saya belajar sepanjang mengendalikan program tersebut bersama AG. Tapi, itu tidak bermakna yang saya akan tinggalkan dunia pengacaraan

scha al yahya

Kalau terlalu lama di sesebuah program pun akan menyebabkan orang jemu. Jadi bagi Abang Nara ini adalah keputusan yang baik. Pasti banyak program lain di luar sana yang mahu mendapatkan khidmat Scha sebagai pengacara. Selamat maju jaya diucapkan. Terima kasih kerana menghiburkan penonton Muzik-Muzik dan AJL selama ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...