Written by AbangNara | May 18th, 2015

Walaupun mendapat kritikan yang agak hebat di laman sosial, drama Hati Perempuan tetap ada pengikutnya yang tersendiri. Ramai juga yang bersedih kerana tidak dapat lagi melihat kelibat Yuhanis dan Tengku Zarul. Seperti drama-drama yang sebelum ini, para peminat masih mengharapkan watak hero dan heroin di dalam sesebuah drama turut sama bercinta di dalam kehidupan sebenar. Fanatik sungguh. Namun itulah impak lakonan yang nampak begitu ‘real’ dan hidup.

mia ahmad

Walaupun Syarul Ridzwan sudah pun menafikan gosip percintaan antara dirinya dengan Mia Ahmad, namun masih ramai yang berharap agar mereka bercinta seperti di dalam drama Hati Perempuan. Tidak mahu terus dibelenggu persoalan ini, kali ini giliran Mia Ahmad tampil membuat penafian. Katanya:-

Mereka yang pantas mengatakan kami bercinta itu tak tahu apa apapun sebenarnya. Mereka hanya cakap berdasarkan apa yang dilihat termasuklah melalui gambar yang dimuat naik kami di laman Instagram selain komitmen yang ditunjukkan di dalam lakonan di kaca TV serta di luar skrin apabila sama-sama mempromosikan drama berkenaan.

Tiada apa antara kami. Tapi saya selesa bekerjasama dengannya. Dia seorang yang baik. Saya tak pasti dari mana cerita ini datang kerana ia kali pertama didengari saya. Yang pasti kerjaya seni saya baharu sahaja bermula dan tak semudah itu saya akan mempersiakannya

mia ahmad

Diharap dengan penjelasan ini, para peminat berpuas hati dan tidak lagi meng’kenen’kan Syarul dan Mia. Mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon. Tak lebih tak kurang. Kesian pula kat mereka berdua. Macam kena paksa bercinta semata-mata kerana peminat fanatik. Apa pun, diharap karier Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan akan berkembang pesat selepas Hati Perempuan. All the best and good luck. Sumber Berita Harian.
mia ahmad

P.S: Kejelitaan seorang wanita itu bermula dari dalam. Bukan luaran sahaja yang kena bersih dan harus dijaga. Bahagian dalaman pun kenalah dibelai dengan rapi. Tiada yang lebih sesuai untuk anda melainkan MANJA SIREH Hygenic Wash yang merupakan pencuci wanita terlaris di pasaran. Segar, wangi dan suci. Dah ramai yang mencuba dan berpuas hati. Layari  Facebook Fyqa Signature HQ dan Instagram Signature HQ untuk maklumat lanjut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to Tiada Apa Antara Saya & Syarul Ridzwan – Mia Ahmad

  1. badang says:

    macam dh kena minah nie…perasaan best..bertudung konon..entah2 kaki pil

    0

    0
  2. badang says:

    macam dh kena minah nie…perasaan best..bertudung konon..entah2 kaki pil

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    ko pon mcm mengedik jer…jgn jadi si izreen tu asal jer hero baru asal boleh jer..cinta lokasi!!

    0

    0
  4. Hati pompuan bosan says:

    x kan ku lupa pompuan y berlakon hati pompuan ni kayu lakonan nya..drama y amat membosankan….x perlu le keluar lagi muka kat BN ni…x glam mane pn..x sabarnya nanti nk tengok drama baru dia isteri luar biasa..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    mak aku pun x suka cite ni.. bosan ktanya.. anyway xyah wujud cinta lokasi.. sng jatuh hati sng pulak putuih nnti..

    0

    0
  6. h8 says:

    Ha bagus kalau takde pape. Meluat wei

    0

    0
  7. puffin says:

    asal drama abis je nk soh hero n heroin bercinta.

    0

    0
  8. anon says:

    tengku zaril lah bang nara…
    nk jadi blogger sgt..
    buat homework skit… nk jgn mengampu artis jeee….

    0

    0
  9. x tgk cite hati pmpuan says:

    muka mia mcm shila amzah

    0

    0
    • apa punya turr says:

      Sbb muka dia cam shila amzah buatkan aku makin meluat tengok drama nie.. Nasib baik aku tak tengok sampai habis drama SAMPAH nie..

      0

      0
  10. Naimstar says:

    Jalan cerita best..tp lakonan pelakon wanita mak aih…keras mcm kayu. membosankan

    0

    0
  11. Anonymous says:

    tu pegang pegang perut..apsal?..dah terlepas kat dalam ke?

    0

    0
  12. rizal says:

    2-2 laa sme poyo….y beriye suh cinta-cintun ni peminat y skola pun x abis lg..berangan je lbh…

    0

    0
  13. yahoo! says:

    Pelakon cmni kejap je.. pas habis drama org dah xkenal. Nak jadi pelakon, jd lah pelakon yg bermutu. Sebelum first drama, masuk kelas lakonan supaya tinggalkan impak positif. Ni belakon mcm kayu..

    0

    0
  14. mimi says:

    tipikel cite/novel kawin pakse :
    hero die wajib dikalangan tengku/dr./pilot…(ngape tk org kije gomen?)
    heroin die mule2 tk cantik pastu makeover…(semestinyer pakai tudung)
    ade kawan baik hero/heroin yg jadi tukang nasi tambah sket2…
    ade pompuan jahat yg lagi cerdik dan licik…(heroin slalunye bebal sket mudah kene tipu).
    ade scene di meja makan….
    ade pojet berjuta juta sambil tgk pelan kosong dan tunjuk sana sini…
    be continue…….

    0

    0
  15. anon says:

    eeuuuw bosannn

    0

    0