Written by AbangNara | October 12th, 2011

Abang Nara bukanlah seorang peminat teater. Teater pertama yang Abang Nara tengok ialah teater Lat The Muzikal. Secara jujur Abang Nara tertidur sebentar semasa teater tersebut. Bukannya tak best, cuma jalan ceritanya agak lambat sedikit. Jadi bila wife Abang Nara ajak pergi tengok teater The Secret Life of Nora (TSLON), Abang Nara agak keberatan jugak.

the secret life of nora

Mengenangkan hasrat isteri tercinta yang sedang mengandung, Abang Nara gagahkan diri jugak untuk ke Istana Budaya Sabtu yang lepas. Sampai-sampai je Abang Nara dah mula kagum dengan outdoor setting untuk teater ini.

the secret life of nora

Menarik kan? Disebabkan show start pukul 3 dan Abang Nara sampai jam 2.50 petang, maka tak sempatlah nak bergambar banyak-banyak. So Abang Nara pun masuklah dengan harapan cepat mula cepatlah habis. Bukan apa, taknak bazirkan masa selama 3 jam dengan menonton sesuatu yang kurang digemari.

the secret life of nora

Dan ternyata Abang Nara SILAP. Silap kerana memandang rendah dan skeptical terhadap teater The Secret Life of Nora. 3 jam yang berlalu terasa sekejap sangat dan terasa tak puas. Tiara Jacquelina, Adibah Noor, Ryan Silverman, Tony Eusoff dan Pak Nil sememangnya telah menunjukkan kepada Abang Nara apa itu teater yang sebenar.

the secret life of nora

7 sebab anda harus menonton teater The Secret Life of Nora yang akan tamat pada 16 Oktober (Ahad ini):-

ini).

1. Vokal dan lagu-lagu yang mantap

Kalau dah namanya teater muzikal, semestinya lagu dan vocal si penyanyi memainkan peranan penting. Dalam TSLON, bukan hanya vocal Tiara Jacquelina sahaja yang mampu meremangkan bulu roma anda. Abang Nara pasti korang akan kagum dengan kehebatan suara Tony Eusoff. Suara Adibah Noor tak payah cakaplah kan. Bulu kaki pun meremang dibuatnya.

2.  Kak Tijah (Adibah Noor) yang kelakar tahap gaban

Anda rasa teater muzikal hanya serius sepanjang masa? Watak Kak Tijah yang dilakonkan oleh Adibah Noor akan menjanjikan usus anda bergetar akibat ketawa tak berhenti-henti. Jangan lupa untuk menutup mulut anda ketika melopong melihat Adibah Noor terbang ketika ending TSLON. Bayangkan Adibah Noor yang comel itu terbang ala-ala Superman. Awesome gile!!!

the secret life of nora

3.  Backdrop yang boleh buat anda terkesima

Honestly, Abang Nara tabik spring dengan mereka yang mencipta backdrop teater ini. Kreatif sungguh. Lampu lip lap ada, hutan ada, lif pun ada, penari menari berterbangan pun anda. The backdrop itself worth it untuk membeli tiket teater ini.

4. Pak Nil si jahat yang buat anda ketawa sepanjang masa

Satu kekecewaan Abang Nara untuk teater The Secret Life Of Nora ini ialah masa Pak Nil beraksi agak sedikit. Korang bayangkan Pak Nil menjadi orang jahat, tetapi setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Pak Nil akan buat korang gelak. Orang jahat macam mana tue? Ada sebabnya korang akan ketawa tapi Abang Nara tak boleh cakap kat sini. Spoil la nanti kan?

the secret life of nora

5. Jalan cerita , nyanyian dan tarian yang seimbang

Salah satu cabaran untuk menghasilkan teater muzikal ialah untuk mengimbangkan jalan cerita dengan nyanyian dan tarian. Jalan cerita perlu pantas sambil diselitkan nyanyian dan tarian yang bersesuaian. Untuk teater TSLON ini, ketiga-tiga elemen ini sangat seimbang. 3 jam tak terasa berlalu. Tup-tup dah habis. Siap ada rasa tak puas nak tengok lagi.

6. Ryan Silverman yang kacak

Sakit telinga Abang Nara bila selang seminit wife Abang Nara bisik kat telinga “Eh, handsomenya Roger (Ryan Silverman) nie. Handsomenya dia.

the secret life of nora

7. Producer TSLON ialah producer P. Ramlee The Muzikal dan Puteri Gunung Ledang

Siapa lagi kalau bukan Datin Seri Tiara Jacquelina. Jujurnya, segala yang disentuh oleh Tiara Jacquelina hasilnya tak pernah menghampakan. Puteri Gunung Ledang The Muzikal pernah dijadikan tanda aras untuk teater muzikal Malaysia. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang teater The Secret Life of Nora boleh digunakan sebagai penanda aras baru.

Abang Nara nie saja buat saya terbakar nak pergi tengok teater The Secret Life of Nora nie. Ce citer sikit camner saya nak beli tiket. Dah tak sabar dah nie

Senang je nak beli tiket. Tiket semurah RM33 boleh dibeli menerusi laman web Red Tix Air Asia ataupun boleh pergi terus beli di Istana Budaya. Untuk makluman, hari weekdays show ada jam 8.30 malam sahaja. Hari Sabtu dan Ahad baru ada sesi 3 petang dan 8.30 malam.

the secret life of nora

Muka happy dan puas dapat melayan kehebatan teater The Secret Life of Nora. Anda bila lagi? More info di Facebook The Secret Life of Nora.

UPDATE:  Atas sambutan hangat, teater The Secret Life of Nora akan ada show tambahan pada 20hb Oktober (Khamis), 21hb Oktober (Jumaat) and 22hb Oktober (Sabtu). Semua show tambahan adalah pada jam 8.30 malam. Dapatkan tiket anda di sini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

33 responses to The Secret Life of Nara, Eh Nora

  1. haha says:

    aku nombor 8..

    0

    0
    • seddeyhh says:

      mmg superb bung nara…i tgk mlm rabu mgu lps tiket RM 443 lg…area vip..mmg superb..tp free la..org bg ..ehekekkss…sape yg blom…cpt..tiket masih ade..nak2 show yg siang(weekend)…tp kalu duk atas, mmg xbest.as my fren said la..

      0

      0
      • Selitone Cold Steve Austin 3:17 says:

        1. Ada unsur Islamik ker nie?

        2. Dapat pahala ke?

        3. Gaji naik ke kalau tengok benda alah nie?

        4. Rokok turun harga ke?

        5. Korang nak picit butang merah di bawah tu ke?

        6. Hahahahaha!!!

        0

        0
        • berbroken-broken says:

          Sorry la bro, tp tegelak and confused sbntar membaca komen anda..tanya ada unsur islamik ke x, dapat pahala ke x, pastu masuk ROKOK turun harga ke x…contra hbs tu bro…rokok haram…berdosa…fatwa ada JAKIM keluarkan…nyway, PEACE bro ^^v

          0

          0
        • Selitone Cold Steve Austin 3:17 says:

          Hahaha… Patot aku taip..

          4. Penanaman tembakau nak diharamkan ke?

          Hahaha.. tq tq …

          0

          0
        • Zaff1984 says:

          Aku tak paham apa masalah & kewujudan orang ko nie .. !!!

          0

          0
        • bujang says:

          gaji dah naik hoi….nak sambung ke sampai 60tahun……
          isap rokok daun nipah udah le ….simpan duit tu…cukup masa gi Mekah atau mu nikah agi.
          Aku x merokok dah…..

          0

          0
    • anon says:

      tau gak nara ni jeles bila wife dia puji “handsome nye Roger”. ye la…kan salu dok puji melambung artis dahi licin lagi sexy…

      0

      0
    • tarik tali says:

      Aku nk komen pasal Aznil bin Hj. Nawawi boleh??
      Orang duk sibuk pnggil dia Pak NIl, tp apsal gelagat n karakter dia mcm budak2 tadika or pra sekolah?? mana2 je, mesti buat action ala2 adik2 gitu.. if bergmbr mesti mulut terbuka, tangan n kaki tergedik situ sini.. sakit mata tgk! da tua bangka tp still buat2 mcm bdk2.. mtang2 la ikon budak2, waklu??!! ini ke contoh terbaik utk bdk2 yg membesar?? nti if bdk2 lelaki berkarakter lembut, bila tnya, kenapa jadi mcm ni dik, n then dia jwb, sbb nk jadi macam PAK NIL.. sape nak jawab?? nauzubillahminzalikk!!

      0

      0
      • Selitone Cold Steve Austin says:

        Ngko kalo belajar psikologi mesti tahu naper Pak Nil gitu… cuba ngko google cari teori Erik Erikson mengenai perkembangan psikologi manusia. Kemudian kaitkan sikit dengan Maslow dan Cole punya teori, dihujung tu… ngko akan dapat buat rumusan yang berilmiah sket tentang keunikkan manusia.

        0

        0
      • ast says:

        ala ko ni, bukan dia buat character tu sampai kat umah pun.

        0

        0
  2. bella says:

    apalah nk jadi…smua dedah aurat lam teater ni…pompuan ni nk mampus msuk nraka agaknyerrr…senang lenang ngan dosa…wujud orang cam ni lah tnda cepat nk kiamat

    0

    0
  3. bukan nama sebenar says:

    jauh sgt…
    tak trcapai kaki nak p sana

    0

    0
  4. kakchubby says:

    agak2nya berapa banyak la dos botox si Tiara tu cucuk kat muka dia utk nampak muda dlm teater ni ek? ye la….nak bg nampak kena dgn karakter yg dia bawak tu. tegang semcm bebenor plak kulit muka dia tu :P

    0

    0
    • Lipstick Hijau says:

      Oi gemuk! Ko mesti x penah pakai mekap kan? Kesian ko 2 la muka lebar sgt mcm padang mula..

      0

      0
  5. ayen honey says:

    SAYA DAH TENGOK RABU LEPAS!!!!!!hehe.mmg tak puas 3 jam lebih tu…sangat MANTAP!rugi kalau tak tgk!=D

    0

    0
    • Tarik Tali says:

      membazirnya masa ko 3 jam utk tgk benda maksiat mcm ni.. haishh.. baiklah duit tu ko sedekah kat masjid o ank2 yatim n then masa 3 jam tu ko pegi baca Al-QUran.. kalau dlm masa 3 jam ko tgh tgk benda maksiat ni, n then tiba2 nyawa ko dicabut, malu tak mak bapak ko?? hmm

      0

      0
      • mual says:

        ko nih mesti tak penah pegi istana budayakan .Ko tahu ker tak sebelum persembahan bermula surau kat situ penuh berderet deret org sembahyang magrib sebelum persembahan bermula …

        0

        0
  6. tina bunga says:

    terima kaseh abg nara atas info yg diberikan.. saya mmg berhajat utk menonton teater ini .

    0

    0
  7. totty says:

    luv u bang nara..

    0

    0
  8. hijau kertas says:

    vokel power?adoi ai..pekak ke u alz..
    ryan silverman mmg jejaka yg hensem..ramai lelaki2 tergile2kan die…opssssss..

    0

    0
  9. insan prihatin says:

    Tak sengaja saja mendengar ‘aib’ seseorang sudah cukup membuat kotor hati, apalagi yg kerjanya mencari aib orang

    0

    0
  10. Sedeynyerrr Haku Nengok says:

    Sedeynyerrr coz haku x bleh nengok….laki aku x kasi la plakkk…katanye membazir tgk bnda2 mcm tu…buang duit jeee…x dak pekdahnyeee…duit yang ada lebih baik simpan pegi Mekah….

    0

    0
  11. tasneem says:

    wow cm best je…nk pegi ah!! anyway, sye ni pengikut beautifulnara and saye baru 1st time try blogging. please check out my blog at http://ntasneem.blogspot.com/

    tme kasih!!!

    0

    0
  12. Mia Suci says:

    Mcm best je.. :-) thnx for the info.

    Rajin2 jengukla

    http://suciby-mia.blogspot.com/

    0

    0
  13. KiD says:

    secret life of BangNara.. buat laaa. mesti ramai yang bak tengok! woohoooo

    http://shakiddo.com/permohonan-tawas-diluluskan-rm1500-untuk-anak/

    0

    0
  14. agent nora 001 says:

    secara jujur teater ni tak best sgt… plot x kemas, props pn x gempak.. indah kabar dr rupa… nak kira plot, best lg plot muzikal p.ramlee dulu… nak kira props plak, gempak lg props teater kanak2… agak keciwa gak la sbb slalunya kalo teater yg tiara produce mmg gempak2.. tp yg ni below expectation.. tak tekesan dlm hati.. chewah.. rasanya jugak teater ni x seswai ditonton bdk2 skola rendah.. ada satu part, penari2 tu pkai mcm sport bra tutup dengan kain net je.. maybe sume tetamu nk g IB kena pakai sopan2 sbb nk kasik spotlight kat org atas pentas kot.. yg ni no comment..

    0

    0
  15. payday loans says:

    Thanks for the good writeup. It in reality used to be a entertainment account it. Glance advanced to more brought agreeable from you! However, how could we communicate?

    0

    0