Written by AbangNara | June 7th, 2013

Masih ingat tak lagi dengan berita kemunculan makhluk asing di Stuggart, German baru-baru ini? Abang Nara pernah kongsikan video kejar mengejar antara sebuah kereta dengan kapal terbang mahluk asing di tengah-tengah yang penuh mendebarkan. Kalau anda tak pernah tengok, tonton video tersebut di bawah.

Setelah lama menanti, PETRONAS telah mengeluarkan sebuah video iklan terbaru yang lebih awesome!!! Terlopong mulut Abang Nara melihat seorang penjaga bilik makmal MERCEDES AMG-PETRONAS memandu jentera terbaru AMG yang dijana oleh PETRONAS SYNTIUM 7000.

Memang laju sungguh jentera AMG terbaru yang dikuasakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder. Makhluk asing yang mendiami tubuh penjaga bilik makmal itu turut sama teruja dan mengkagumi kehebatan jentera AMG dan PETRONAS SYNTIUM. Akhirnya si makhluk asing itu melarikan diri ke kapal induk sambil mencapai sebotol PETRONAS SYNTIUM bersamanya kerana tidak dapat mengawal perasaan teruja.
amg

Abang Nara rasa si makhluk asing itu membawa pulang PETRONAS SYNTIUM ke kapal induk untuk melakukan kajian terperinci. Begitulah kehebatan teknologi ciptaan manusia di dalam PETRONAS SYNTIUM terbaru sehinggakan makhluk asing pun sanggup melakukan apa sahaja untuk menandinginya. Abang Nara pun tak sabar mencuba sendiri PETRONAS SYNTIUM sebagai minyak pelincir enjin kereta Abang Nara.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 responses to The Ride – PETRONAS & AMG

  1. Senang Nak Dapat 1st says:

    Biasanya kalo entry camnie, memang takderlah sape nak mengomennya…

    0

    0
  2. mat nas says:

    kaya lah abg nara…. syntium 5000 pn kt luar harga RM265 sebotol… klu y 7000 ni xtau la berapa harganya nnt… mst abg nara pkai merc AMG gk ni…

    0

    0
  3. akulaaa says:

    “Terlopong mulut Abang Nara melihat seorang penjaga bilik makmal MERCEDES AMG-PETRONAS memandu jentera terbaru AMG yang dijana oleh PETRONAS SYNTIUM 7000.”

    Klau entry iklan mengiklan nie, memang abg Nara punya expression fake giler,exhilarate melampau2 tak ingat dunia, tulisan pun poyooo. No wonder laa klau entry iklan camnie tak ramai yg komen.

    0

    0
  4. nur hanisah says:

    salam smua, sya bukan nak mgajak org menjadi malaikat internet, tp sya rasa kita sbg pembaca perlu menegur jika ada kesalahan yg dilakukan oleh artis, penulis, blogger dan lain-lain… Mendiamkan diri dan jaga tepi kain sendiri tu bukan la jalan yg terbaik, berilah teguran…. kalau kita tidak mampu mencegah dgn mulut kita boleh cegah guna tangan (melalui penulisan) , sekurang2nya kita jalankan t/jwb sbg seorang islam.. Sekian, dgn niat yg baik dr diri yg masih kekurangan, moga dipermudahkan, Amin

    0

    0
  5. You must have a lot of pride in writing quality content. I’m impressed with the amount of solid information you have written in your article. I hope to read more.

    0

    0