Written by Bella | April 19th, 2017

Sedang menanti hari untuk menyambut kelahiran anak keduanya, pengarah Yusry KRU jelas merasa cukup teruja. Terbaru, Yusry menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik foto terkini  isterinya, Lisa Surihani

We are almost there sayang. Cepat betul masa berlalu. Yahaira nak jadi Kak Yong dah.

Sebelum ini, Yusry akui Lisa sudah membuat imbasan kehamilan dan mengetahui jantina anak mereka. Walaubagaimanapun, Yusry ingin merahsiakan jantina anaknya dan mahu memberikan kejutan buat semua.

Yusry dan Lisa bernikah pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015.

23 responses to Teruja Bakal Timang Cahaya Mata Kedua : Yusry Kongsi Foto Terkini Lisa Surihani

  1. Ali Iskandar says:

    Rumah dia kat country height kan. Dari atas jalan tol tu leh nampak rumah dia?

    4

    1
  2. Miss Unibes says:

    Alhamdulillah

    1

    0
  3. Anonymous says:

    suka tgk pasangan ni…harap prkahwinan kedua yusry ni kekal smpai akhir hayat…anak2 pngukuh hubungan suami isteri…

    16

    0
  4. tina fazlita says:

    dulu mola mola asyik sembunyi anak sekarang kalau sembunyi tak lah boleh jadi duta..dulu siap sembunyi perut lagi hmmmmmmmmmmmmm

    6

    5
    • Anonymous says:

      Biar la dia nk sembunyi ke apa ke dh ank dia kn.. ada la sbb dia xnk tunjuk sgt.. klu tunjuk kang jd ape2 mula org ckp Tula menunjuk sgt… Org tua2 ckp x baik.. x tunjuk plak dikata sembunyi2… Mcm2

      23

      2
    • Pekerja Gomen says:

      Bukan salah dia… aku yang lelaki pun paham perasaan dia.
      Dia pernah keguguran di awal kandungan..
      Anak pertama dulu susah nak dapat…
      Jadi segala pantang larang orang tua2… semua dia ikut…

      Tapi anak kedua… dia lebih relax sikit..
      Alahan pun dah kurang..
      Trimester pertama pun dah berakhir…
      Kang dia tak share apa2… mak bedah mcm ko konfem memekak..
      Tuduh sorok anak.. kedekut… selebriti perasan..
      Suh simpan anak bawah kolong…
      Mentaliti mak bedah…

      125

      0
  5. Anonymous says:

    bestnnya! baru dapat yg 1st dah nak masuk yang kedua. mcm boy je perut tu ..bestnya kalau dapat sepasang. saya ni masih anak sorang, tu la permata hati saya. gigirl yg sgt comel …dah 7 tahun pon..dah pandai tanya nak adik..ntah bila la pulak rezeki saya utk bb kedua..tak putus berdoa. doakan ye. tq.

    39

    1
  6. Hanya saling mengingati says:

    Patutnya Yusry x perlu upload yg menampakkan aurat bentuk tubuh lisa. Dosa tu. Tak boleh fikir ke? bentuk bontot lagi…aduhai…aku cuma bg pendapat je. Jgn ckp plak aku mcm bagus eh…Ni peringatan utk aku juga agar fikir dulu sebelum upload

    22

    5
    • Anonymous says:

      dia dah berani tunjuk…dulu ngandong first nyorok cam katak bawah tempurung… dulu lisa kemain cakap tak nak show off perut, takut makcik yang susah ngandong ambik hati..tapi betul lah… melayu kan mudah lupa..peace

      20

      1
  7. Anonymous says:

    takpe klu baby gurl lagi.. yg penting sehat

    4

    0
  8. Anonymous says:

    best nya.. rumah dia cantik..

    2

    0
  9. kodu2 says:

    pregnant pun nampak cantik, aura keibuan… such a blessed couple. wish them all the best & hv a good day everyone :)

    0

    1
  10. ratu says:

    wahai para suami……perintahkan isterimu utk tutup aurat, kerana dosa isteri yg buka aurat kamu yg menanggung di akhirat kelak. malu lah aurat isteri kamu ditonton oleh ribuan manusia….

    0

    0

Leave a Comment

Optional