Written by AbangNara | July 4th, 2017

Pasangan suami isteri mana yang tak mahu mendapat cahaya mata selepas berkahwin. Namun tidak semua dikurniakan rezeki untuk menimang anak dengan mudah dan cepat. Ada yang kena tunggu bertahun-tahun barulah si isteri disahkan hamil. Ini semua dugaan dan ujian dariNya. Begitu juga dengan pasangan Izzue Islam dan Awin yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 4 tahun berkahwin.

izzue islam

Namun Izzue Islam dan isteri tidak tertekan dengan persoalan dari orang ramai tentang zuriat. Malah Izzue memaklumkan kesibukannya bekerja sehingga tidak bercuti menjadi salah satu sebab mereka belum dikurniakan cahaya mata. Kata Izzue:-

Saya akui sejak saya berkahwin, saya belum ada masa untuk berehat daripada kerja apatah lagi untuk bercuti. Jadual kerja saya memang penuh dan saya hanya dapat bercuti jika ada produksi yang menunda atau membatalkan temu janji penggambaran atau sebagainya.

Ramai yang menasihati saya supaya mengambil masa untuk bercuti dan berehat bersama isteri kerana ia salah satu cara memudahkan kami untuk menimang cahaya mata.

Bukan tak mahu bercuti, cuma saya dan isteri memang suka bekerja dan tidak sampai hati untuk menolak tawaran kerja yang diterima kerana pada saya, selagi orang mahukan kita, selagi itulah saya tak mahu tolak rezeki.

izzue islam

Malah Izzue memaklumkan tahap kesibukannya bekerja sehingga menyebabkan mereka belum ada masa untuk berjumpa pakar untuk membincangkan perkara ini.

Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni. Insya-Allah, suatu hari nanti.

Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami.

izzue islam

Semoga selepas ini Izzue akan meluangkan masa untuk mencuba mendapat anak apabila benar-benar bersedia. Apa pun setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tak perlu tergesa-gesa. Sumber Astro Gempak.

19 responses to Terlalu Sibuk Bekerja Punca Belum Ada Rezeki Anak – Izzue Islam

  1. wekkkkkkk says:

    kalau nk dpt anak, dan Allah bagi, ter prlu BECUTI mana2pun, kalau Allah nk bagi, masa balik keja, lki tgok bini tgok laki, apa lagi, x smpai 2 mint dh beres, toptap, tetiba bulan dpan dh hamil…

    sbenrnya x perlu bercuti pegi mana2pun, kalau nk hamil, hamil, gak,

    ada citer, ada org gila pompuan kt jalanan saya penah tgok 2 bulan lepas, kempis perut dia, tetiba, satu hri tu trnampak, la bunting la, sapa lak buntingkn wanita gila tu..ha kan, Allah nk bagi bunting kejap je…sian dia

    24

    2
  2. c says:

    “Semoga selepas ini Izzue akan meluangkan masa untuk mencuba mendapat anak apabila benar-benar bersedia. “.

    u sedia, Allah belum sedia..cam mana..
    tgulah sampai Allah sedia nnti bila umur u dn bini dh cicah 50an…baru dpt ank, org bawa cucu masa ni, u bawa anak baru ke taska..hehuheu

    10

    4
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      kalau dh umr2 tk payah la nak pikir pasal anak…n tk payah la nak beranak nanti muka lagi nampak tua..sempoi2 aje ngan laki lagi hepening.. kalau maseh ada mak bapak sayangi lah dorang bis tkde anak kite sayang la mak bapak kite tk betol ? minah jambu dh tkde mak jadi nenek n bapak la tempat minah jambu manja2..laki pon tkde..nampak2 minah jambu ni macm tk kawiiiiiiiin aje..hehe sape2 yg berminat n nak kenal2 ngan minah jambu tolong like banyak2 tanda stuju ngan minah jambu…lov u ..

      7

      1
  3. Anonymous says:

    sbb isteri ko tua

    20

    6
    • wekkkkkkk says:

      kalau laki muda, ada energy boleh je hempap byk kali, bkn sbb tua x leh hamil, yg mudo kawenpun x tntu dpt anak cpt2..
      yg pntig cek dulu ke pakar..22 ada masalah ke, apa ke, apa2 pun beserah je pada Allah s.w.t…dia yg tentukan…ckp DR pun bukn boleh caya 100%.
      x ada anakpun x apa la, tapi hari tua sunyi sikt la, anak2 dn cucu x ada, bkn sama mcm anak buah.

      3

      3
  4. susher says:

    bukan sbb keje, ada satu pasangan aku kenal, laki bini jauh, tgk2 terberanak jugak bini dia, ni pasal kesuburan g check & teruskan berdoa ye dik

    4

    0
  5. anon says:

    Sibok tu cume alasan je, takkan tak pernah tido bersama. Cume takde rezeki kan… Kalau dah rezeki, sekali buat pun dah menjadi…

    11

    0
    • Anonymous says:

      dah tu, karang dia bagi statement tuhan xbagi rezeki lagi korang jugak sentapsss. so better dia kata alasan dorg sibuk.

      1

      1
  6. Anonymous says:

    Alasan x munasabah.. nak anak kena usaha such as doa yg x putus2, berurut tradisional, jumpa pakar o&g etc..

    10

    2
  7. makenon says:

    ALASAM TAIK KUCENG.CAKAP JEW KO MANDOL IZZUE WEIIIII

    20

    6
  8. makenon says:

    *****ALASAN

    5

    1
  9. bukan awin says:

    cantik la awin.. mcm jepun.. patut la izzue terpikat selain hati budi awin yg baik tu.

    4

    1
  10. Anonymous says:

    Mark Adam dah berbelas tahun kawin pun masih takde anak korang tak nak kecam ke?

    1

    3
  11. tiger subur says:

    jgn la menghina atau kutuk dia sbb dia lom dpt anak..korang smua ni subur sgt ke smpai nk hina org…biar la dia..nape perlu kutuk isteri dia tua..sedar la diri korang smua tk semestinya ada anak korang dh ckup hebat…

    9

    1
  12. Anonymous says:

    kimak tol melayu bab buat anak sembang lebat jaga anak tak mau…yg sembang lebat berjaya buat anak tapi bila tua dah nak mati pulak anak tak mau jaga…

    4

    1
  13. Suria says:

    Sabar je lah Izzue & wife. May Allah bless both of you for mendapatkan zuriat. Aamiin .

    6

    1
  14. lisa says:

    sabar, tawakal, doa & usaha inshaallah allah mempermudahkan segala urusan kita. semoga izzue & wife dikurniakan anak,amin.

    4

    1
  15. miss_oppppssssss says:

    yang penting check dulu kesuburan…. iktiar… IVF ke apa ke.. Kalau x jalan jugak, usahakan anak angkat… mana tau rezeki dr anak angkat tu Allah akan bagi rezeki anak kandung pula… Tapi bila pasangan setuju nak amik anak angkat, ada plak yg mertua x setuju sbb kononnya kasih syg anak angkat ni x sama dgn kasih syg anak sendiri…. Pastu, bila da besar nanti, lari dari rumah…. Konon sia2 ja pengorbanan…. Eh, dah termasuk plak jalan cerita Andainya Takdir….

    3

    0

Leave a Comment

Optional