Written by Bella | August 19th, 2015

Berita mengenai penyanyi Hazami yang dimasukkan ke ICU Pusat Perubatan Tropicana, Damansara  memang mengejutkan ramai pihak apatah lagi ketika doktor mengesahkan beliau menghidapi pendarahan usus.

Meskipun sudah beransur pulih dan kini menetap di kediaman ibunya di Gombak, peminat masih lagi tertanya-tanya apakah punca sebenar kepada penyakitnya itu sedangkan Hazami sebelum ini nampak sihat sahaja.

Terbaru, Hazami mendedahkan pendarahan usus tersebut berlaku kerana sikapnya yang terlalu obses untuk menurukan berat badan bermula 10 tahun lepas apabila merasakan dirinya kurang menarik ketika muncul di televisyen.

Hazami telah mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat dimana beliau hanya makan sekali sehari dan terlalu ketagih untuk meminum kopi pekat.

Saya pernah dahulu mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan. Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja.

Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital.

Pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk kurus tanpa membahayakan diri sendiri. Jangan terlalu menginginkan hasil yang cepat dan terburu-buru dengan cara yang tidak betul. Rujuklah kepada pakar pemakanan serta kesihatan untuk membantu anda dalam proses penurunan berat badan.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

7 responses to Terlalu Obses Untuk Turunkan Berat Badan Punca Hazami Hidap Pendarahan Usus

  1. No One Is Perfect says:

    Mcm sedih pun ada bila baca cerita abg hazami ni. gara2 nak turunkan berat badan dan mahu kelihatan menarik dlm tv, sanggup diet sampai memudaratkan diri.
    namun, sy tidak salahkan abang hazami kerana sy fhm bagaimana rasanya berhadapan dengan kekurangan diri. Tambahan lagi apabila berada di sekeliling org2 yg dikurniakan kesempurnaan oleh Allah SWT yg lebih hebat dari kita. Walau apapun, itu lah hakikat yg terpaksa kita terima sebagai makhluk yg bernama manusia. Kita dikurniakan dengan kelebihan & kekurangan masing. Tiada siapa yg dpt mengubahnya..

    Nasihat ikhlas sy buat abg Hazami:
    1. Sentiasa mengingati Allah SWT.
    2. Tetapkan satu matlamat dan cita-cita dalam hidup yg boleh buat abg Hazami dan family bangga.
    3. Sebagai insan yg dikurniakan bakat oleh Allah SWT, abg Hazami boleh dikatakan insan yg terpilih kerana bukan semua org berbakat dlm bidang muzik. Itu merupakan satu kelebihan. Jangan sia-siakan kelebihan itu dan gunakannya dengan cara yg betul.
    4. Hidup kita singkat. Jangan terlalu fikirkan perkara yg remeh dan tidak penting. Lakukan sekarang apa yg lebih penting di usia muda ini iaitu kehidupan dan kerjaya agar tidak menyesal di kemudian hari.

    Akhir sekali, saya doakan semoga abg Hazami cepat sembuh dan hidup diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Amin…

    0

    0
  2. kiki says:

    bersabarla hazami. x mau kurus2 sangat. nanti sakit. huhu

    0

    0
  3. MIMI says:

    Syafakallah ya akhi..

    0

    0
  4. Intan says:

    Dia x kenal kevin zahri ni…..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    gituuuu pose ada ndoi kat blakang kan hehehehe

    0

    0
  6. Sabar selalu says:

    Risau dan sedih baca berita masa hazami dimasukkan ke ward ari tu. Sy doakan semoga hazami cpt sembuh dan kembali menghiburkan peminat

    0

    0
  7. Milo Howser says:

    Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Apa sebenarnya menarik di KL GP baru baru ini ini Rahsia dia Klik Sini Berita Artis Hazami Penyakit Penyanyi Hazami mendedahkan sikap obses mahu menurunkan berat badan menjadi punca terjadinya pendarahan usus besar terhadap dia Hazami berka.

    0

    0