Written by shahzeeq | February 2nd, 2016

Apabila bercerita tentang program realiti tempatan atau luar negara, salah satu scene yang wajib ada ialah scene air mata. Dulu masa mula-mula program realiti disiarkan di Malaysia, Abang Nara pun turut sama sebak apabila melihat para peserta bercerita tentang kesusahan hidup mereka. Ada sekali luar Abang Nara turut menangis apabila melihat air mata mereka mengalir deras bak air terjun. Mudah tersentuh jugak Abang Nara ini rupanya.

rockers sensasi

Namun bila dah selalu sangat tengok mereka ini menangis, perasaan sebak itu bertukar jadi menyampah. Iyerlah, teringat kucing kat rumah pun sampai nak menangis. Apa kejadahnya? Sekarang ini Abang Nara tengah mengikuti program realiti Rockers Sensasi yang sedang ditayangkan di HyppTV saluran 116 (Hypp SensasiHD). Boleh tahan jugak program realiti terbitan KRU Studios ini. Jurnal harian Rockers Sensasi disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam sementara konsert mingguannya pula pada setiap hari Ahad jam 8.30 malam.

rockers sensasi

para peserta Rockers Sensasi

Salah seorang peserta Rockers Sensasi yang berjaya mencuri perhatian Abang Nara ialah Zarith Sofia. Bukan sebab dia cun, bukan sebab dia lawa, atau bukan sebab suara dia macam Ella. Tetapi sebab si Zarith Sofia ini layak digelar ratu air mata. Bayangkan setiap kali diinterview untuk jurnal harian, mesti si Zarith Sofia ini akan menangis. Asal cerita sikit tentang kesusahan hidupnya, mesti air mata mengalir. Asal cerita kesusahan yang perlu ditempuhi di Rockers Sensasi, mesti merah mata. Senang kata, si Zarith Sofia dengan air mata tak mampu dipisahkan.

rockers sensasi

pergh berlinangan air mata tue

Mula-mula Abang Nara pun tumpang sedih apabila si Zarith ini bercerita tentang kesusahan hidupnya. Namun lama kelamaan terasa annoying la pulak. Cuba korang sendiri tengok berapa banyaknya drama ‘tangisan’ yang dilakukan oleh Zarith Sofia ini sepanjang dirinya berada di dalam Rockers Sensasi.

Amcam? Korang turut bersedih atau ada timbul sedikit perasaan menyampah? Kalau dulu memang air mata boleh dijadikan modal untuk meraih simpati daripada peminat dan juri, namun rasanya zaman sekarang orang dah tak guna taktik ini. . Nyerlah, orang lain pun hidup susah jugak tapi tak adalah nak menangis je sepanjang masa. Kata nak berjaya, kenalah tabah sikit. Kalau cabaran sikit macam ini pun tak boleh tempuh, macam mana nak jadi rockers sejati kan? Mungkin Zarith Sofia kena kurangkan tangisan dan banyakkan usaha untuk berjaya. Tak gitu?

rockers sensasi

Adakah Zarith Sofia akan berjaya bertahan di dalam Rockers Sensasi dengan sendu sedannya itu? Atau Zarith Sofia akan terkeluar minggu ini? Dengan Ramli Sarip sebagai otai (penasihat), mampukah Zarith Sofia dan para peserta Rockers Sensasi yang lain membuktikan masih wujud penyanyi rockers sejati di Malaysia? Kalau nak tahu, kenalah tonton saluran HyppSensasi HD (saluran 116) menggunakan HyppTV atau pun HyppTV Everywhere.

rockers sensasi

nie ha applikasi HyppTV Everywhere

Abang Nara suka tonton jurnal dan konsert Rockers Sensasi menerusi applikasi HyppTV Everywhere sebab tak payah nak berebut dengan bini tercinta yang sentiasa conquer tv. Lepas itu boleh tengok mana-mana rancangan yang terlepas dalam tempoh masa 7 hari. Tak perlulah nak tunggu siaran ulangan. Best kan? Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Rockers Sensasi ini, silalah cari gunakan hashtagh #RockersSensasi di Instagram atau Twitter. Maklumat lanjut layari www.tm.com;my/hypptv. Selamat menonton dan selamat menangis bersama Zarith Sofia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Terlalu Mudah Mengalirkan Air Mata, Zarith Sofia Tagih Simpati Peminat?

  1. wohohoi says:

    species fynn jamal ni….cepat nau nangesnye

    0

    0
    • Anonymous says:

      menangis tapi tak tutup aurat tak kesian .. maaf.. tapi kalau ikut syariat islam.. ye kesian.. lagi satu banyak lagi peluang pekerjaan..abaikan je program ni..insyaAllah ade rezki

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      kepala anggok engkau lah nk nangis2 mengarot habis ini minah2 semua ! kate rock bis nak nangis2 helo minah LU TAK ROCK LA BEB huh !

      0

      0
    • Anonymous says:

      Mula2 tgk tajuk, aku pun ingatkan permaisuri tu.then lps baca aku terpegun memikirkan ada lelaki mcm kak nam. Yg tulis artikel ni lelaki kan? X pernah jmpa spesis lelaki yg sooooo mak jemah. Cenggini ko nara..(* xde emoji*). Nora bg lima bintang tahap kak nam kau walaupun lelaki. Seriously pelik dan jnggal btul dear.

      0

      0
      • tiap 5 artikel nara mesti up nekta says:

        nara mulut mokcik2.tulis pon artis2 ni bl nak kawen itu jer artikel2 dia,dlm tiap 5 artikel plak up nek ta nak beli aper…gua giler nak muntah tgk penulisan dier nih

        0

        0
  2. Cinta dan Air Mata says:

    Mmglah annoying tapi kdg2 kt tak tau gak apa yg sbenanya dia rs,,, sbb ada gak org yg mmg xleh than sebak dan air mata,,, dan ada gak yg sengaja nak dpt simpati,,, ntahlah

    0

    0
  3. lola says:

    dia test market tu.. nanti agak2 tak laku jadi penyanyi, boleh belakon drama..

    0

    0
  4. serena says:

    semua program reality camni kot…susah nanges..mase ko kat luar berzumba zimba xde plak nak nanges..lelame org nyampah ..even susah camne pown ..xperlu nak cite smue pd org utk meraih simpati ..dah lapuk taktik tuuuu

    0

    0
  5. Anonymous says:

    zarith sofea dan kita kena ingat kentut itu nikmat ALLAH

    0

    0
  6. Kipochi says:

    Igt mak tmj tadi. Sib baik aku baca sampai habis

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Kan Kipochi…

    0

    0
  8. gatal tengkok mu says:

    Serik dah aku langgan unifi..nak dapat refund bil pon dkt 6 bulan x dpt2 lg..channel hypp tv pon xde la best mana..nyesalllll haku

    0

    0
    • Kaki Anime says:

      UniFi dan HyppTV adalah dua benda berbeza. UniFi adalah Internet kelajuan tinggi, manakala HyppTV adalah saluran TV Internet berbayar

      0

      0
  9. Anonymous says:

    nama sedap…nama permaisuri tapi tak padan dengan orang. sorry.

    0

    0
    • Lara says:

      hahaha baru nak cakap pasal ni, first time dengar nama Zarith Sofia dah ala2 kerabat or orang serba mewah gaya namanya.. tapi tak tau la susah hidup dia tu camner kan.. but still… tak seswai.

      0

      0
  10. Anonymous says:

    x kenal…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Abg nara, kenapa page susah nak load? Banyak sgt iklan ???

    0

    0
  12. ManusiaBiasa says:

    drpd yg len dok sebok memburukkan org len , memaki org len . bek teliti diri sndiri, muhasabah diri . dekatkn diri dgn Allah ..InsyaAllah berjaya dunia akhirat

    0

    0
    • Anonymous says:

      Kahkahkah. Cliche. Kalau kau ketat sgt, baik kau x yah baca BN. Siap komen, tunjuk kesucian hati. Org kat sini chill chill je. Gurau kasaq. Nak nasihat konon.., piiiigidaaaaaa

      0

      0
  13. Anonymous says:

    Lepas ni boleh berlakon ganti Neng Yatimah, rupa ada dah tu.

    0

    0
  14. aymra says:

    abang nara bila nak post pemenang contest shopee tu

    0

    0
  15. melati says:

    saya ni lagi mengalir air mata kisah Jutawan Neelofa , takder dh…..naper Nara tarik balik…permintaan Neelofa kah????…atau pun Neelofa di culik oleh Mat Jenin………hahahahahaahhaahaa…tgh ketawa sampai geli otak aku ..Neelofa jual tudung sampai dpt jadi Jutawan RM50 juta……sedih ader lagi bangsa ku cam Neelofa ni yg memalukan diri sendiri……….

    0

    0
    • Daisy Ridley says:

      ngape sis. malu ke jual tudung dpt sales rm50 juta. atau x masuk akal mu?
      buat congak2 aku mcm logik je sbb dia kan famous. buat calculation secara kasar je.

      kalo satu helai jual rm70. profit rm50.. lopa jual 1million helai tudung. jika ada 1000 reseller. satu reseller hanya perlu jual 1000 helai tudung. logik la tu jgn jeles ye

      0

      0
      • melati says:

        Logik ….???..ko pun Gilo cam Neelofa…ni semua stail MLM..kalau nk promote buat lah cam Dato Vida atau terlajak laris….ni setakat amik gambar kt Obersi pastu ko kater 50juta ..tk memalukan diri sendiri ker???..ko ingat Neelofa jer jual tudung kt Malaysia ni..ingat takder artis2 lain jual..menggong…

        0

        0
      • melati says:

        Daisy Ridley…aper kater ko gi terjun KLCC …pastu ko lahir balik dialam dunia lain baru ko buat kira2 jual tudung sampai RM 50 juta …k…..hahahaha

        0

        0
      • Pavlova says:

        Masa mula2 neelopa jual tudung kt matrade..satu hari untung bersih dia 40k. X mustahil skang boleh cecah 50juta. Klu x takkan senang2 je minah ni boleh drive range rover. Berbangga la skit ada org melayu kaya. Asik nk syak wasangka x sudah2!!!!!

        0

        0
        • melati says:

          bukan nya dengki …tapi org melayu ni , memang tebiat camgini ker untung RM50K…tapi ckp RM50juta…org melayu yg makan Khizir pun tak nipu camgini…

          0

          0
        • melati says:

          Pavlova …ko ingat Matrade tu mcm Pavilion ker….Martrade tu tempat org jln2 tgk barang jer bukan nya org nk Shopping…ko 40k sehari jual tudung dlm sehari….ko accountant dia ker???.. Org kalu untung 40 k sehari nk kecoh2 kew….kecuali Tong Kosong jew yg kecoh….Pavlola aper kater ko pun gi terjun KLCC…pastu bila dilahirkan semula ..ko pikir sendiri….ok..

          0

          0
  16. Anonymous says:

    Lawa ke…cun ke…adoyai…mata sapa yg salah ni…

    0

    0
  17. nil says:

    saya pun ingat nama permaisuri agong johor tu…urrrmmmm hampeh.

    teringat pula pada Zarith vokalis kumpulan mega tahun 80an sebelum rahmat ambil alih. Handsome tuhh

    0

    0
  18. nil says:

    nara…nara pelakon air mata Malaysia adalah
    neng yatimah, asmahani hussin dan norkhairiah…

    0

    0