Written by Bella | November 2nd, 2015

Perbuatan sihir, antara perkara yang menunjukkan betapa buruknya perangai manusia yang tidak pernah berpuas hati akan sesuatu sehingga menggunakan cara halus untuk menganiaya seseorang yang mereka tidak suka. Boleh dikatakan memang ramai orang yang pernah mengalami perkara tersebut dan ia memberikan kesan yang cukup mendalam dan membuatkan individu yang terkena sihir itu menderita.

Pelakon Emma Akma juga tidak terlepas daripada sikap dengki manusia yang menyihir beliau sehingga beliau menderita peyakit busung selama setahun.

Awalnya Emma menyangka beliau mengalami sakit perut disebabkan penyakit Cyst sejenis ketumbuhan yang membesar secara perlahan tanpa merebak ke tempat lain. Ia merupakan kelompong nipis yang mengandungi air.

Walaubagaimanapun jangkaan Emma itu salah dan hanya mengetahui beliau disihir apabila cuba untuk berubat secara tradisional.

Penyakit ini mula serius sejak Oktober tahun lalu dan doktor mengesahkan saya hidap penyakit Cyst dan perlu melakukan pembedahan dengan segera. Memandangkan tak cukup wang, saya tangguh dahulu. Sementara itu, macam-macam cara saya cuba untuk mengubati penyakit ini termasuklah cara tradisional dan moden. Namun tiada perubahan.

Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang pakar dalam ubatan tradisional, penyakit itu dapat disembuhkan dan perut saya kembali normal. Sukar dibayangkan keadaan ketika itu badan menjadi lemah, sehingga sukar untuk bangun.

Meskipun perutnya kembung sehingga menjadi busung akibat perbuatan itu, Emma menjelaskan beliau tidak mahu tahu siapakah yang melakukan sihir kepadanya. Pada masa tersebut, Emma cuba menghadkan aktiviti beliau bersama rakan-rakan.

Emma juga memberi nasihat agar semua orang berhati-hati dan tidak senang tertipu dengan sikap manusia.

Saya ada juga tanya kepada mereka yang mengubat saya. Tetapi mereka cuma berkata ramai yang cuba mengenakan saya. Jadi sejak sihat beberapa bulan lalu, saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan kurangkan pergaulan dengan rakan-rakan. Maklumlah, di dalam industri ini, dalam yang suka, pastinya ada yang membenci.

Apa yang saya dedahkan di sini di harap dapat diambil iktibar oleh orang lain. Sebab kita tidak tahu, orang yang paling dekat dengan kita mungkin orang yang paling benci kita.

Ibarat talam dua muka, memang kita tidak boleh terpedaya dengan sikap manusia. Manusia memang tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka ada dan penuh dengan sikap dendam. Jangan mempercayai orang seratus peratus meskipun rakan karib anda sendiri.

Sumber Berita: mStar Online

18 responses to Terkena Perbuatan Sihir: Emma Akma Derita Penyakit Busung Selama Setahun

  1. melati says:

    Aduiiiii…dh nk tenggelam tu, gi buat amal ibadat, nk propa konon buatan org lah ..kena sihir lah?..Siti yg Femes tu tk kena sihir pun????….

    0

    0
    • Anonymous says:

      siti bomoh power…

      0

      0
      • kesian ngan siti says:

        Siti pkai bomoh power sekali pon, last2 kena bomoh gak ngan laki dia si DK tu lagi power kikikikikiki , DK yg sengkek/ bangkrap – ramai jadi tipah tertipu dok ingat DK tu kaya benor kikikikikikiki

        0

        0
  2. Pekerja Gomen says:

    Mak aku cakap…. selalu amalkan bacaan Laqad Ja’Akum tu… sblm tido..
    InsyaAllah… kalau orang hantar sihir… susah nak kena..
    Akhirnya kembali kepada tuannya.
    Tp sblm tu… elok pakai baju yang sopan sket…
    At least… doa lebih afdhal dan makbul..

    0

    0
    • hihihihihiii says:

      amalkan apa yg Nabi ajar je…amalan Nabi yg pling sempurna….
      3 Qul.. tiuo di tangan sapu seluruh badan.. buat dengan yakin…in shaa allah….

      0

      0
      • lara alana says:

        hai sunnah nabi buat je tapi apa yg penting solat 5 waktu tu jangan lupa. bawak2 la buang mekap tu utk solat, telekungkan seluruh badan baru benda halus tak datang. apa2 pun mintak kita dijauhkan la drp ahli sihir yg mensyirikkan/menyekutukan Allah tu.

        0

        0
  3. Lolita says:

    La haii kesiannya.

    0

    0
  4. mawar says:

    siapa ni??? ingat tadi emma maembong..sebab tu heran apsal x pakai tudong…rupa2nya emma lain

    0

    0
  5. Kelly haron says:

    Dulu cerita2 cam ni banyak Artis 80an gan 90 an selalu cakap pat majalah.
    Tak tahu la zaman Internet , facebook instagram benda mcm ni masih terjadi.

    Kan Malaysia da MAJU ..
    Ada ke org caya benda Cam ni lagi ???
    Agknya Mariah Carey tu Bonchit gara gara Buatan org jgk ke ????
    Hahahahhahahah

    0

    0
  6. nil says:

    Kelly haron…sila jaga bahasa anda…
    tidak kiralah zaman apa skli pun…jika anda mnghayati al quran sepnuhnya kita wajib percaya adanya jin atau syaitan di sekeliling kita…kerana ianya juga adalah makhluk ciptaan Yang Esa.
    Setiap penyakit yg kita alami, tidak kiralah sakit apa sekali pun even jantung, darah tinggi…apa2 sedikit sebnyak ianya juga adalah krna jin dan syaitan.
    Kita diberi akal dan fikiran berusaha, ikhtiar bagi penyakit itu sembuh,..jumpalah pakar perubatan yg bertauliah,…pengamal perubatan yg ikhlas menolong…
    akhir sekali berdoa mohon dan berserah segalanya pada DIA. inshaAllah yg penting berusaha dan jgn putus asa…solat jgn ditinggalkan.

    jika rasa ada yg tdak kena dgn sakit kita, cuma jgn cepat menuduh ianya krna perbuatan manusia,…jika skli pun ada yg mnyakiti dan mngkhianati anda, carilah penawar dan ubatnya…biar org itu dgn balasan Allah. wallahualam

    0

    0
  7. Laaaahaiiii says:

    Org Melayu selalu salahkan org lain kalau ada yg tak kena pd kita. Tapi jarang nampak kesilapan diri kita dan dosa kita. Pd sy penykit hati dirawat dgn taubat dan zikir. Org nak buat kita tu masalah dia, tp kita kena jaga diri dari perkara yg boleh timbulkan hasad dengki org. Aurat tu kena dijaga .

    0

    0
  8. minah jambu says:

    makna nye u ni kaki gi bomoh lah jugak eh ? skarang sape yg obatkn kasi baik bomoh ke u gi hspital ? kalau u dh gi hspital u jangan cakap pasal bomoh2 ni semua ok ! bukan tk percaya tapi penyakit perot besar ni memang ada n perlu pembedahan ..ada satu kakak ni dia jualan nasi padang perot dia makin hari makin membesar minah jambi ingatkn dia ngandongg pastu dia dh tk datang lagi kt kedai nasi padang tu..minah jambu tanye kakak yg lagi satu dia cakap kakak tu dh masok hspital buat pembedahan pasal dlm perot dia ada banyak air babtu tu perot dia makin membesar…dlm masa 2 minggu minah jambu gi kt kedai nk beli nasi kakak yg perot besar tu dh start keja perot dia dh kempes n dia makin sehat n ceria..ini cerita betol tau bukan main2 eh…

    0

    0
  9. Lara says:

    Ler… dah sah sah doktor kata Cyst kan, memang la buncit bila benda tu membesar dalam perut. pi la operate buang. Tetiba busung pulak, choi!!!

    0

    0
  10. rozmah manshor says:

    nak cover line jer sbb masa tu perut dia buncit..ni dah kurang ckit bole bcerita walaupun x der yg bertanya..
    ayat ko ramai yg nak kenakan ko…menunjukkan ko ni x dsukai..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    dulu ada jiran aku,cun giler,dia pun kata buatan orang,setahun nak nampak,rupanya,busung dan buncit sebab ada baby membesar dlm perut,memang buatan orang ler tu,buatan pakwe dia,nak cover lain cakap ler kena busung.

    0

    0
  12. aku says:

    ..minah jambu..
    tolong simpan sikit yang tak berapa nak lawak tu..

    0

    0