Teringin Nak Berseronok Di Universal Studios Singapura? Ini Cara Mudah Untuk Anda Menangi 4 Tiket Ke Sana.

Hiburan

Teringin Nak Berseronok Di Universal Studios Singapura? Ini Cara Mudah Untuk Anda Menangi 4 Tiket Ke Sana.

Abang Nara memang dah lama teringin nak ke UNiversal Studio Singapura. Kawan-kawan ramai yang dah pergi dan semua kata tempat tue best gila-gila. Kalau tak pergi, memang rugi. Namun biasalah bila dah ada isteri dan anak-anak nie, kenalah tengok bajet dulu. Tiket untuk seorang pun dah cecah ratusan ringgit. Kalau darab 5? Tak ke ribu-ribu ringgit?

1

bilakah impian nak jejakkan kaki di sini akan tercapai?

Namun bak kata pepatah, impian pasti akan tercapai jika kita berfikiran positif (ada ke pepatah nie?). Yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Peluang untuk Abang Nara ke Universal Studio Singapura kini terbuka luas. Ini kerana KFC sedang menganjurkan satu pertandingan mudah dengan menawarkan 4 tiket ke Universal Studio Singapura sebagai hadiah. Semua ini adalah bersempena dengan menu terbaru mereka iaitu KFC Hot & Zesty dan KFC Cheezy Twister

Advertisement

2

Cara nak memenangi 4 tiket ini teramatlah mudah. Ada 3 langkah sahaja iaitu:-

1. Tangkap video nyanyi lirik KFC Twister

Tak kisahlah korang nak menyanyi ke, nak rap ke, nak dikir barat ke, apa yang perlu dilakukan ialah anda perlu merakam video lirik KFC Hot & Zesty Twister atau KFC Cheezy Twister dengan cara yang paling kreatif. Contohnya macam video LuqmanPodolski dan Adib di bawah. Diorang menyanyi sambil naik roller coaster. Terlebih kreatif dah nie.

2. Tulis kapsyen, hastag dan tag 3 orang kawan

Apabila dah puas hati dengan video kreatif anda, jangan lupa tulis kapsyen sekreatif yang boleh. Pastue hashtag #MyKFCTwister wajib diletakkan. Last but not least, tag 3 orang kawan anda untuk mencabar diorang buat video jugak.

3. Muatnaik le video tue

Video dah ada, kapsyen dah ada, hastag dah ada, 3 orang kawan pun dah tag. Maka anda uploadlah video tersebut ke Instagram dan pastikan profil tue boleh ditengok oleh orang ramai. Senang sikit pihak KFC nak pantau penyertaan anda. Selepas itu berdoalah agar dimurahkan rezeki.

Eh, eh, eh. Terlupa pulak benda yang paling penting iaitu lirik KFC Twister. Sila hafal sebelum buat video ye. Senang je liriklagunya.

3

Abang Nara pun dah upload dah video #MyKFCTwister ini di Instagram. Kalau korang berani, kita fightlah tengok siapa yang akan menang 4 tiket Universal Studio Singapura nie.

Selamat mencuba dan good luck Abang Nara ucapkan. Maklumat lanjut layari twister.kfc.com.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...