Written by AbangNara | September 23rd, 2013

Tak habis-habis kontroversi yang melanda Afiq Muiz ini. Abang Nara perasan sejak kontroversi Afiq dengan ibunya, memang makin jatuh merudum popularitinya. Tak nampak dah di mana-mana rancangan TV. Terbaru menerusi BiPop semalam, Afiq dikatakan menghilangkan diri selepas menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000.

afiq muiz

Wang RM30,000 ini adalah bayaran pendahuluan untuk Afiq Muiz menjadi artis residen Global Station milik Datin Zaiton Muhammad Jiwa. Berikut ialah penjelasan daripada Alia Ramli, yang merupakan penerbit eksekutif Global Station:-

Sebagai artis residen, dia sudahpun diberi upfront sebanyak RM30,000. Tak lama selepas itu, kontroversinya pun tercetus, kami tak sangka dan di luar kawalan, namun Global tidak mempunyai apa-apa masalah dengannya sebab ia membabitkan isu peribadinya bersama ibu. Lagipun ketika mula-mula bertemu Afiq, tak dinafikan dia budak yang baik.

Namun apabila kontroversinya tercetus, pihak kami dimaklumkan rata-rata stesen TV tidak mahu dia muncul dalam mana-mana drama. Justeru memang kami tidak membuat sebarang tawaran lakonan kepada Afiq sebab Global tidak mahu berdepan dengan sebarang risiko dramanya tidak boleh disiarkan.

Bagaimanapun selepas beberapa bulan berlalu, kontroversi pun semakin reda, kami mendapat maklumat daripada stesen TV , Afiq dah boleh muncul di stesen mereka, tempoh merehatkkannya sudahpun berakhir. Alhamdulillah kami gembira dengan perkembangan itu.

Masalah timbul apabila Afiq menghilangkan diri, pihak kami cuba menghubunginya minta dia datang ke pejabat, berbincang mengenai jadual penggambaran, sebaliknya dia langsung tak jawab phone, mesej pun tak reply! Afiq lupa ke dia dah ambil wang syarikat RM30,000, ada kontrak sebagai artis residen?

Saya difahamkan Afiq ketika ini berlakon dengan produksi lain. Global tak menghalang, malah kami tak pernah potong pun peratusannya. Kami faham dia cari rezeki tapi janganlah apabila kami cari, dia senyap, responlah panggilan kami. Sepatutnya sebagai artis residen, dia perlu memberi keutamaan kepada drama terbitan produksi ini.

afiq muiz

Takkanlah kerana RM30,000 Afiq Muiz dah kabur mata? Berapa lama sangatlah wang sebanyak itu boleh bertahan. Sepatutnya Afiq kenalah mengenang budi Global Station yang menaikkan namanya. Orang dah berjasa, kita patut membalasnya. Semoga Afiq dapat menghubungi Global Station secepat mungkin dan menyelesaikan masalah ini. Kang tak pasal-pasal kena seret masuk mahkamah pulak.
afiq muizP.S: Fuh ~~ Memang terbaik BestBuy-World ini. Semua jenis barangan ada dijual. Lagi terbaik sebab ia lebih murah daripada harga yang dijual di tempat lain. LIKE Facebook Best Buy World Malaysia sekarang atau layari www.my.bestbuy-world.com untuk mempercayainya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 responses to Terima Wang RM30,000, Afiq Muiz Terus Hilangkan Diri

  1. mayo says:

    dia pegi enjoy dulu duit tu kot,da abes nanti baru dia muncul..

    0

    0
  2. saya ok jer!! says:

    rupa ada.. bakat pun ada. tapi sayang otak je tak berapa nak ada. sorry to say! :D

    0

    0
  3. cerita apakah punya blog lagi best

    0

    0
  4. miss s says:

    duit banyak tu bpe lame je blh tahan

    0

    0
  5. Anonymous says:

    biasa lah anak muda jiwa masih fikir keseronokkan , budak baru nak up.

    0

    0
  6. invisible me says:

    kurang minat dengan dia.

    0

    0
  7. lihat jeee says:

    tgokk jeee

    0

    0
  8. Anonymous says:

    hah!sudah ko afiq…..jwb la lps ni..ngn mak kndung ko baik punye menjwb..xkn ngn media,pihak produksi ko nk diam kot..hehhee…jgn nk kate mak xkasi blakon sudeyy..jgn nak kate mak pgang fon la bla3…huhuu…ke nk wat sidang media lg???^___^

    0

    0
  9. Anonymous says:

    entah2 dia d sorokan oleh hantu kopek kot…hantu kopek y muka senduk tu..

    0

    0
  10. lylyezora says:

    dulu aku minat jgk kt dia nie rupa lbh tahan ensem…lepas dia derhaka kt mak nyer terus aku tgk dia cam bangla yg keje kilang kimpalan beli dekat area opiss aku nie…myampahhh!!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      bangla tu pun lagi mulia drpd dia ni..skurang2 nye bangla tu dtg msia cari duit nak bagi mak dia….haramjadah ni menyakitkan ati mak sendri ada la

      0

      0
  11. afiq muiz celoppp says:

    Uollsss…please la i x hilangkan diri pn just relex2 ngan ina cinderella je pn dh abis duit nt i’m coming back!!!! Kak ton jgn la marah nt lagi beruban rambut u..ahaks!!

    Ibu Afiq = sudah2 la 2 nak jangan conteng marker pen kat muka mak lg nak insaf la sebelum terlambat…

    0

    0
  12. k.ton a.k.a zaiton says:

    budak ni nk wat downpayment beli keta kot duit rm30k. klu k.ton, wat byr ptptn..dpt jgk disc. 30%.

    0

    0
    • goyah senduk says:

      ada ke budak ni pinjam ptptn ?? nampak gaya mcm tak pinjam ajerrrr, lepas SPM dia terus tolong mak dia jual burger kan and then dia jadi pelakon tapi sayang… dia jadi mcm “kacang lupakan kulit”

      0

      0
    • datuk k mengila-gila says:

      dia tak pinjam ptptn sebab dia tak sambung study mana2 pun…so dia bebas dari hutang ptptn, btw k.ton a.k.a zaiton …selamat membayar hutang ptptn anda yer

      0

      0
      • Anonymous says:

        sebenarnya tak guna belajar tinggi2 tapi keluar kerja kerani je, baik belajar setakat SPM jer kalau mcm tuh..hutang PTPTN pun tak dak, duit tu boleh simpan beli kereta, rumah

        0

        0
      • k.ton a.k.a zaiton says:

        nasiblah k.ton tak dpt laki kaya mcm datuk k. klu kaya mcm datuk k, hutang2 jiran tetangga pun k.ton dengan selamba tolong bayarkan. kalau k.ton kayaaaa . aminnnnn

        0

        0
  13. che ta plastik surgery says:

    hati kau keras roy..

    0

    0
  14. sally says:

    Let’s not jump the gun too fast on this skid. Duit muka 30K tapi takde jobs….what do you expect him to do? 30K bukan banyak…..how to survive? Kalau dia ambik job lain…maybe change phone number…who knows…

    0

    0
  15. marlin says:

    Look who’s the mother. Itu je nak kata.

    0

    0
    • tak larat!!! says:

      then can i say marlin is stupid because marlin’s mother an idiot?? one do not inherit stupidity unless the parent were born genetically stupid/retard. Any kindergarten kid can tell that the mother is one healthy person..but you marlin has developed unhealthy mind..so, who’s stupid here? you..yes you..

      0

      0
  16. afuck muiz says:

    x abis2 ke citer si tanggang moden ni

    0

    0
  17. minah jambu merah biru kire ok says:

    lain kali tk payah la nk kasi dorang duit dulu ! kalau nk kasi pon Rm5000 dulu dh habis pengambaran baru kasi semua pukal pukal duit pembayaran berlakon….kalau kasi duit dulu dorang nanti dh tkde hati nk berlakonnn pasal duit dh pakai untok itu ini….bila duit dh tingal sikit dorang dh tkde mud nk berlakon…helo datin jaiton ! u panggil I aje lah berlakon dlm prodksi u…I janji I akan setia ngan u punye prodksi n I tkan lari kn duit u hp I 83385147 I akan sentiasa menunggu tawaran dari ye datin jaitonnnnnnnnnnnnnnnnn lov uuuuuuuuuuu !

    0

    0
  18. […] dan menyelesaikan masalah ini. Kang tak pasal-pasal kena seret masuk mahkamah pulak. – beautifulnara […]

    0

    0
  19. […] rancangan TV Terbaru menerusi BiPop semalam Afiq dikatakan menghilangkan diri selepas menerima Read More This entry was posted in Entertainment and tagged Afiq, Diri, Hilangkan, Muiz, RM30000, Terima, […]

    0

    0
  20. Anonymous says:

    a

    0

    0
  21. […] Terima Wang RM30,000, Afiq Muiz Terus Hilangkan Diri (41) […]

    0

    0