Written by AbangNara | March 26th, 2015

Alhamdulillah. Makin murah nampaknya rezeki Rozita Che Wan semenjak berhijab ini. Terbaru, isteri kepada Zain Saidin ini telah menerima kontrak daripada sebuah syarikat tekstil bernilai RM1 juta. Jumlah tersebut bukanlah wang tunai sepenuhnya, sebaliknya termasuk beberapa produk yang ditawarkan oleh syarikat tersebut kepada Che Ta.  Apa-apa pun, nilai tersebut amat besar dan membanggakan. Bukan calang-calang orang boleh dapat tawaran sehebat ini.
che ta Kalau sebelum ini Abang Nara selalu mendengar keluhan selebriti yang berhijrah menutup aurat tidak mendapat sebarang tawaran lakonan dan promosi produk, ternyata Che Ta membuktikan kualiti mengatasi penampilan. Kalau memang berpengaruh, dedikasi dan mempunyai kualiti kerja yang awesome, syarikat-syarikat tidak akan ragu-ragu untuk menawarkan sejumlah nilai yang besar kepada mana-mana selebriti berhijab. Kata Che Ta:-

Ya, memang betul tapi saya tidak terima jumlah berkenaan dalam wang tunai. Ia sebenarnya merangkumi beberapa produk dan wang tunai menyamai nilai itu. Kontrak itu membabitkan 3 jenama utama daripada pengeluar tekstil berkenaan dan saya kena mempromosikan kempen fabrik daripada jenama itu selama 3 bulan bagi meraikan sambutan Aidilfitri.

Tapi saya harap sangat orang tidak salah faham sebab bukan saya dapat wang RM1 juta, tapi kontrak itu menyamai nilai berkenaan. Nanti orang dengar angka itu, tak pasal-pasal saya kena cari pula.

Inilah orang cakap rezeki daripada Allah dan rezeki anak saya. Syukur Alhamdulillah sebab masih banyak pihak percaya dan yakin pada saya selepas berhijab. Sudah tentu pada mulanya saya terkejut dengan tawaran itu dan dalam masa sama teruja sebab rezeki ini membuktikan artis bertudung pun masih ada tempat untuk dapat kontrak sebesar ini.

che ta

Kalau Che Ta dah buktikan, maknanya selebriti-selebriti lain pun kenalah bekerja keras. Jadikanlah Che Ta sebagai contoh. Abang Nara percaya ramai selebriti di luar sana ‘takut’ untuk berhijab kerana takut tak dapat ‘job’. Percayalah rezeki itu datangnya dari Allah dan bukan dari manusia. Kalau kita ikut suruhanNya, pasti Dia akan permudahkan jalan. Tak gitu?

P.S: Lelaki ini lukis potret dengan mata sahaja

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to Terima Kontrak Bernilai RM1 Juta, Rozita Che Wan Buktikan Selebriti Berhijab Dipandang Tinggi

  1. comey says:

    Alhamdulillah.. org x berlagak cam che ta n zain patut terima rezeki ini.. che ta n suami xnpandai main cover2 cam sesetengah artis.. syabas

    0

    0
  2. Feredea says:

    tahniah pada Che Ta…cantik dan bergaya dan paling penting masyuk

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Jakel le tu kot…. Alhamdulillah….murah rezeki….

    0

    0
  4. Anonymous says:

    a natural beauty …………hidup che ta diberkati, dapat suami muda & handsome, nikah cepat dapat zuriat, impikan anak perempuan, dikurniakan anak perempuan, rezeki murah melimpah ruah.itulah dier che ta.

    0

    0
    • weng weng says:

      segalanye dapat dan murah rezeki adakalanya satu ujian dari Allah jugak.. jgn tak tahu..

      0

      0
  5. Anonymous says:

    let me add, majlis kawin ditaja berjuta-juta ringgit. artis muda pun tak dapat tajaan semahal dia.umur 40an tetap cantik menawan……………..

    0

    0
  6. lalalaalala says:

    Elok la dpt tajaan dlm bentuk produk blh la che ta guna utk buat collection tudung padusi die…

    0

    0
  7. HAMBA ALLAH says:

    ALHAMDULLILAH REZEKI DARI ALLAH. BERKAT MERENDAH DIRI CHE TA DAN ZAIN. CHE TA NI BUKAN JENIS YANG SOMBONG DAN SENTIASA JADI DIRI DIA SENDIRI. PENGHIJARAH KE JALAN ALLAH YANG DI JANJIKAN SEGALA KEBAIKAN. SYUKUR.

    0

    0
  8. kipas kipas says:

    mcm org yg sama je pengomen2 ateh ni…kaki kipas nampak

    0

    0
    • Anonymous says:

      dah terang lagi bersuloh yang kenyataannya memang idup che ta berkat. nak kipas che ta apendernyer………

      0

      0
  9. Joyah Pok Pek says:

    Jakel tudung, Jakel kain, Jakel karper permaidani..tk lama lagi Jakel Baju Melayu lelaki – Zain, Jakel Baju baby – Aaisyah …Alhamdullilah rezeki

    0

    0
  10. melati says:

    percaya lah mangkok ayun ni punya kelentong…dh pernah terjadi…weiii…dia ni memang poyo jer lebihhh…bodo lah saper percaya..

    0

    0
  11. aku says:

    Tak kesah lah dia nk kelentong ke tak ke biar kan dia lah yg dosa dia…. buat pe lah dia nk klentong smua so far aku tgk ok jer…

    0

    0
  12. IZAT says:

    kontrak Jakel rasanya sebab ahad lepas 22/3/2015 , Che ta dan suami berada di Jakel tengah shooting iklan. Tahniah .

    0

    0