Terbawa-bawa Dengan Watak Dalam Drama Cinta Ibadah Sherry Ibrahim Dimaki Hamun Penonton

Hiburan

Terbawa-bawa Dengan Watak Dalam Drama Cinta Ibadah Sherry Ibrahim Dimaki Hamun Penonton

Drama Cinta Ibadah yang sedang ditayangkan di stesen televisyen swasta tempatan adalah antara drama yang mempunyai jalan cerita yang panjang  di Malaysia. Mempunyai peminat yang tersendiri, ramai yang terbawa-bawa dengan watak dalam Cinta Ibadah sehingga ke alam realiti.

Antara yang terkena tempias kerana ketaksubkan penonton adalah Sherry Ibrahim dimana beliau telah dimaki hamun kerana karakter Dr Irma yang pada mulanya digemari ramai kerana mempunyai sifat yang baik dan sekarang watak itu dilihat sebagai penghancur rumah tangga Hafiz, Siti dan Rina yang dilakonkan oleh Fattah Amin dan Aishah llias.

Advertisement

Tidak dapat tahan dengan segala kata cacian daripada peminat fanatik mahupun haters, Sherry dalam status terbaru di Instagram meminta agar orang ramai berhenti  memarahi serta mengeluarkan kata-kata tidak enak kepada beliau kerana watak didalam drama sama sekali tidak sama di alam realiti.

Assalamualaikum. This one sherry nak dedicate kepada semue peminat fanatik ataupun haters #cintaibadah . DR IRMA hanya lah character/watak dari skrip yang dah tertulis. Jadi kat sini sherry nak pesan kpd korang jgn lah sampai nak marah2 atau menggunakan bahasa kesat kat sini atau relatekan bende tu pd realiti. Reality nye sangat lain which tak perlu untuk Sherry justify atau nak reply satu2 comment yang tak berape sopan. Harap haters paham okay. Cause I’m human and I have feelings too . TQ .#takperluemoemoplease #doakanyangbaik2aja

Kesian juga kami lihat Sherry Ibrahim dimaki hamun, memang sukar untuk gambarkan perasaan beliau. Namun, pandanglah daripada sudut positif dimana anda sudah berjaya menghidupkan watak Dr Irma dan lakonan anda itu cukup terkesan kepada sesiapa yang menontonnya. Stay strong Sherry.

Sumber Berita: Instagram Sherry Ibrahim

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...