Written by AbangNara | December 7th, 2011

Hi semua!

“Kerana rindu meluap-luap, maka peluang harus sentiasa dicuri untuk dileraikan..”

Dah tengok Ombak Rindu? Hani belum lagi ada kesempatan nak tengok tapi bila baca review, ramai yang agak positif dengan filem arahan Osman Al yang diterjemahkan dari nukilan kreatif novelis Fauziah Ashari.

Dengar ramai yang berhabis tisu lakonan mantap Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani.  Alhamdulillah, filem kita semakin mendapat sambutan dan ini sesuatu yang sangat baik untuk industri.

filem malaysia
filem malaysia

Cuba kita lihat pada statistik yang dikeluarkan Finas. Pada 2005, kita nampak berlaku peningkatan dari jumlah penonton, dari 3.74 juta orang kepada 9.24 penonton pada 2010.

Itu satu lonjakan yang baik.

Tetapi filem Inggeris tetap mendominasi sokongan penonton.

Apakah filem tempatan yang kita mahukan? Hantu Bonceng? KL Gangster? Ombak Rindu? Dua Alam? Ratu?

Hani pernah terbaca di media, kekadang orang bertanya, kenapa drama di televisyen tidak sebaik atau sehebat apabila digarapkan di layar perak?

Filem hakikatnya bersandarkan kepada keuntungan hasil dari kehadiran penonton manakala drama dibayar pembikinannya.

Dan pentingnya ‘viral’ pada promosi filem juga sangat penting. Ketika ini, mempromosikan filem tidak hanya bergantung kepada media tradisional tetapi media sosial sangat penting kerana ia lebih cepat dan lebih skewed kepada sasaran.

Bercakap pasal viral, Hani teringat viral video yang dihasilkan untuk mempromosikan filem Limitless! Antara yang terbaik!

Seorang lelaki Asian berjaya memperdaya 3 juta pengunjung youtube untuk menonton video kononnya dia berjaya menggodam skrin di Times Square, New York!

Akhirnya pada video kedua, dia menjelaskan kebolehannya menggodam skrin di Times Square itu hasil dari sejenis dadah bernama NZT, dadah yang sama digunakan dalam filem Limitless!

Peranan pemain watak dalam filem untuk mempromosikan sesebuah filem sangat penting. Lihat pada Karipap Karipap Cinta apabila ia menerima tamparan akibat ‘kelantangan’ pelakonnya – Gambit Saifullah yang secara tidak langsung memberi impak kepada jumlah penonton.

Hari ini pelbagai medium boleh digunakan. Contoh terbaik ialah twitter yang diikuti ratusan ribu peminat seseorang pemain watak dan karektor serta cara mereka mengendalikan jawapan kepada peminat turut memberi impak.

Yelah, hakikatnya justifikasi mereka kononnya ‘I just want to be myself’ tidak boleh digunakan di Malaysia sebab kita masih lagi merangkak untuk mencipta perolehan yang tinggi buat sesuatu filem.

Dan sikap kita penting. Jika kita boleh menjadi seorang yang manis, comel, humble ketika melakonkan watak kita, apa salahnya kita buat yang sama ketika melayani peminat?

Filem juga perlu kuat dari peranan plotnya.

Ia perlu memaparkan introspektif yang jelas dalam plotnya bagi tidak mengelirukan penonton kerana penonton hari ini sudah bijak.

Sedar atau tidak, kita seringkali akan berbisik biarpun filem itu belum selesai – “mesti dia mati” atau “mesti dia kahwin dengan dia ni.” Atau lebih tepat, mudah dijangkakan.

Selain itu, introspektif karektor jika berulang ulang atau redundant bagai satu standard industry, Hani rasakan tidak baik buat filem kita kerana ia memperkecilkan intelektual penonton.

Contoh terbaik ialah, jika gangster – perlu ada tattoo, perlu terjerit jerit jika beri arahan pada gangster kecik dan paling klasik ialah, gangster mesti pakai singlet untuk nampakkan bulu ketiak dan otot-otot lengan.

Pembikin filem perlu analytical, ketika menterjemahkan watak supaya ia lebih berkembang dan kita tak mahu lagi jenaka pedas seperti “takperlah aku tunggu raya, confirm mesti keluar” terus kedengaran. Berikan golongan ini satu sebab untuk mereka ke pawagam. Jika mereka melangkah masuk ke pawagam untuk menonton filem kita, ia satu kejayaan.

Apapun, Hani lihat banyak perkembangan pada filem Malaysia namun pada pandangan Hani, untuk bakal bakal produser yang mahu terjun sama dalam industri, pastikan anda sudah bersedia jika filem anda tidak mendapat pulangan balik modal.

Teruskan sokongan anda pada filem tempatan!

p/s: Bila Mission Impossible 4 keluar?

Hani Marissa (twitter; @HanyMarissa)

59 responses to Tentang Filem Malaysia

  1. cibi says:

    sapa hani ni? ke aku ketinggalan?

    0

    0
  2. Lului says:

    ntah? tetiba dia muncul

    0

    0
  3. pinky says:

    sape hani ni? cer cter sket..adehhhh

    0

    0
  4. Hani Marissa says:

    Hi, saya rasa kita perlu lebih utamakan apa yang ditulis dari siapa penulisnya. Tengok pada content, fahamkan content. Dari kita terus bertanya siapa Hani Marissa, kan lebih comel kalau kita membaca apa yang disiratkan.

    Ohh Hani kerja cuci pinggan di restoran. Nanti datanglah ya jenguk Hani ! Diskaun RM2.

    Love u all !!

    0

    0
    • selamat menulis Hani!

      kekadang terfikir angka menurun tu sebab ekonomi ke, muat turun ke, atau kampung saya belum ada panggung wayang ke (kat kuala terengganu sana).

      tapi selalunya gandingan cerita dan siapa yang membawa watak dalam filem tersebut. populariti si pembawa watak itu juga (maknanya dia tu sedap ditonton pada mata penonton).

      saya tak pasti ramai yang peduli pasal pengarah tapi filem ombak rindu yang baru saja tayang ni saya tonton juga kerana pengarahnya, osman ali. ya, saya agak selektif begitu.

      0

      0
      • Hani Marissa says:

        Ahmad: well i must say, dulu ketika industri filem kita suram, banyak tokeh pawagam besar yang gulung tikar. Masa itu, kita hanya dapat menonton di bandar bandar besar sahaja.

        Yes, pemain watak juga penting selain siapa pengarahnya. Ini berlaku pada memana tempat di dunia.

        Tapi satu perkara yang saya lihat, adakah hanya filem yang diadaptasi dari novel mampu mendapat sambutan di Malaysia?

        0

        0
        • momo says:

          hani org baca blog hiburan nak santai2 rilek2 je. ni nak komen sikit.

          1. ayat tak perlu la banyak sangat

          2. perenggan tu jaga la sikit. rimas lah baca ka blog yg xde perenggan pastu berterabur mcm ni.

          3. rasanya tak perlu nak mention nama hani. org tak nak tau pun. org nak tau apa ditulis bukannya penulis.

          hopefully boleh terima kritikan ikhlas dari follower lama blog nara ni. :P

          0

          0
        • Hani Marissa says:

          momo;

          1. noted! tapi mesej tak sampai nanti, but noted.

          2. u gotta use firefox, mungkin your browser. kat sini ada paragraph. ;)

          3. haa, kan. so even ditulis pun nama penulis, bacalah content nya kan? apapun terima kasih momo. selain momo, ada pembaca lain yang mahukan sesuatu yg heavy. takpe, momo baca gosip jek ok?

          0

          0
        • TeruteruBozu says:

          kalo tulis panjang2 kona sana sini…sampai org pening and malas nak baca…mesej sampaikah?
          … ini aku baca dah mcm column gossip surat khabor dah. Intro jer dah berjela psal cik bedah mak joyah pergi kenduri lah…tersepak batu tersondol lembulah…keep it simple and short please~

          0

          0
        • Apa pun x bleh says:

          Per2 je la cik hani oii..yang penting aku dh benci ngan filem2 terbitan MIG.. ..To Mr. David lu buat la filem yg bagus skit jgn buat filem mcm sampah.. wa sula busan sama lu punya filem loooor

          0

          0
  5. follow ar twitter die….huhuhuhu

    0

    0
  6. sedara bang nara kot….

    0

    0
  7. asyik like comment org jer says:

    kenapa si hani ni x reti bukak bloq sendiri.. pelik.. huhu.. x kose nk bace..

    0

    0
  8. asyik like comment org jer says:

    ntah sape2 jer.. pelik2

    0

    0
  9. gigi says:

    Hani ni cam poyo jek.hehehe…oppps sori….bukan ape..care die nulis cam syok sendiri..banyak ayat hiperbola dan bermetafora.pening aku

    0

    0
  10. gigi kayu says:

    hani ni tulis penuh jiwa…hampeh…orang nak santai2 jer…poyohani

    0

    0
  11. Gee says:

    okay ape hani? dia ajak kita berfikir mgenai industri filem dlm malaysia.. takkan nak gosip je 24 jam?
    senang citer law x suke xyah la bace.
    ish.

    0

    0
    • TeruteruBozu says:

      kalo majoriti orang x suker x yah nk menempel kt sini…gi bukak blog sendiri…so mana yang suker tu bleh pergi kt blog tu… mana yg tak suker senang hati tak semak mata…baru laa win win situation. bukan nk pikir suker hati diri sndiri jer…

      0

      0
  12. cikgu bedah says:

    saya suka ngan komen hani…lebih kurang sama apa yang saya fikirkan…

    mengenai filem M’sia, mmg betul apa yg hani katakan…kalau gangster mesti menjerit, pakai singlet, ada tattoo…cuba tgk citer omputih, ada gak gangster, tapi hensem je…smpi tak caya dia ni gangster…

    satu lagi mengenai filem kita, kalau yg kaya, kaya sangat..bila miskin hina benar rupanya…kenapa digambarkan sebegitu rupa…tak perlu la…dh mcm filem tamil pun ada gak…

    saya tak malu mengaku yang saya juga antara golongan yang berkata “takpe…raya nnt kuar kat tv, tak yah tgk wayang”
    nak tau sebab apa? filem yg dipromosi tu saya rasa tak berbaloi nk gi kuar duit beli tiket wayang…maaflah kalau ada yg kata saya tak sokong filem tempatan…tapi filemnya…macam hani cakap tu la..dh boleh agak apa adegan seterusnya…bila macam tu, bosan…
    apapun…kepada hani, teruskan memberi komentar…saya suka nak baca…kepada yg tak suka baca tulisan hani, jgn baca bila nmpk entry tu atas nama dia…senang kan?

    0

    0
    • cik manis says:

      Saya sgt setuju dengan pndapat hani n cikgu bedah. Sama juga seperti saya fikirkan. Filem kita terlalu klise. Krew penerbitan dlm industri ini hrus lakukan sesuatu. I mean kelainan supaya penonton tak cepat bosan. Keluarlah dari kepompong n zon selesa :)

      0

      0
    • jon says:

      …filem tamil dibuat camtu sbb diorang mmg ske camtu…aku ade bace somewhere…kt sane orang miskin tgk wayg sebagai ‘escapisme’….at least they can fatasize on being rich…even peminta sedekah pon tgk wayg kt india…true story….
      …kt malaysia pon konsepnye same..cume as a developing nation aku rase xyah la kot filem2 camtu…i think i spoke for many of us malaysian: we can accept the reality as it is….so more realistic film

      0

      0
  13. NAMA SAYA XNAK TAU KE says:

    OH MY GOD? APSAL ‘HANI’ NI..BAJET DIA BEST SANGAT KE? DAH2 LA TU NARA POST ‘PENULISAN’ DIA NI..DIA ADA SHARE GAK KA KAT BLOG NI? KALO DAH PANDAI SANGAT, TOKSAH DOK MENEMPEK KAT BLOG ORANG..KALO ORANG SUKA, ORANG YG AKAN PERGI KE BLOG KAU LA..

    BOSAN………………………….

    0

    0
  14. Hana says:

    Hani ni penulis jemputan Nara la agaknya. Kalau tak best, komen kat Abang Nara tu. Kesian cik Hani ni sungguh2 nak share tapi kene komen macam ni.. Abang Nara kene clarify apa motif include penulis jemputan Hani.

    Personally I welcome this addition. Kudos Hani

    Btw, on Limitless viral tu.. sebenarnya aku tak tau pulak ada viral and rasanya ni antara viral yang gagal. rujuk link ni http://www.firstshowing.net/2011/epic-fail-limitless-viral-video-spreads-but-fails-to-promote-movie/

    The best viral ive ever seen is on District 9 promo. Dorang letak No Alien Warning at various places.

    0

    0
    • Hani Marissa says:

      tq Hana!

      district9 viral vidz is one hell of a promo. thank you for sharing. love it when someone shares something informative!

      0

      0
    • Akak Nak Juga says:

      Sepatutnye Abg Nara kena kenal kan sapa si Hani ni budak praktikal ke dia budak skolah ke dia..kalau nk tulis panjang berjela pn x der hal cuma kena la kenal kan diri dia tu sapa br la kitaorang leh cuba nk terima sikit demi sikit. Tuan punya blog pn kena maki ni kan pulak penulis2 upahan cam hani ni. peace no war la yee !!

      0

      0
  15. sinar menjelma says:

    sape hani ni…filem dia dah kutip bape jutaaa…bunyi sangat bajet besst…kalo x ada bckgroung filem baik diam…

    0

    0
  16. izah says:

    OMG! ramainye pembaca blog abg nara yg x educated… tau nk baca gossip je… cuba amik tau jgk hal2 fakta…. jgn tau nk baca hal dlm kain celah baju org je! (jap lg kompem ramai yg dislike aku!)

    0

    0
  17. ss says:

    mcm bace beautifulhani.com plak.

    0

    0
  18. jon says:

    hani…
    we will have songlap…cerite pasal sindiket pemerdagangan org….ade juge cerite ‘akil’…cerite pasal org nk bunuh diri gi upah hired killer…( ithink these 2 will raise a few eye browse)…-saye rase filem malaysia akan ade sedikit cahaye cerah taun 2012 :)
    maybe with budget constraints…kite kene byk kan lg cerite dgn idea yg gempak…(ref: 50/50, kids are alright, invention of lying, phone booth)..owh…skrip/dialog…malaysia sgt lemau 2 bende ni…
    p/s: saye tgk karipap2 cinte….klu hafsyam had polished few of the dialogs..it could have been better…

    0

    0
    • yup, saya tengok juga Karipap2 Cinta…rasa cite tu cam boleh tahan la, not bad jugak…cuma rasa pengambilan Gambit sebagai hero sememangnya memberi kesan besar dekat kutipan filem tersebut….

      0

      0
    • Hani Marissa says:

      Jon, i would love to watch it. good argument Jon. Lets hope for the best this 2012.

      And yes, Othman seorang pengarah yang analytical. Tetapi, dia ‘terpaksa’ berbuat demikian kerana mengikut selera penonton kerana sudah terlalu disogokkan dengan filem yang tak memerlukan penonton bersikap kritikal.

      0

      0
  19. Kakiwayang says:

    Compare dengan lepas2, saya rasa filem Malaysia bertambah baik, cuma masalah bila filem2 genre sama datang berturut2… contoh time hantu, berderet cite hantu (lihat saja January 2012)..time cinta remaja, semua cinta remaja…time gangster, semua gangster.

    Berbalik kepada artikel Hani ni, in term of promosi, biasa filem2 MIG cam rajin sebab tu dia dapat banyak kutipan, even lepas orang keluar panggung ramai yang rasa cam ……. em, contoh terbaik filem Kongsi..berape juta? tapi…. sampai rasa cam trauma pun ada nak beli tiket..

    sebab tu saya cadangkan semua orang baca review dulu kat internet sebelum beli tiket (eh,cam promote blog sendiri plak) , walaupun tukang review itu tak pro, tapi blog tak terikat pada mana2 editor atau dibayar, so diorang boleh tules sesedap mulut saja…apa2 boleh dikomen dan diskus

    Itu saja la pendapat saya tentang situasi penonton-tiket-filem sekarang…

    Akhir kata, sayangi duit tiket anda!!…haha..

    0

    0
  20. sokong hani marissa says:

    bagus hani.& abg nara.sekurang2nye ade jgk tggjwab nk berkongsi bahan2 fakta untuk khalayak..bukan semua org di sini hanya layan cerita gosip..sekurang2nye boleh buat kt berfikir dr asyik mengutuk ,mengeji dan menfitnah..Utk Marissa sekiranya anda tidak berbuat salah.. pedulikan mereka yg setiasa ade masalah tentang penulisan anda…

    0

    0
  21. lolok says:

    KEPADA NARABLOG. TOLONG JANGAN PUBLISH KERAP SANGAT HANI.blablabla.blog NI LAGI. muak tgk. HANI WHO? acc Nara ka? cakap pelik2. bukan personnel blog asyik bajet “oh hani tu. hani ni” lol… kalau camtu kitaorang suma ni pun boleh gak suruh nara publish randoms story satu page ye.so sekarang nak bertukar jadik, http://beutifulHANI-WHINE.com plak?

    0

    0
  22. lolok says:

    KEPADA NARABLOG. TOLONG JANGAN PUBLISH KERAP SANGAT HANI.blablabla.blog NI LAGI. muak tgk.dia ni acc Nara ka? cakap macam orang yang sgt2 bajet bertauliah dalam industry filem.tahu luar dalam.dan ini bukan personnel blog asyik bajet “oh hani tu. hani ni” HANI WHO?WHO CARES IF YOUR NAMED AS HANI? lol… kalau camtu kitaorang suma ni pun boleh gak mengasah bakat n suruh nara publish randoms story satu page ye.so sekarang nak bertukar jadik, http://beutifulHANI-WHINE.com plak?

    anyway good review ttg industry film sekali dengan carta bagai. tapi hati2 supaya tak membunuh semangat penkarya yang bertungkus lumus untuk membikin local film ya. kena ingat jugak, local film baru nak berkembang. jangan bila ada sikit kesilapan komen tu bagai nak membunuh semangat dorang pula ya.

    0

    0
    • sant cari says:

      Local film baru nak berkembang? Hahaha dari tahun 30’an dah ada local film baru nak berkembang?

      0

      0
  23. *MESTI RAMAI YANG DISLIKE , SAYA TAHU DAH*

    malaysian always want to release tension ( tak tahu apa yg ditensionkan tuh ) …

    saya sokong hani … sepanjang hidup saya , sekali jerk saya tengok filem Malaysia kt wayang , lain sumer siam , korea , hollywood , singapore , jpn & hong kong … bkn x sokong filem negara sendiri , tapi tak der isi , tak der kualiti & ending boleh dijangkakan … boleh taip kat utube “typical local filmdrama scene-mat luthfi” dan boleh bandingkan kt wayang & TV mesia , scene2 yang macam mat luthfi tu lah yang banyaknya . sorry to say , saya tak tunggu raya untuk tengok filem2 tuh tapi saya tunggu link donlod kuor , senang nak forward kalau rasa plot tak best tup tup dah abes … haha

    filem mesia tak mendidik masyarakat at all … bajet gah juta2 tapi nothing … saya lebih suka layan filem bajet murah tapi buat kita terfikir , batang hidung terkena ( rasa tersindir ) dan mendidik secara tersirat . boleh tengok filem iran , bajet murah tapi berjaya buat scene nampak romantik tapi tak pegang2 , pelok2 , adengan ranjang bagai …

    satu lagi , citer hantu ngarut2 melambak kat cinema & TV … awak nak didik rakyat takutkan tuhan @ takut dgn hantu ??? ramainya tak pernah jumpa makhluk halus tapi citerkan ( takutkan ) anak & cucu seolah2 macam makhluk halus tuh dia jumpa tetiap hari . kita tak payah tiru barat , barat jd gitu sbb dia dh capai intelektuaisme , tapi mereka kurang spiritual … that’s why they have harry porter ( ahli sihir ) , twilight dll … makhluk halus termasuk dalam spiritual gak sebab melibatkan kepercayaan … kita tak capai tahap intelektualisme macam barat , apakah kita nak buktikan yang kita nih kurang menerokai spiritualisme kita ???

    tapi saya puji filem2 indie / filem pendek malaysia … sesetengahnya ada yang berkualiti … orang2 teater yang ke layar perak pun saya suka sebab bawa budaya teater ( nampak ikhlasnya melalui penghayatan & disiplin ) ke layar perak … most of them are great such as Zahiril adzim , namron , shahrolnizam , safura , elly suryati

    0

    0
    • izah says:

      silent reader,I SOKONG U 150%! mmg betul… filem melayu sebenarnya begitu…. terlalu dimomokkan dgn cerita tahyul mahyul… sbb tu orang2 kita ramai yg rosak dari segi akhlak. takut hantu tp tak takut Allah. sbb tak takut Allah la maksiat berleluasa, berpakaian menjolok mata,,, bila TV siarkan drama berbentuk ketuhanan ramai sungguh yang mengutuk, terutama kt blog Abg Nara ni. saya masih ingat drama arahan Eirma Fatima iaitu TAHAJUD CINTA. Ya Allah… ramai sungguh mengutuk. bagi saya drama tu mmg bagus…. org yg buta bab hukum hakam mangutuk habis-habisan… kutuk lagi bab ending tergantung la… duk menyampah kt Ustaz Shauki la… drama itu digarap dgn begitu baik skali… bg saya watak Ustaz Shauki tu berjaya dibawa oleh Eman Manan… manakan tidak, kalau dh penonton benci dgn perangai ustaz tu dh kira ok la tu, kan?

      0

      0
      • silent reader says:

        sorry izah , saya kurang layan drama melayu tapi saya pernah tonton Nur Kasih tanpa skip episod sebab nak kaji sejauhmana bestnya citer tuh … Nur kasih best tapi ada certain2 mcm adat gitu contohnya tahlil 40 hari , mak si adam tuh beria soh anak2 blk … tahlil 40 hari , 80 hari 100 hari nih macam budaya agama lain ( mengingati kematian , then ada makan2 ) … tak salah buat tahlil dan tak salah juga mengingat kematian , tapi jangan over sangat …

        0

        0
    • Hani Marissa says:

      Silent Reader at 8.54am:

      Saya tersenyum membaca komen anda. Betul, produser membiarkan penonton untuk tidak kritikal. Mereka akan berkata: “ohh mana boleh jual filem berbentuk kritikal!”

      Tetapi kenapa pula filem kritikal dari barat boleh menerima sambutan?

      0

      0
  24. meleih says:

    Yeahhhh.. MARI KITA RAMAI-RAMAI MEMBOIKOT FILEM DARI INDON. JANGAN KASI CHANCE KAT DEPA2 NI.

    0

    0
    • silent reader says:

      filem indon lg baik dr filem malaysia ( tp bukan filem seramnya ) … filem syahadat cinta , ayat2 cinta , perempuan berkaling serban , emak ingin naik haji sebagai contoh lagi bermutu daripada filem2 kita sendiri

      0

      0
    • silent reader says:

      masalahnya sekarang , filem2 indon lebih bermutu daripada filem2 malaysia sebagai contoh ayat2 cinta , ketika cinta bertasbih , syahadat cinta , emak ingin naik haji , sebagai contoh lebih ada nilai berbanding filem2 kita.dikecualikan filem2 hantunya dan tak semua filem indon boleh boleh diberikan penilaian sebegitu .

      0

      0
  25. Kredite says:

    I have to show thanks to you for rescuing me because of this sort of crisis. Just after surfing throughout the the online world and seeing strategies which aren’t productive, I was thinking my well being was in excess of. Being alive without the presence of ways of the difficulties youve resolved through this short post is a critical case, and ones which could have badly affected my entire career if I we had not noticed your blog. Your good capability and kindness in maneuvering every aspect was helpful. I not really know what I wouldve done if I we hadn’t discovered such a thing similar to this. Im capable to currently look ahead to my future. Many thanks quite definitely for any skilled and amazing help. I won’t think twice to propose your online blog to your person that requires support with this area.

    0

    0
  26. This might not be the best place to request this, but I am searching for a pest control company inside the pittsburgh area and have no way to find out who’s the best. I located this company that’s actually close to me and wanted to see if any one has any assessments on them. Beaver Pest Control Pros, 323 College Ave, Beaver, PA 15009 – (724) 506-8486

    0

    0
  27. This may not be the most beneficial place to inquire about this, but I’m searching for a pest control business inside the pittsburgh area and have no way to find out who’s the very best. I located this business which is actually close to me and wished to see if any person has any assessments on them. Priority Pest Control, 524 Ross St, Pittsburgh, PA 15219 – (412) 346-6413

    0

    0
  28. This might not be the ideal place to request this, but I’m trying to find a pest management company within the pittsburgh area and have no way to find out who is the very best. I located this company that’s definitely close to me and wanted to see if anybody has any assessments on them. Quality Pest Control Pittsburgh, 415 Dinwiddie Street, Pittsburgh, PA 15219 – (412) 294-8947

    0

    0
  29. This may not be the most beneficial place to inquire about this, but I’m looking for a pest management company in the pittsburgh area and have no way to find out who’s the most effective. I uncovered this company that is truly close to me and wished to see if anybody has any critiques on them. Quality Pest Control Pittsburgh, 415 Dinwiddie Street, Pittsburgh, PA 15219 – (412) 294-8947

    0

    0
  30. This may not be the most beneficial place to request this, but I am searching for a pest management business in the pittsburgh area and have no way to find out who is the best. I located this company which is truly close to me and wanted to see if anyone has any critiques on them. Spectrum Pest Control, 3058 West Liberty Avenue, Dormont, PA 15216 – (412) 446-2802

    0

    0
  31. Thought I would comment and say cool theme, did you create it on your own? Really looks awesome!

    0

    0
  32. XBOX says:

    Cool layout I think.

    0

    0
  33. John Barry says:

    Found a blog that describes how to nuke bots, exploits and other cheats that people do in MMORPG like SWTOR, WOW, Diablo 3, Tera or Aion, we need more of such great offers!

    0

    0