Tempoh Percubaan Tamat : Zarina Zainuddin Kembali Dengan Imej Tidak Bertudung

Hiburan

Tempoh Percubaan Tamat : Zarina Zainuddin Kembali Dengan Imej Tidak Bertudung

Sejuk sahaja mata kami apabila melihat aktres Zarina Zainuddin memuat naik foto bertudung sewaktu bulan puasa yang lepas, baru sahaja mendapat pujian daripada peminat, tiba-tiba Zarina mengatakan tempoh percubaan beliau bertudung sudah pun tamat. Aik..baru sahaja nak merasa syukur beliau akhirnya cuba untuk berubah.

Advertisement

Menerusi akaun Instagram beliau baru-baru ini, Zarina memberitahu beliau hanya akan memakai tudung jika beliau rasa hendak pakai dan berharap tiada orang yang memasuk campur ataupun mengkritik keputusannya itu. Iyalah, katanya  beliau tak pinjam kepala sesiapa pun dan kubur kan masing-masing. (Amboi, indahnya bahasa awak tu).

Terpulang pada Zarina Zainuddin untuk buat keputusan tersebut, buat apa kita nak kisah dan menasihati beliau lagi kalau tuan empunya badan pun dah keluarkan kenyataan sebegitu? Semoga satu hari nanti pintu hati beliau terbuka untuk berubah. Cuma, tak perlu kot nak sindir-sindir dan keluarkan ayat yang agak kasar bunyinya tu.

Sumber Berita: OHBULAN!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...