Written by Bella | January 27th, 2015


Sekitar minggu lepas, berita penahanan Zamani Slam kerana dadah menjadi viral apatah lagi selepas seorang individu memuat naik video penyanyi tersebut sedang menyanyi sambil tangannya digari.

Walaupun ramai yang mengkritik perbuatan tersebut, Zamani Slam tidak mahu mengambil sebarang tindakan serta memaafkan anggota polis selepas beliau dibebaskan dengan jaminan tempoh hari.

Terbaru, tempoh jaminan polis terhadap Zamani Slam telah dilanjutkan sehingga hari Jumaat ini dan segala kertas kerja dan dokumentasi siasatan telah diserahkan kepada  pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi mempertimbangkan jika kes ini hendak diteruskan ataupun tidak.

Menurut peguam yang mewakili Zamani Slam iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar peluang dalam pelanjutan jaminan tersebut dapat dimanfaatkan olehnya untuk menjalani kehidupan normal sebelum prosiding di mahkamah bermula.

Zamani  Slam yang popular dengan gerimis mengundang telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah kira-kira jam 12.30 tengah malam, Rabu lepas.

Pada pendapat kami, setiap orang akan melakukan kesilapan dalam dunia dan akan sampai satu tahap dimana kesedaran itu akan timbul untuk kita berubah ke arah lebih baik. Apa-apa pun mari kita tetap menyokong agar Zamani Slam terus meninggalkan kancah dadah dan menjalani kehidupan dengan lebih tenang selepas ini.

15 responses to Tempoh Bagi Jaminan Zamani Slam Dilanjutkan

  1. semah panda ti says:

    ada iras tok tie la zamani nih..ishhh..pelik aku..

    0

    0
    • Dafi Gayah says:

      minat kat suara dia ni. tapi bila tengok gambar kat atas…..hmmmm…. boleh imagine mamat ni busuk. rasa cam loya tekak pulak tengok. kesian kat engkau. rasanya dulu time banyak peminat ko patut rembat satu buat bini takdelah sampai rupa ni.

      0

      0
      • tok jib says:

        kot ye pun tak payah la nk cakap org tu busuk n loya bgai…
        mcm la ko dok sbelah dia…
        bg je kata2 smgt kat zamani ni mana tau dia leh brubah…
        mgkin jd yg lebih baik dari kita..
        aku nk tgok zamani n slam kmbali bgabung n meletoppppp…ahhh..

        0

        0
        • igt lg dulu bkn main minat lg aku kat dia…..lagu2 dia sume aku dgr…..suara dia combine dgn slam mmg best……thorrrbaik…..mmg trase aura diorg kuat mase tuu…..pergh….tringin kot nk jmpe dia dan nyanyi lgu2 slam same2…..msti best….
          tp syg….hnya krana dadah…..berubahlah abg zamani…..kami peminat msih syg kat abg……

          0

          0
  2. semah panda bunga rose says:

    ada iras tok tie la zamani nih..ishhh..pelik aku..

    0

    0
  3. Mawar berduri says:

    Hanya kerana dia artis dan simpati dari viral video, semua nya diberi kemudahan….ada kah ini undang2 negara?? Ada kah dia akan di lepas kan begitu saja walaupn didapati positif dadah..kesian dengan undang2 negara ini

    0

    0
    • Rindiani says:

      Mawar Berduri, jangan komen kalau tak tau prosedur pendakwaan. Dia dilepaskan selepas direman. Tempoh reman ada hadnya dan boleh disambung semula klu soal siasat x lengkap. maksudnya, dia dibebaskan sbb soal siasat lengkap dan sekarang proses utk menunggu perbicaraan… dia tak kata kes NFA.. sebelum mengutuk, kaji dulu… org baca, nampak kebodohan disitu

      0

      0
      • afina says:

        Setuju sangat pendapat Rindiani tu…kalau tak tahu jangan pandai2 berbicara tentang undang2…Tak pasai2 awak lak yang di soal siasat..

        0

        0
  4. mawar xde duri says:

    tolong la tanya siapa wanita yg kena tahan ngan dia tu..plizz!!klu gf dia frust aku haha..

    0

    0
    • pening says:

      bukan gf die…org2 industri jugak rasenye…kawan2 kot…tp tu la…jgn la dibuat gf klu mcm tu…nnti lg susah nk berubah…get well soon abg adik! luv u!

      0

      0
  5. MUHASABAH GURL says:

    scarry tengok muka ngan badan zamani..10 taun isap dadah da macam hantu yg isap darah die..ape pun yang paling penting berubah..bukan untuk dato ct ke sape ke tapi untuk diri sendiri!dah kire untung dah tu polis..fans die back up..kalau xberingat lagi xtaula nak cakap..

    0

    0
  6. Makcik Pemerhati says:

    Aku xpaham kenapa boleh dibebaskan dgn ikat jamin sebab dia kene tahan dgn barang~ ditahan bersama 1.2gm heroin… kalau tgk balik undang2 mmg xboleh ikat jamin sehingga kes selesai… teluskah di situ?!

    0

    0
  7. nana says:

    walaupun apa pun…tak dapat dinafikan suara Zamani mmg lemak merdu & sedap didengar. dari dulu smpi skrg saya sentiasa download & simpan salah satu (atau lebih) lagu nyanyian Zamani di hp sy. bila rasa rindu nk dgr suara dia saya on je le. kalau beli hp baru mesti tetap download ke hp baru. Menusuk kalbu suara dia.
    Diharap dia akan berubah & hargai bakat yang ada. Buat keluarga dan sahabat handai beliau mohon agar jangan biarkan dia berseorangan. Orang yang sebegini sentiasa harus ditemani & lebih baik kalau sentiasa dikelilingi oleh suasana kekeluargaan.

    0

    0