Teman Wanita Dipukul Teruk Oleh Kekasih, Seorang Penyanyi Rock Terkenal

Hiburan

Teman Wanita Dipukul Teruk Oleh Kekasih, Seorang Penyanyi Rock Terkenal

Shazia Mohd Rozaini, yang juga anggota kumpulan ZiaBella, memberitahu BH Online bahawa dia dipukul dengan teruk oleh kekasihnya yang merupakan seorang penyanyi rock terkenal bulan lepas. Susulan kejadian itu dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya dan menyebabkan penyanyi rock itu ditahan polis untuk satu tempoh.
 photo siapko.transformed.jpg

Benar, dia memukul saya dengan teruk. Saya sudah tidak boleh menerima keadaan ini, menyebabkan saya membuat laporan polis.

Dia juga ditahan seketika. Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan syarat dirinya tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga.

Dia juga takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya. Jika tidak, kes ini akan di bawa ke mahkamah.

Disebabkan kejadian itu masih dalam siasatan polis, Shazia tidak dapat bercerita lanjut. Katanya laporan polis itu dibuat atas permintaan ibunya yang bimbang tentang keselamatan Shazia. Malah ia bukan kali pertama Shazia dipukul.

Bagaimanapun kata Shazia yang kini berusia 23 tahun, beliau tidak boleh bercerita lebih lanjut mengenai kejadian itu kerana ia masih dalam siasatan polis. Katanya, dia bertindak membuat laporan polis selepas ibunya meminta dirinya berbuat demikian demi keselamatannya.

Saya bercinta dengannya lebih sembilan tahun dan tak sangka pula begini pengakhirannya.

Tetapi saya percaya setiap kejadian ada hikmahnya. Walaupun bukan mudah, saya akan terus pandang ke hadapan dan tidak mungkin akan kembali kepadanya semula.

Advertisement

ZiaBella merupakan anak didik KRU Productions dan popular dengan lagu Unfollow Hatiku.

Shazia berharap berharap dapat meneruskan kehidupan tanpa memandang lagi ke belakang walaupun harapan untuk mendirikan rumah tangga bersama penyanyi itu musnah. Dia juga menganggap pengalaman itu satu pengajaran buat dirinya.

Penyanyi rock berkenaan bagaimanapun enggan mengulas tentang kejadian itu.

Kata orang, bila sudah memukul wanita, seorang lelaki bukan lagi dikira sebagai lelaki. Jika benar apa yang berlaku silalah belajar mengawal diri. Penat-penat ibu bapanya membesarkan, awak sedap-sedap membelasah. Kalau nak berlawan, masuk pertandingan MMA dan bersaing dengan yang setanding, bukan sepatutnya begitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...