Written by AbangNara | May 25th, 2015

Selepas sebulan dua tidak menjejakkan kaki ke Tesco (sebab selalu beli guna Tesco Online je), semalam Abang Nara angkut wife dan anak-anak untuk berjalan-jalan cari barang rumah di Tesco Extra kat The Curve. Sambil beli barang sambil bonding dengan family tercinta.

tesco LEBIH JIMAT

amik gambar dulu sebelum naik eskalator

Naik je eskalator, di sebelah kanan Abang Nara ada sesuatu yang mencuri perhatian.

tesco

ambik gambar lagi, bila nak start shopping nie

Rupa-rupanya Tesco sedang mengadakan promosi LEBIH JIMAT di seluruh cawangannya di Malaysia. Alhamdulillah. Gembira tak terkata hati ini. Iyerlah sekarang harga barang mencanak naik dengan kehadiran GST. Sekurang-kurangnya dengan promosi LEBIH JIMAT ini, dapatlah jimatkan sikit perbelanjaan barang-barang rumah nie. Syukur.

Sempatlah Abang Nara bertanya kepada customer service Tesco tentang promosi LEBIH JIMAT ini. Simple je sebenarnya. Kesemua harga 12 barangan di dalam gambar di atas (beras Super, ubat gigi Colgate, tisu Premier dan lain-lain) akan dikekalkan sepanjang promosi ini diadakan iaitu bermula 4 Mei sehingga 31 Mei 2015. Harga maintain. Tak naik. Best kan?

Secara jujur, antara 10 daripada 12 barang ini memang WAJIB Abang Nara beli setiap kali berkunjung ke Tesco. Tapi jangan risau sebab produk-produk lain pun turut sama diturunkan harga bersempena promosi LEBIH JIMAT ini. Jom sama-sama kita ushar.

Tue muka wife Abang Nara tengah rambang mata tak tahu nak pilih apa. Susu anak pun turut sama diturunkan harga. Itu yang paling penting sebenarnya. Kalau korang penggemar Ovaltine, ia turut sama termasuk dalam promosi LEBIH JIMAT. Senang je korang nak tengok mana satu produk yang terlibat dalam promosi ini. Ada sticker merah tulis LEBIH JIMAT dengan harga sebelum dan selepas promosi. So senanglah nak buat perbandingan

bukan makanan je,baju pun LEBIH JIMAT

Vitagen kegemaran Aariz pun termasuk dalam promosi LEBIH JIMAT

Satu lagi peringatan, kalau korang belum ada kad Tesco, silalah buat satu dengan kadar segera. Setiap kali beli di Tesco, hulurkan kad ketika buat pembayaran Nanti boleh collect point. Point nie nanti bolehlah digunakan untuk LEBIH JIMAT lagi. Boleh bayar guna point je nanti. Rewards pun ada jugak. Lagi best kad Tesco yang baharu boleh dijadikan sebagai Touch N Go. 2 in 1, Memang terbaik!!!

Hujung minggu ini atau pun malam-malam time free bolehlah pergi barangan rumah di Tesco. Abang Nara nak puji inisiatif Tesco ini. Di kala ramai yang pening dengan kenaikan harga barang, keprihatinan Testo untuk membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia harus dipuji. Diharap promosi LEBIH JIMAT ini akan berterusan di bulan-bulan sepenuhnya.

Jadilah pengguna yang bijak dan jom LEBIH JIMAT di Tesco hari ini. Maklumat lanjut layari www.tesco.com.my

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

33 responses to Teknik Penjimatan Membeli Barangan Harian Ini Wajib Anda Ketahui

  1. mutiara says:

    wife nara pregnant lagi ke? tengok pic tu macam ye je. kalau betol, congrats!

    0

    0
    • lala shafuan says:

      muke wife abang nara cam letihh je..
      comel je wat muka blur2 cam tuh..:)

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      drama dia..isteri luar biasa ni jadikn minah tudong ni jahat nk mampos ! si fathia sampai jatoh si minah tudong letak kayu nk kasi fathia jatoh huh ! minah jambu tk suka kalau minah tudong kt drama2 macm kiwak huh !! kalau ye pon nk kasi pelakon pompan satu2 watak jahat jangan la pakai tudong !!

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      makin gemok minah jambu tengok bini bang nara ni ..

      0

      0
    • Kurus says:

      lama tk tengok abang nara…
      rambut kan main hitam
      dahi pun mcm tambah jendol
      banyak duit nih..

      0

      0
  2. jengkings says:

    Tesco PENIPU!!! dah banyak kali kena .. harga pamer lain.. bila pegi bayar harga lain.. kat katalog promosi murah contohnya perabut .. time nak beli cakap barang dah habis phuiii……berapa banyak TESCO kaut untung atas angin je.. kekadang customer pon x perasan bila kena tipu…

    0

    0
  3. minah kepoh says:

    gemuknya wife abg nara..cian die. if she is not pregnant,tlg la dia untk slim balik abg nara ooiii..

    0

    0
    • mutiara says:

      rilex…wife nara if gemuk pon nara tu ok je..sebab die jadi camtu pon lahirkan zuriat nara..xsemestinye kena slim..asalkan sehat

      0

      0
  4. Ade pham says:

    Hbs tu,Nara keja mmuji retis lain smpi x sdar bini gmuk.elok ke pji pompuan lain wlaupun tu dh keja ko?agk2 le pn

    0

    0
  5. zabedah zabit says:

    sejak GST di laksanakan..aku tak pernah jejak kaki kat tesco

    0

    0
  6. FIEY says:

    Tesco cekik darah… dlu rajin la pgi collect point.. sbulan before GST, Harga barang da start naik.. After GST x payh ckp la.. melambung harga.. pampers pon mahal2.. kaw2 carik untung ye

    0

    0
  7. AbangNara says:

    wife saya pregnant lagi. terima kasih

    0

    0
    • Ramaikan Umat Muhammad .. says:

      Wow cepatnya dpt adik … murah rezki kluarga nara … sungguh produktif dan pro aktif … Tahniah abg nara. Moga2 ibu dan anak dlm kandungan serta 1 kluarga sihat walafiat. Aameen.

      0

      0
      • minah kepoh says:

        mesti la cepat. abg nara work from home.anytime boleh,badan pun xpenat.so produktif la.tahniah.alhamdulillah..

        0

        0
    • damai says:

      Nara bila part org ckp pasal wife cepat awak reply yea, tapi knp wen org comment pasal satu2 post comment yg agak laser dan biadap, awak tak pantau yea

      0

      0
      • wth says:

        Lahhh dah itu pasal kuarga dia isteri dia mestilah dia reply….Org lain komen laser biadap psl org lain apehal dia nak sibuk pi komen satu2 kalau salah cakap kang kena saman bukan dia tidur sebilik dengan artis tu..
        Lagipun rasanya sebelum ini org komen psl wife dia tak ada lah dia nak reply sangat pon, yg ini org dh kata pregnant,mestilah nak inform berita gembira pada yg tertanya tu..

        0

        0
      • damai ke? says:

        wat klakau mende nak pantau komen sesatu.. ko ingat keje dia ngadap komen ko aje?

        0

        0
  8. zaharanis says:

    tahniah nara…kipidap…..

    0

    0
  9. Amir says:

    Tesco time offer x semurah mana..rumah aku di Ampang berdekatan dengan Giant,Tesco dan Aeon Big..kalau wt perbezaan tag PROMOSI tu lakonan jek..contoh hari ni barang A harga normal rm10.00/satu..tapi bila weekend letak TAG PROMOSI rm15.00/satu..tanda kecil kat bawah normal price rm20.00/satu..nmpak x mainan HYPERMARKET NI..

    0

    0
  10. mak ngah bedah says:

    Barang basah lebih baik beli pasar basah atau pasar malam atau pasar pagi atau pasar tani……boleh dapat selonggok ikan, sotong, udang 5 ringgit. Ayam seekor 10 ringgit..Buah pun main longgok2. Barang2 dapur beli kat econsave atau mydin. Memang terasa sangat dengan gst…sampai pergi pasar raya pun dah takmramai orang…laknatlah sapa yang buat gst ni…laknat juga peniaga yang ambik kesempatan ntung beflipat ganda. Laknat laknat laknat kau..naaaaajibbbn.n

    btw, tahniah nara, kerana berjaya membuntingkan isteri untuk kali ke3…bolehlah kerja duduk rumah jer….senanb lekat.

    0

    0
  11. puteri says:

    Agak2 la jimat tesco nhm.hrga mncekik darah gle…abg dara pn klu nk promote tuk public pn tgk la dlu hrga tu…wat mnyampah ada la…jgn pkir u dpt untg je tlg promote bnda yg mncekik darah nh…u kne pkir jgk untj org laen…lg2 gst skrg..

    0

    0
  12. melor says:

    Tesco mahal!!!
    Pampers dgn susu budak mahal giler
    Cth pampers pet pet tesco jual 40-45
    Tmpt lain baru 30-35
    Boo!!! Penipu

    0

    0
    • dondang sayang says:

      btol..btol..terkejut tengok harga pampers kat tesco.
      dekat speedmart murah.. sila la beli pampers n susu anak dekat sana.
      banyak option boleh kt pilih kan :)

      0

      0
  13. afif says:

    nara. baik ko jelaskn mana yg murah tang tesco nh…ko pg bndingkn dlu harga ngn mall laen…br ko blh jd model mcm kt ats..xberagak2 nk promote pun..puuuiihhhh…dlu mgkin yeaa murh tesco..skrg haramm

    0

    0
  14. Marie says:

    Pg lah econsave murah…
    Stkt ni survey giant,tesco,aeon & econsave.
    Econsave plg berbaloi.
    Cth comparison harga
    Nugget beef ramly aeon 15.99
    Kedai dlm kipmart br 13 lbh..
    So untung cpt

    0

    0
  15. dimpleyana says:

    rasanya macam speed mart or pasaraya kecik2 kat umah I lagi murah.
    kalo nak g jalan2 cuci mata boleh la tesco ni. tp kalo nak beli barang penuh troli baik jangan!!!nanti menyesal xsudah.mahal nak mampos!!!mahal giler!!!cekik darah!!!

    0

    0
  16. fik says:

    tesco kan syarikat yahudi.
    kan pemilik syarikat tesco tu org yahudi

    0

    0
  17. Jay says:

    Testo pun boleh. :)

    0

    0
  18. setangkai bunga melati says:

    Dah lama boikot tesco sama macam boikot mcd

    0

    0
  19. poyo je org Malaysia ni says:

    Dulu masa time Palestin kene serang dgn Israel, x senang duduk masing2 org Malaysia ni nak dok boycott Tesco siap patahkan membership card bagai… now apa cer??

    0

    0
  20. tijah says:

    korang nihhhhhh memey la mahal . nara nihhh dibayar kot wat iklan nih kau ingat dia hadap sgt kerrrr nak buat iklan untuk syarikat ginih . asal duet masok poket udahlaaaaa dia . kalo dah rasa mahal , yg kau panas sgt kenahapeeeeeeeeeee ? g beli kat tempat murah sudahhhhh

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Mydin g mura

    0

    0