Written by AbangNara | June 18th, 2014

Fuh~~ Masih terasa kemeriahan dan kehangatan konsert The Red Tour Taylor Swift yang telah berlangsung di Malaysia minggu lalu. Penuh Stadium Putra Bukit Jalil dengan kehadiran para peminat penyanyi hebat ini. Terima kasih kepada AIA Bhd selaku penaja utama yang telah merealisasikan impian ribuan peminat Taylor Swift untuk menyaksikan kehebatan penyanyi ini beraksi secara ‘live’.
taylor swift

Sebelum tiba di Malaysia, Taylor Swift terlebih dahulu telah menggegarkan Jakarta dengan kehebatan vokalnya yang amat superb. Kami di BeautifulNara berkesempatan untuk menyaksikan sendiri pesona Taylor Swift di sana. Memang ‘world class’ sungguh. Kemeriahannya memang terasa lebih-lebih kebijaksanaan Taylor Swift berinteraksi dengan para peminatnya membuatkan kami rasa dihargai.

taylor swift

Sebelum konsert Taylor Swift berlangsung di Malaysia, AIA Bhd telah menganjurkan The AIA Red Party untuk para peminat Taylor Swift. Setiap jemputan yang disenarai pendek telah membuat persembahan tiru aksi Taylor Swift dan pemenangnya, Ashley Tay telah membawa pulang hadiah berupa peluang menyaksikan Lady Gaga, PSY, Big Bang dan ramai lagi di AIA Real Life Now Festival 2014 di Seoul, Korea. Semua perbelanjaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh AIA Bhd.

taylor swift

Kami di BeautifulNara juga telah dibawa berjalan-jalan oleh ibu Taylor Swift. Orang kata kalau nak mengorat anaknya, kenalah mengorat emaknya dulu kan? Hehehe. Ketika The AIA Red Party ini, kami terkagum sebentar melihat kehebatan rakyat Malaysia meniru gaya Taylor Swift. Memang hebat-hebat belaka. Kalau Taylor Swift tengok mesti dia pun akan bangga.

taylor swift

Apa pun, terima kasih diucapkan kepada AIA Bhd kerana berjaya membawa masuk Taylor Swift ke Malaysia. Semoga selepas ini, lebih banyak artis bertaraf antarabangsa akan singgah ke Malaysia. Untuk makluman, AIA Bhd adalah peneraju syarikat insuran di Malaysia. Maklumat lanjut, layari www.aia.com.my dan juga Facebook AIA Bhd Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to Taylor Swift Gegar Malaysia Dengan AIA Bhd Sebagai Penaja Utama

  1. paulsotongajaib says:

    tak payah nak terima kasih lah..bwk taylor ni..tak de maknanya…

    aku heran rakyat malaysia terutama melayu islam..yang konsert penyanyi barat ni tergedik-gedik nak gi..gila ke apa!

    nasib baik aku sotong.

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    nak minat bukan x boleh….boleh…tapi jgn terover sgt!!

    0

    0
  3. taylors fan says:

    ko nie nara, nampak sgt xbuat research. kan konsert kat jakarta dibatalkan. aptb! jd penyampai berita kena la tepat nara oiiiiii

    0

    0
    • saya says:

      err…bukan konsert yang kat bangkok tu ke yang kena batal? correct me if i’m wrong..

      peace no war.. :)

      0

      0
    • taylor says:

      Err sebenarnya concert dekat thailand yg kena cancel. Buat research dlu sbelum cakap hehehehe. Peace

      0

      0
    • Abah taylors fan says:

      Kau yang tak research.. Dah tentu nara pegi.. Memang concert tu ada cuba kau google sket… Yang cancel tu bangkok.. Taylors fan konon

      0

      0