Tayangan Filem Beauty and The Beast Ditangguhkan

Tayangan Filem Beauty and The Beast Ditangguhkan

Tayangan filem terbitan Disney adaptasi daripada siri kartun popular, Beauty and The Beast yang sepatutnya bermula pada 16 Mac ini di Malaysia terpaksa ditangguhkan.

Advertisement

Menurut beberapa sumber, filem tersebut terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon dalam satu temubual majalah memberitahu bahawa watak Le Fou yang dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Isu itu mendapat pelbagai reaksi daripada penggemar filem berkenaan dan ia sudah diharamkan di beberapa tempat di Amerika Syarikat. Malah, Rusia turut melarang kanak-kanak dibawah umur 16 tahun untuk menonton filem tersebut.

Pengedar filem itu The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd memberitahu kajian semula secara dalaman punca penangguhan tayangan filem itu di Malaysia.

Pihak TGV  Cinemas memaklumkan, mereka yang sudah membeli tiket filem berkenaan lebih awal, boleh mendapatkan semula bayaran (refund) di pawagam terdekat dengan menghubungi talian khidmat pelanggan  iaitu 130022848 atau mengirimkan e-mel ke [email protected]. Mereka juga boleh menukar kepada filem lain jika tidak mahu menerima pulangan wang.

Filem Beauty and The Beast dibintangi oleh aktres  terkenal Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston).

Sumber Berita : mStar Online / BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...