Written by Bella | March 14th, 2017

Tayangan filem terbitan Disney adaptasi daripada siri kartun popular, Beauty and The Beast yang sepatutnya bermula pada 16 Mac ini di Malaysia terpaksa ditangguhkan.

Menurut beberapa sumber, filem tersebut terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon dalam satu temubual majalah memberitahu bahawa watak Le Fou yang dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Isu itu mendapat pelbagai reaksi daripada penggemar filem berkenaan dan ia sudah diharamkan di beberapa tempat di Amerika Syarikat. Malah, Rusia turut melarang kanak-kanak dibawah umur 16 tahun untuk menonton filem tersebut.

Pengedar filem itu The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd memberitahu kajian semula secara dalaman punca penangguhan tayangan filem itu di Malaysia.

Pihak TGV  Cinemas memaklumkan, mereka yang sudah membeli tiket filem berkenaan lebih awal, boleh mendapatkan semula bayaran (refund) di pawagam terdekat dengan menghubungi talian khidmat pelanggan  iaitu 130022848 atau mengirimkan e-mel ke feedback@tgv.com.my. Mereka juga boleh menukar kepada filem lain jika tidak mahu menerima pulangan wang.

Filem Beauty and The Beast dibintangi oleh aktres  terkenal Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston).

Sumber Berita : mStar Online / BH ONLINE

31 responses to Tayangan Filem Beauty and The Beast Ditangguhkan

  1. Anti-Trump says:

    Inilah cara halus gereja pelampau Kristian US menyebarkan fahaman anti-LGBT di negara2 Islam kerana gerun dengan perpaduan 2 golongang itu menentang golongang konservatif di US.

    1

    15
    • Anonymous says:

      alah nok, filem2 melayu byk yg tahyol, rogol, gangster apa lah..knp x haramkan. hipokrit lah.

      19

      1
      • Kak Mah says:

        kan…bangang dari dulu penapis filem malaysia ni.
        org2 boleh download dari interne lah kalau betul2 nk tengok.
        pergi duduk dalm gua lah..

        6

        0
        • melati says:

          aku suka watak2 camni..nk pergi beli dvd palsu. mesti lawak.

          0

          2
        • Kiah says:

          pelik betul malaysia, pilem raja azmi ‘anu dlm balang’ boleh pulak lepas yerk?

          11

          0
        • watefak says:

          watak utama luke evans tu pn also openly gay. tapi hobbit, dracula untold dn sebagainya filem dia x plak diharamkan? ni x kan nk tgguh sbb watak lilin gay? tahap bangang dh x terkawal dh ni

          0

          1
      • Mak Becok says:

        sokong pengomen Anti-Trump . North Korea lebih baik . Kristian US ni memang sejak dulu lagi sebarkan budaya gay

        1

        4
    • Anonymous says:

      entah, david teoh dari dulu buat filem2 tahyul, kurafat dan lawak bodoh memperbodohkan umat2 di malaysia x pulak nk haramkan.

      12

      0
    • Anonymous says:

      habis kau gam lah si aliff shukur yg menggelenyar tu..dah terang lagi bersuluh. :D

      4

      0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      kenape laaaaaa nk di tanguh2 bukan Nye film lucah pooonn kannn ! eeeeee jangan mengarot sangat la Malaysiaaa…setakat film gitu aje nak di tanguh2 jangan tayangkn terus lah lagi bagos !!! mengarot sangat !!

      2

      0
  2. Anti-Trump says:

    Inilah cara halus gereja pelampau Kristian US menyebarkan fahaman anti-LGBT di negara2 Islam kerana gerun dengan perpaduan 2 golongang itu menentang golongang konservatif di US

    1

    13
    • Anonymous says:

      sejak bila pulak org kristian/gereja menyebarkan agenda gay? nk komen pun agak2 la. simpan la sikit bodoh tu. yg sokong agenda gay adalah liberal dan democrat di usa. please la kau ni…nampak sgt x berapa cerdik.

      19

      0
    • Anonymous says:

      agenda glbt dah lama tersebar. bukan baru sebulan dua. ko ni baru celik eh?

      6

      0
  3. Anonymous says:

    habis pilem KL gangster yg mengalakkan keganasan merosakkan budak2 melayu xnk ban pulak. poyo je.

    9

    0
  4. Kamariah says:

    rapuh sangat ke iman masyarakat islam dimalaysia disebabkan satu adegan korang nk tukar jadi gay? bodoh betul lah….buat malu je.

    11

    2
  5. Anonymous says:

    Le Fou ni bukan ke candle holder tu…watak French mmg lembut by nature but remember meaning of gay is not necessary homosexual…

    7

    0
  6. Anonymous says:

    habis, watak mak yam dlm polis evo tu boleh lah pulak… hhehehehe

    8

    0
  7. lol says:

    bila nak ban chef wan, azwan ali, aliff syukur, pak nil, jaapar on, pian cecupak, dee, semua tuu???

    11

    0
  8. rasuah pemusnah negara #1 says:

    nk minta under table money ke???

    6

    0
  9. Sporean Gurl says:

    apalah mentaliti kuno giler. filem ni bukan suruh org jadi gay la bahlul. grow up bitches.

    9

    0
  10. Leha says:

    lagi buat mcm ni lagi org nk pergi tengok. lagi org tertanya-tanya.

    4

    0
  11. anon says:

    Le Fou tu bukan the candle holder. He’s the assistant to Gaston. Besides, this story isn’t about him. It’s about showing that a woman can stand up for herself and save the people she loved even if the whole world turned against her. I’ve always loved Belle since I was a kid because she was the first female character I knew that saved the prince and not the other way round. Sedihlah bila dia postpone the released date mcm ni -.-

    15

    0
  12. Anonymous says:

    ada juga manusia yg mcm anti trump. bodoh tak tercapai akal.

    2

    0
  13. bloody and debik says:

    tapi ending cite ni aku kompius.. DO ke Minah yabg mati dulu..? eny eksplentation..??

    sape komen negatif die #patamako

    0

    0
  14. Justsaying says:

    kebangangan apakah ini? i mean seriously.. if this film is banned because of a gay character which said to be a bad example for kids who are gonna watch the movie, you, people should go exile all the malay gays yang bertimbun kat fb sana. sebab bebudak skrg smua pkai fb. don’t talk as if this gay issue is a new scenario here in malaysia, in our community. rape scene, drugs and all the violence bole pulak tayang bg kanak2 tengok. tak paham weh.. this freaking film isn’t about a bloody gay dude in love or such, it’s about a princess saving the beast, making him a better person. and i don’t think disney would be dumb enough to put on a kiss scene between two guys in a supposed-to-be-for-kids movie. bloody genius penapis penapis films kat malaysia neh. dah lama tunggu benda alah ni tayang alih2 di postpone or worst banned atas sebab2 yg tak masuk akal.

    0

    1
  15. Yana says:

    Bagaimana dgn Azwan Ali pulak? tak de tindakan pape pon. .siap dh mekap mgalahkn pompuan dh tgk.. scary kalau makhluk ini berleluasa..

    1

    0
  16. terkini says:

    dah lulus dah..utk 13 tahun ke atas!!!

    0

    0
  17. I love Michaeljackson says:

    Pelik btul mat saleh ni,cerita mcam tu pon nk wat scene gay??x skolah ke director filem ni?? Gampang btul mat saleh zaman skarang ni

    0

    0

Leave a Comment

Optional