Tayang Badan Di Instagram, Zain Saidin Mahu Beri Contoh Kesihatan Yang Baik

Hiburan

Tayang Badan Di Instagram, Zain Saidin Mahu Beri Contoh Kesihatan Yang Baik

Gambar Zain Saidin memegang botol susu dengan tidak memakai baju baru-baru ini ternyata menyebabkan ramai yang terpana dengan ke’tough’an badan suami kepada Che Ta ini. Abang Nara yang lelaki ini pun mengkagumi bentuk badan Zain yang penuh sasa, inikan pula wanita-wanita di luar sana. Pasti ada yang terembes. Memang Abang Nara mengidam juga nak dapat badan macam si Zain nie. Macho kot.

zain saidin

Advertisement

Namun seperti biasa ada juga yang kurang menggemari tayangan percuma yang ditunjukkan oleh Zain ini. Ada yang melahirkan rasa geli, tak sesuai untuk tatapan umum dan beberapa pendapat lagi. Masing-masing punyai pendapat mereka yang tersendiri. Namun menurut Zain, tujuannya berkongsi gambar sebegitu adalah untuk menunjukkan contoh kecergasan dan kesihatan yang baik buat para pengikutnya. Kata Zain:-

Saya tak kisah orang nak cakap diri ini menunjuk badan atau tak. Tapi saya secara tak langsung mahu memberi contoh kecergasan dan kesihatan yang baik untuk pengikut di laman bergambar popular itu. Malah saya sendiri sudah membuka akaun Instagram khas di bawah nama @nozainnogain.

Saya nak menunjuk pun sebagai bukti dengan usaha keras dan jitu kita boleh mendapat badan yang diingini. Selama ini pun isteri selalu cakap saya gemuk dan sekarang saya buktikan. Hajat nak jadi daddy fit kepada anak kami Aaisyah Dhia Rana juga kian dipenuhi.

Setakat ini nak cakap saya puas hati dengan hasil mendapatkan badan sasa baru 80 peratus. Saya perlu kejar lagi 20 peratus untuk melengkapkan sasaran.

zain saidin

Sememangnya sejak kebelakangan ini lebih ramai orang muda terutamanya yang gemar pergi ke gimnasium untuk menjaga kesihatan mereka. Badan semua tough tough belaka. Abang Nara ingat tahun 2015 nanti pun nak mulakan gaya hidup yang sihat seperti Zain. Mana tahu boleh dapat badan macam pelakon ini. Mesti wife Abang Nara suka. Hehehe. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.

zain saidin
zain saidin
zain saidin
zain saidin
zain saidin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...