Written by AbangNara | May 12th, 2010

Pengenalan

SetelKahwin menawarkan peluang untuk meningkatkan keterlihatan bisnes anda di dalam rangkaian kami, justeru akan menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan anda. Kami bukan sahaja menawarkan kaedah pengiklanan semata-mata, malah kami turut menyediakan lebih banyak perkhidmatan dengan harga satu pengiklanan sahaja. Dengan kata lain, dengan menaiktaraf akaun biasa anda kepada Premium, anda akan memperolehi pelbagai faedah dan insentif dengan kos yang berpatutan!

Di samping itu juga, peluang yang kami tawarkan ini bukan hanya terhad kepada mereka yang menyediakan khidmat untuk majlis perkahwinan semata-mata. Malah, mereka yang menjual pelbagai barangan, produk atau aksesori lain juga turut dialu-alukan untuk menyertai kami misalnya mereka yang menjual tudung, menjual kek/kuih secara online, menjual produk kecantikan serta pelangsingan dan sebagainya lagi.

Berikut adalah 5 cara bagaimana Setelkahwin boleh membantu bisnes anda untuk berkembang

  1. Membina profil bisnes anda sama seperti aplikasi ‘facebook’.
  2. Meningkatkan lagi kadar bilangan pelanggan yang akan tertumpu kepada bisnes anda.
  3. Platform mudah untuk ‘setup’ bisnes anda secara online.
  4. Merangkumi kaedah pengiklanan serta teknik pemasaran ‘online’ yang berkesan dan kos efektif.
  5. mempunyai aplikasi rangkaian sosial untuk memudahkan komunikasi antara ‘vendor-pelanggan’.

Perkhidmatan pengiklanan premium kami merangkumi 2 kategori utama iaitu

dapat duit lebih melalui teknik pemasaran yang lebih berkesan

Ciri-ciri dan Faedah Keahlian Premium

ciri-ciri dan faedah buat duit yang berkesan

Untuk ‘upgrade’ penyenaraian anda pada bila-bila masa, ikuti langkah-langkah berikut setelah anda me‘log’ masuk:

  1. Klik ‘Upgrade ke Premium’ pada tab menu.
  2. Ikuti arahan-arahan tentang bagaimana untuk membuat bayaran.
  3. Setelah bayaran dilakukan, jangan lupa untuk mengisi borang yang disediakan bagi memaklumkan kepada kami bahawa penyenaraian anda sudah bersedia untuk dipaparkan!
  4. Kemudian, akaun anda akan dinaik taraf kepada keahlian Premium dalam tempoh 24 jam.

6 Sebab kenapa anda perlu memilih SetelKahwin

  1. Kumpulan kami merangkumi pakar-pakar daripada randomalphabets.com (terkenal dengan strategi pemasaran viral mereka) dan cara.com.my (syarikat solusi IT yang memberi khidmat kepada CIMB, NST, MediaPrima dll)
  2. Berupaya memperolehi pendaftaran keahlian yang konsisten hari demi hari.
  3. Berjaya membina seramai lebih 2000 peminat –peminat di laman web sosial terkemuka, Facebook di dalam tempoh kurang daripada 2 bulan.
  4. Memperolehi ‘hits’ sebanyak 10,000 pada hari pelancaran laman web kami.
  5. Oleh kerana baru dilancarkan, maka Setelkahwin masih giat membangunkan pelbagai aplikasi-aplikasi pengurusan bisnes dan perkahwinan yang penting dan inovatif supaya dapat memberi faedah kepada kedua-dua bakal pengantin dan penyedia-penyedia (vendor) khidmat perkahwinan yang berdaftar di setelkahwin.
  6. Setelkahwin bersifat agresif dan melibatkan penggunaan strategi pemasaran secara atas dan luar talian.

Jadi tunggu apa lagi :) Kalau anda belum jadi vendor di Setelkahwin, sertai sekarang! Pendaftaran ialah percuma!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di sini

Klik di sini jika anda mahu mendownload brochure ini di dalam format pdf

terima kasih

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 responses to Tawaran Istimewa untuk Iklan Premium di rangkaian Setelkahwin

  1. aries april a.k.a amira (AAA) says:

    best ni…………layan……….