Taufik Batisah Mahu Timang 3 Cahaya Mata

Hiburan

Taufik Batisah Mahu Timang 3 Cahaya Mata

Penyanyi Singapura, Taufik Batisah yang baru sahaja bernikah pada hari Sabtu lalu  sudah tidak sabar untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa dan berhasrat untuk memiliki tiga orang cahaya mata jika dikurniakan rezeki.

Bakal berbulan madu ke Eropah, Taufik pada masa yang sama merasa syukur dan beruntung kerana isterinya Sheena Akbal seorang yang penyabar, menghormati orang tua dan memahami kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi. Rupa paras Sheena pula merupakan bonus buat Taufik dimana isteri beliau mempunyai darah kacukan Pakistan.

Advertisement

Sheena seorang yang cantik dari segi luaran dan dalaman, kecantikan yang dimiliki itu adalah bonus yang penting adalah hati budi.

Isteri saya juga seorang yang penyayang  dan menghormati ibu saya. Dia juga seorang yang penyabar serta memahami karier saya sebagai seorang penyanyi.

Kunci kebahagiaan rumah tangga adalah apabila pasangan kita mampu untuk memahami diantara satu sama lain. Jika ada rezeki, kehadiran cahaya mata akan menyerikan lagi hidup anda berdua dan mengeratkan lagi kasih sayang. Buat Taufik Batisah dan Sheena Akbal, semai rasa cinta dengan lebih lagi selepas ini dan agar kekuatan cinta kalian kekal selamanya.

Sumber Berita: Murai

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...