Taufik Batisah Bakal Nikahi Gadis Singapura April Ini

Hiburan

Taufik Batisah Bakal Nikahi Gadis Singapura April Ini

Taufik Batisah yang sebelum ini digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Fazura, dikhabarkan bakal bernikah dengan gadis pilihan hati yang juga berasal daripada Singapura pada April ini.

Berita Taufik bakal menamatkan zaman bujangnya dilaporkan menerusi laman berita Singapura, The New Paper. Menerusi laman tersebut, Taufik telah mengesahkan beliau bakal berkahwin dan mengedarkan kad jemputan bermula pada minggu hadapan.

Advertisement

Dengan berita ini maka segala persoalan tentang hubungan Fazura dan Taufik Batisah telah terjawab. Berita ini tentu sekali menggembirakan peminat Taufik diluar sana yang sudah lama ingin melihat beliau ke jinjang pelamin. Tahniah kami ucapkan kepada Taufik semoga berbahagia dan dapat memperkenalkan bakal isteri kepada umum tidak lama lagi.

Sumber  Berita: The New Paper

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...