Tasha Shilla Ucap Terima Kasih Kepada Haters, Banyak Muhasabah Diri

Hiburan

Tasha Shilla Ucap Terima Kasih Kepada Haters, Banyak Muhasabah Diri

Sepanjang bergelar artis, Tasha Shilla tidak pernah dapat lari daripada kontroversi dan gosip. Malah, beliau menerima pelbagai cacian dan kecaman daripada masyarakat serta daripada mereka yang sering mencari kesalahan beliau.

Agak lama berehat daripada dunia lakonan, Tasha memberitahu beliau muhasabah diri dan lebih mengenali apa itu erti kehidupan.

Advertisement

Sepanjang berehat dari dunia hiburan saya banyak belajar tentang kehidupan dan muhasabah diri. Tidak mahu saya fikir apa yang orang mahu fikir tentang diri ini memandangkan fokus utama kini adalah karier sahaja .

Pada masa yang sama Tasha mengucapkan terima kasih kepada peminat serta mereka yang membenci dirinya kerana tanpa mereka mungkin beliau tidak boleh bertahan sehingga kini.

Sebab peminat, saya masih berada di sini. Bagi mereka yang membenci pun saya perlu berterima kasih juga. Tentunya setiap kritikan itu banyak membuatkan saya lebih sedar diri.

Berbicara soal teman lelaki, Tasha mengakui beliau masih lagi solo dan kini lebih berhati-hati untuk tidak terpedaya dengan pujuk rayu lelaki.

Memang saya mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki, itu kelemahan utama saya, tetapi kali ini tidak lagi. Saya akan lebih berhati-hati sebelum mengenali mana-mana lelaki dan rapat dengan mereka.

Bagaimanapun, buat masa ini saya masih solo dan tidak mempunyai kekasih. Dalam masa yang sama mahu melihat tahun 2016 sebagai satu permulaan yang baik buat diri ini.

Permulaan yang baik jika Tasha Shilla sudah bermuhasabah diri, elak daripada melakukan perkara yang sekali lagi boleh memburukkan imej anda dan mengundang kontroversi.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...