Tasha Shilla Beli Undi Ketika Berada Di Gempak Superstar?

Hiburan

Tasha Shilla Beli Undi Ketika Berada Di Gempak Superstar?

Meskipun sudah tersingkir pada konsert Gempak Superstar minggu lepas, masih ada lagi gosip hangat berkaitan Tasha Shilla dimana beliau dikatakan “membeli” undi ketika menyertai  program berkenaan agar tampak seperti pelakon yang mempunyai kelasnya tersendiri.

Advertisement

Jelas Poklip menerusi ruangan beliau di Utusan Online,  Tasha cuba “membeli” jiwa peminat beliau sehingga sanggup turun padang dan bertemu peminatnya yang rata-ratanya lelaki.

Tasha juga sempat memuat naik video dalam Instagramnya yang menunjukkan beliau beradu suara dengan peminat-peminatnya sendiri.  Siap guna hashtag #KakiRibutGengTashaShilla

Namun, Tasha tidak begitu menyerlah dalam Gempak Superstar dan persembahan beliau seakan syok sendiri. Mungkin beliau hebat berlakon tetapi nyanyian langsung tidak sesuai dengan diri Tasha. Lebih teruk lagi ada rakan Poklip yang bertanya adakah Tasha menyanyi ataupun bercakap sebenarnya.

Jika seseorang artis itu boleh berlakon dan mempunyai rupa paras yang pefect, belum tentu lagi mereka boleh menyanyi.  Kalau beli undi melalui peminat pun, kalau tiada bakat tidak kemana jua.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...