Tania Hudson Serik Dan Tertekan Dituduh Kaki Perampas

Hiburan

Tania Hudson Serik Dan Tertekan Dituduh Kaki Perampas

Dituduh sebagai orang ketiga ketika gosip keretakan hubungan Fattah Amin dan Neelofa hangat diperkatakan, pelakon Tania Hudson akui perkara itu memberikan impak yang agak besar terhadap dirinya.

Advertisement

Dalam sekelip mata, beliau menjadi tumpuan ramai dan dikecam serta dikritik daripada setiap sudut. Lebih teruk lagi, peminat Fattah dan Neelofa melabelkan beliau perampas.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa stres saya hingga ke hari ini apabila masih ada pihak membangkitkan isu yang sama. Sungguh, saya bukan wanita perampas.  Kalau pun saya tahu mereka berdua sedang bercinta, saya tidak akan menjadi penghalang. Untuk apa saja jadi macam itu? Kalau mereka nak bercinta sekalipun, biarlah.

Jadi apabila tiba-tiba nama saya dikaitkan, saya jadi panas hati. Mana boleh tidur dengan tenang pada saat orang lain bercerita tentang keburukan kita. Kalau boleh selepas ini, saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan mereka lagi. Sudah-sudahlah cerita saya sebagai kaki perampas. Dah bosan dah nak layan isu ini lagi.

Walaupun menjadi mangsa kontroversi yang tidak benar, Tania tetap bersikap profesional dan tidak akan menolak sebarang tawaran untuk bergandingan dengan Fattah ataupun Neelofa pada masa hadapan.

Kontroversi tetap kontroversi. Saya pula merasakan kontroversi yang terjadi pada saya ketika ini telah pun menjejaskan kehidupan harian sendiri.  Memang tidak dinafikan ada yang berkata kontroversi itu bagus untuk bergelar artis tapi saya tak rasa ianya membantu menaikkan populariti. Tetapi kalau boleh saya tidak mahu dikenali dengan cara sebegitu.

Biarlah orang lambat mengenali saya dengan bakat lakonan. Saya masih perlu berusaha dan bekerja keras untuk menjadi seorang pelakon yang bagus.

Itulah lumrah kehidupan sebagai artis, meskipun tidak melakukan apa-apa kesalahan kadang-kadang boleh juga dikaitkan dalam gosip dan kontroversi panas. Kalau boleh menerima segala ujian tersebut,  anda mungkin boleh bertahan lama dalam industri hiburan. Apa-apa pun, sikap profesional Tania harus dipuji, ini lah orang katakan kalau benar untuk apa takut bukan?

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...