Written by Bella | December 29th, 2016

Penyanyi lagenda, Tan Sri SM Salim dilaporkan sedang nazak akibat sakit tua. Menurut anaknya, Shamsul Salim , bapanya berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi semalam dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan.

Kira-kira jam 3 pagi  ayah menunjukkan tanda-tanda sukar bernafas. Kami memberi alat bantuan pernafasan. Sekarang alat bantuan sudah dibuka dan ayah bernafas secara normal,

Semua ahli keluarga sudah dipanggil pulang. Doktor memang tak boleh buat apa-apa sebab ayah sudah terlalu uzur.  Kami sekeluarga hanya berserah kepada Allah.

Terbaru,  SM Salim dikatakan sudah membukakan matanya kira-kira jam 8 malam tadi sebelum kembali tidur.

Rakan artis sudah mula menziarahi beliau di kediaman anaknya yang terletak di Ukay Perdana. Antara teman artis yang menziarahi SM Salim sehingga jam 1 pagi tadi adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Acis, Datuk A Rahman Hassan, Datuk Ramli MS dan Fauziah Nawi.

Kami harap agar ahli keluarga Tan Sri SM Salim bertabah dengan ujian ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Tan Sri SM Salim Dilaporkan Sedang Nazak

  1. nok gebuzzz says:

    semoga dipermudahkan segala2nyer…

    2

    0
  2. AllahMahaBesar!! says:

    ya allah…..
    kasehani dia…
    ampunkan dia…
    dan permudahan urusan dia menghadap mu..

    6

    0
  3. melati says:

    Sepatutnya Nabil yg Nazak baru berseri skit industri Seni Malaysia ni..!!

    0

    12
  4. Anonymous says:

    SETIAP CERITA MESTI ADA SAJE C MELATI NIE…MEMANG XDE KEJE AGAKNYA …BAHASA C MELATI NIE PUN CANTIK JUGAK…SECANTIK NAMANYA MELATIIIIII!!!!

    1

    0
  5. adelia says:

    anak dia nama sheikh shamsul rasanya

    0

    0
  6. kak mah kebabom says:

    Mari kita sedekah al fatihah pd beliau..
    al fatihah

    2

    0
  7. sentot says:

    yuk kirim fatikhah

    0

    0

Leave a Comment

Optional