Written by AbangNara | December 19th, 2013

Ah, pasti Dira Abu Zahar sedang bersedih atas keguguran yang dialami selepas hamil 6 minggu. Sememangnya awal kehamilan adalah waktu yang paling kritikal. Daripada apa yang Abang Nara baca, ibu mengandung sememangnya tidak digalakkan melakukan kerja berat pada 3 bulan yang pertama untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.

dira abu zahar gugur

Akibat kesibukan menjalani penggambaran, Dira tidak menyedari yang dirinya hamil. Terang Dira kepada Kosmo:-

Pada bulan lalu saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Kemaman, Terengganu. Ketika itu, saya sedar sudah lewat datang bulan beberapa hari, namun saya tidak mengendahkannya dan beranggapan tiada sebarang masalah yang berlaku.

Kemudian ketika saya sibuk bekerja, terdapat ketulan darah yang keluar dan saya terus dinasihatkan menjalani pemeriksaan di klinik. Selepas itu, penjelasan yang diberikan doktor agak mengejutkan saya.

Sudah tentu saya berasa sangat terkejut dan tidak sangka berbadan dua. Pada masa yang sama agak sedih dan kecewa kerana hasrat untuk mendapat cahaya mata kedua tidak kesampaian. Apa pun, saya tetap reda dengan dugaan ini

dira dan suami

Dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan? Di masa hadapan Dira perlu lebih behati-hati dan peka dengan perubahan pada badannya. Kalau agak-agak lambat datang haid, terus buat pemeriksaan yang sepatutnya. Apa pun, takziah buat Dira dan suami. Lepas ini cuba lagi!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to (TAKZIAH)Dira Abu Zahar Keguguran

  1. Faez says:

    Takziah…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    kesiannnnn…memg sedih kan sb dh lama kawin x ad anak n bila dh ad keguguran plk…x ap la mgkn x ad rezeki…tengok mcm dynaz tu…rezeki anak dia ad wlpn anak dia dlu y pertama meniggl…lagi kesian kan….

    0

    0
  3. encik bakul says:

    tak apalah. bukan rezeki. mungkin lepas ni.

    kena usaha lebih kuat lagi.

    0

    0
  4. minah jambu merah biru says:

    ni mesti time ngandong sondol ni kan ….agak2 la kalau nk sondol tu jangan ganas2 sangat kan dh gugorrrr ! ape nk buat dh bukan rezeki sabar aje lah ye…mungkin ada hikmah di sebalek kegugoran tu n besar kemungkinan tuhan nk kasi anak kembar pulakkkkkkk sape tau kan….

    0

    0
    • bosan says:

      Ko ni mesti tak belajar sains dan belajar agama… kenapa aku cakap mcm tu, ko kena fikir sendiri….

      0

      0
  5. 75sen says:

    Takziah.. utk Dira
    Tadi aku baca pat blog Cerita kosong ku tu . Ada pulak salah eja nama Dira Abu ZAKAR plak.
    Setahu aku Dira Abu ZAHAR.
    Cuba la check ejaan betul sikit..

    0

    0